Advertisement - Contact Us

Nizar Tak Jumpa Pintu Keluar Rumah Rasmi MB...

" IPOH 11 Feb. – Pakatan pembangkang tidak akan keluar daripada kediaman rasmi Menteri Besar kerana mendakwa ia adalah simbol kerajaan negeri yang sah.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, semua mesyuarat termasuk mesyuarat Exco akan diadakan di kediaman rasmi itu kerana pihaknya dihalang memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Kami sedar kediaman ini adalah harta awam dan kami tidak berniat untuk terus tinggal di sini.

“Bagaimanapun, berdasarkan nasihat peguam, kami percaya kediaman ini melambangkan kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan negeri yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kor Ming berkata, kediaman rasmi Menteri Besar itu akan terus digunakan sebagai pejabat rasmi pakatan pembangkang dan ‘Exco’ sehingga ada arahan seterusnya daripada pimpinan parti.

“Kalau pimpinan parti memutuskan kami perlu pergi, kami akan keluar daripada kediaman ini bila-bila masa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pakatan pembangkang akan memfailkan saman bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, esok.

Katanya, ini kerana mereka bimbang hakim Mahkamah Tinggi Ipoh tidak dapat berlaku adil jika kes itu difailkan di sini.

“Semua dokumen berkaitan saman itu sudah sedia. Kita mahu mahkamah mengeluarkan deklarasi pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah dan salah di sisi undang-undang,” katanya.

Beliau turut memberi amaran, sebarang perjanjian yang ditandatangani kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) boleh dianggap tidak sah kerana penubuhan kerajaan negeri sekarang tidak mengikut undang-undang."
- Utusan Online

Pakatan Rakyat mungkin masih belum memahami atau buat-buat tak faham akan kedudukan mereka sebenarnya di Perak. Jika sebelum ini mereka merupakan kerajaan negeri di Perak tetapi keadaan semasa telah menjadikan mereka sebagai puak pembangkang. Seharusnya mereka sedar bahawa mereka sudah tidak sepatutnya dan tidak layak untuk mendiami rumah rasmi yang sudah pun menjadi milik Kerajaan BN. Sejak dari mula lagi mereka sepatutnya sudah keluar dari rumah tersebut memandang negeri Perak sudah ada MB yang baru dan layak menduduki rumah tersebut.

Apatah lagi Pakatan Rakyat menggunakan rumah tersebut sebagai pejabat dan pusat mereka menyebarkan dakyah yang terpesong dan menabur fitnah. Ini kerana boleh dikatakan setiap malam mereka mengadakan sessi ceramah di kediaman tersebut. Ini benar-benar sudah menyalah gunakan harta benda rakyat(bukan Pakatan Rakyat) untuk kepentingan dan memenuhi agenda politik mereka.

Pakatan Rakyat terutamanya Mohd Nizar seperti masih berada di awangan dan masih beranggapan bahawa mereka masih berkuasa. Walhal setiap keputusan yang diambil dan setiap patah cakap mereka sudah tidak laku dan tidak boleh dijadikan sebagai keputusan rasmi untuk jabatan dan agensi kerajaan di Perak mengambil sebarang tindakan. Hakikatnya Pakatan rakyat lebih banyak bermain politik dari menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menjaga nasib rakyat seperti mana yang mereka pernah janjikan sebelum ini.

Dan sekarang setelah kuasa hilang dari tangan mereka, barulah mereka bercadang-cadang untuk menjaga hak rakyat. Sedangkan tugas dan tanggunjawab itu bukan lagi milik Pakatan rakyat seperti sebelum ini tetapi sudah pun beralih tangan kepada Barisan Nasional. Kepada Pakatan Rakyat Perak terutamanya bekas MB Mohd Nizar, kembali kedunia realiti dan berpijak lah di dunia yang nyata. Jangan lagi terus bermimpi sehingga tak sedar ada orang sudah menjirus air ke muka.

1 Ulasan

  1. orang macam ni payah nak sedar. agaknya kena sultan keluarkan titah halau dia dari bumi perak baru dia nak sedar.

    dan aku harap sangat sultan perak berbuat demikian. aku nak lihat reaksi penyokong buta pakatan rakyat ni nak buat apa bila sultan sendiri dah benci dengan mereka.

    nasib baiklah dorang semua tak hidup zaman kesultanan melayu melaka. kalau tidak dah lama mereka bersama keluarga dihukum bunuh.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama