Advertisement - Contact Us

MB Perak Umum Portfolio Exco, Lantik Tiga Penasihat. - Bernama


"IPOH, 11 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan portfolio anggota-anggota exco kerajaan negeri selain pelantikan tiga penasihat menteri besar dan seorang ketua penerangan kerajaan yang semuanya bertaraf exco.

Dalam senarai itu, Zambry turut menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

Hamidah Osman dilantik exco kanan dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Ramly Zahari selaku Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Dr Mah Hang Soon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Datuk Saarani Mohamad dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan, Mohd Zahir Abdul Khalid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, dan Zainol Fadzi Paharuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Zambry melantik Datuk Mohd Najumuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Chang Ko Youn selaku Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina, dan Datuk S. Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum India manakala Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru Jumaat lepas selepas Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat berpunca daripada tindakan empat anggotanya keluar parti masing-masing untuk menyokong BN."
- Bernama

Barisan EXCO yang dilantik kali ini dilihat memenuhi dan merangkumi semua aspek terpenting yang perlu diselia. Jelas memperlihatkan tidak ada mana-mana pihak yang dominan jika dibandingkan dengan barisan EXCO Pakatan Rakyat yang lebih tercondong kepada penguasaan DAP.

Setiap portfolio yang diwujudkan telah dipegang oleh mereka yang berpengalaman dan berkemampuan. Diharap agar barisan EXCO ini dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik dan cemerlang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama