Advertisement - Contact Us

Syukur, Nizar sudah insaf - Dr. Zambry


"TAIPING 12 Feb. - ''Saya bersyukur kerana beliau telah sedar dan insaf. Saya mengalu-alukan tindakannya itu''.

Begitulah reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir ketika diminta mengulas mengenai hasrat Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang akhirnya mahu mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar tidak lama lagi.

Dalam satu sidang akhbar di Ipoh, bekas Menteri Besar itu yang sebelum ini berkeras tidak mahu keluar dari kediaman Menteri Besar kerana mendakwa ia simbol kerajaan negeri yang sah akhirnya akur dengan arahan supaya mengosongkan kediaman tersebut.

Menurutnya, beliau terpaksa melupakan hasrat untuk terus tinggal di kediaman rasmi yang turut dijadikan 'markas pembangkang' apabila menerima sepucuk surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim yang memintanya berbuat demikian.

Malah, Mohammad Nizar mengesahkan beliau turut dihubungi oleh Abdul Rahman pada petang ini untuk memaklumkan perkara tersebut."
- Utusan Online

Akhirnya, Nizar kembali tersedar dari mimpi indahnya setelah lebih 8 bulan terlena diulit bantal kerajaan negeri Perak. Kenyataannya yang akan mengosongkan kediaman rasmi MB dan memulangkan semula kereta Camry baru itu adalah satu tindakan yang bijak demi untuk menjaga reputasinya sebagai bekas MB Perak.

Pada masa sekarang sepatutnya bukanlah masanya untuk berbalah, tetapi sudah sampai ketikanya untuk sama-sama bangun tak kira samada BN atau PR untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan rakyat untuk menjaga dan berkhidmat dengan sebaik mungkin kepada negeri dan rakyat Perak. Hentikanlah segala mainan politik kerana lebih banyak kita bermain politik maka lebih banyak masa terbuang dan lebih merencatkan lagi agenda pembangunan dan kebajikan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama