Advertisement - Contact Us

Umno penakut, kata Mohd Nizar - MalaysiaKini

"Feb 22, 09 3:28pm
Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut.

"Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini.

"Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik.

"Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.

Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Behrang, yang diwakili Jamaluddin Mohd Radzi yang keluar PR dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Mohd Nizar menegaskan bahawa beliau masih menjadi menteri besar yang saj yang dilantik oleh sultan.

"Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi," katanya yang merupakan Adun Pasir Panjang.

Mohd Nizar berkata jawatannya itu akan terbatal atau terlucut hanya melalui tiga cara iaitu, Perletakan jawatan secara sukarela, Pembubaran DUN dan Undi tidak percaya ke atas dirinya.

Beliau turut mencabar Umno untuk berhadapan dengan rakyat Perak melalui pilihan raya.

"Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.

"Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!" tegasnya."
- MalaysiaKini

Soalnya sekarang siapa penakut dan siapa pengecut. Mohd Nizar menegaskan bahawa UMNO penakut walhal jika dilihat tindakan penggantungannya terhadap EXCO BN dari mengikuti persidangan Dewan Negeri ia jelas membuktikan betapa Pakatan rakyat berasa cuak dengan kehadiran mereka. Sememangnya Speaker Dewan Negeri yang juga terdiri dari Pakatan rakyat telah menggunakan kuasanya untuk menggantung Datuk Zambry dan sekaligus menunjukkan betapa takutnya Pakatan Rakyat untuk menghadapi kehadiran EXCO BN yang baru ini.

Nizar secara nyata masih kemaruk kuasa Menteri Besarnya itu. Dan disebabkan itu beliau mengambil tindakan dengan mengeluarkan arahan kepada Speaker agar menggantung EXCO BN. Dengan pengantungan kesemua EXCO baru ini maka secara automatik suara ADUN BN dalam Dewan Negeri akan menjadi minoriti berbanding suara Pakatan Rakyat. Tetapi jika Nizar dan Speakernya membenarkan EXCO baru BN memasuki persidangan maka sekaligus kuasa majoriti beralih tangan kepada BN.

Jadi siapa yang sebenarnya penakut??? Kalau benar Pakatan Rakyat dan Nizar adalah sebuah Pakatan yang berani maka mereka semestinya membenarkan EXCO BN menyertai persidangan. Tidak timbul soal BN takut atau pengecut kepada keputusan Speaker dan Pakatan Rakyat, Cumanya mereka tidak mahu menentang keputusan Speaker secara membabi buta seperti mana yang dilakukan Pakatan Rakyat kepada keputusan yang dititahkan Sultan Perak. Dan sekiranya Nizar mengambil tindakan menumbangkan kerajaan baru tatkala EXCO sedang digantung maka inilah satu tindakan yang paling bodoh, dayus, penakut, bacol dan rendah tahap martabat dan maruah.

Jika peralihan kuasa di Perak tempohari disebabkan kerelaan diri sendiri ADUN Pakatan Rakyat yang melompat parti ke BN untuk membentuk kerajaan majoriti. Tetapi jika Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan baru ini berdasarkan undi tidak percaya yang diusulkan ketika EXCO dan ADUN BN digantung oleh mereka sendiri. Jadi nilailah yang mana satu yang penakut dan pengecut. Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat...

1 Ulasan

  1. Aku rasa dua-dua cuak jugak sebab dua-dua ada 28-28. Tp pasaipa, UMNO takut sgt kat pilihanraya semula? 50-50 what? lgpun tak guna dah nak biarkan mcm ni, pentadbiran tak kemas, masing2 buat andaian masing2 dan walaupun dlm kes ni UMNO tak cermat nak pasang jerat. Bubar saja. Lg pun anyone can win the election, right? Kalau bg alasan belanja tinggi pilihanraya pun, Perak akan rugi teruk dr segi ekonomi kalau tak bubar DUN sebab ramai investor akan lari sbb ketidakstabilan politik di sana. Pikiak sikit pasal kebajikan rakyat sama. Jgn dok asyik pikiak pasai politik hangpa semata-mata. Jgn sampai rakyat guling pulak, malu je.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama