Isnin, 2 Mac 2009

8 Calon India Menawarkan Diri Menjadi Calon PKR di Bukit Selambau. (Kasi Hantam Sama Dia)


"Lapan calon keturunan India adalah antara 18 orang yang telah menawarkan diri untuk mewakili PKR dalam pilihanraya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau 7 April depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli jawatankuasa PKR Merbok, A. Loganathan berkata, lima daripada lapan calon berkenaan berpotensi dipilih mewakili PKR bertanding di kerusi tersebut.Katanya, mereka ialah Dr Krishnamurthy (Ketua Penerangan PKR Sungai Petani), S Sritharan (AJK PKR Sungai Petani), K Masilamani (AJK PKR Merbok), B Kalai Vanar (Ketua PKR Jerai) dan N Gobalakrishnan (ahli Parlimen Padang Serai).Tambahnya, tiga lagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding ialah seorang pemimpin daripada Hindraf, iaitu RS Thanenthiran. Manakala, R Muniandi dan Manogaran turut menawarkan diri. Kedua-dua mereka ialah ahli jawatankuasa bahagian Merbok.Menurut Loganathan, seorang lagi ahli jawatankuasa PKR Merbok yang turut menawarkan diri ialah Kamal Nasir Taufik.

Dilaporkan bekas ketua PKR bahagian Pokok Sena, A Jayagopal turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket bebas jika tidak dipilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil tersebut.DUN Bukit Selambau kosong berikut peletakkan jawatan V Arumugam sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan exco Kedah.

Pilihan pucuk pimpinanDalam pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, V Arumugam yang bertanding atas tiket bebas menang dengan majoriti 2,362 undi.Beliau mendapat 13,225 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, S Krishnan yang mendapat 10,863 undi.Manakala kertas pencalonan calon PKR, Saiful Izham Ramli ditolak atas sebab-sebab teknikal.

Selasa lalu, Saiful Izham yang juga ketua AMK Kedah, mengesahkan tidak akan bertanding sebaliknya menumpukan kepada tanggungjawabnya sebagai pengarah pilihanraya kecil DUN tersebut.Menurut Loganathan, penduduk di Bukit Selambau memerlukan calon yang lantang bersuara, ikhlas dan tegas dengan perjuangan parti."
- KedahLanie...

Ramainya calon yang menawarkan diri nak jadi wakil rakyat Bukit Selambau. Bertambah pening kepimpinan Pakatan Rakyat nak memilih satu-satunya calon yang layak bertanding mewakili PR di Bukit selambau ni. Walau apa pun setiap calun yang menawarkan diri mestilah cerminkan terlebih dahulu akan diri sendiri, adakah anda benar-benar layak dan berkemampuan untuk menjadi pemimpin.

Bukan mudah hendak menjadi pemimpin. Seseorang itu perlu kuat jati diri dalam menghadapi cabaran yang mendatang terutama dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Pengunduran Arumugam perlu diambil ikhtibar kerana seorang pemimpin yang tidak kuat pendirian dan lemah mengahadapi tekanan pasti tidak dapat bertahan lama.
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE