Advertisement - Contact Us

Kerana Karpal: Anwar Dan PAS Bakal Jadi PENDERHAKA!!!


"Feb 8, 09 4:56pm

Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat, menurut The Star.
Ekoran itu, Anwar telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat."
- MalaysiaKini.

Segala telahan dan andaian yang pernah saya buat sebelum ini nampaknya semakin menghampiri realiti. Jika diimbas kembali tulisan saya sebelum, saya ada menyatakan bahawa gabungan Pakatan Rakyat tidak akan dapat bertahan lama. Saya juga turut telah menyenaraikan sebab-musabab kenapa saya berandaian sedemikian. Dan salah satunya telah pun dan sedang berlaku kini. Gabungan Pakatan Rakyat sebenarnya tidak kukuh kerana setiap parti di dalam Pakatan Rakyat membawa agenda, pendirian, prinsip dan perjuangan yang amat jauh berbeza. Gabungan ini terhasil hanyalah disebabkan satu paksi yang longgar iaitu hendak menjatuhkan kerajaan yang sedia ada iaitu Barisan Nasional.

Mana mungkin untuk menjayakan sesuatu pakatan jika perkara dasar tak mampu untuk diselaraskan. Contoh paling mudah adalah bagaimana 3 orang remaja yang datang dari berlainan latar belakang, keluarga dan budaya mampu untuk menyewa satu rumah yang sama. Melainkan jika mereka sudah sepakat untuk menyewa pada kadar yang sama, mendapat hak yang sama tara di rumah tersebut dan yang paling penting saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam semua perkara. Itu pun sebenarnya masih belum kukuh dan bila-bila masa sahaja boleh bergoyang jika salah satu prinsip tersebut tidak dihormati.

Hakikatnya hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu menonjolkan persefahaman yang baik di antara semua parti komponen. Ini kerana parti komponen BN tahu hak masing-masing dan faham apa yang boleh dan apa yang perlu dielakkan. Di samping, parti di dalm BN juga tidak yang cuba menjadi dominan tetapi hanya menjaga rumah tangga sendiri tanpa perlu mencampuri rumah tangga orang lain.

Berbeza dengan Pakata Rakyat di mana masing-masing cuba menjadi parti dominan baik DAP, Pas mahupun PKR. Sedikit sahaja dugaan yang melanda Perak maka segala tembelang, kelemahan dan kepincangan di dalam Pakatan Rakyat mula terbongkar. Masing-masing mula menuding jari, melontar batu semnbunyi tangan.

"Karpal turut menegur dua rakannya dari DAP, terutama Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng berhubung pendirian mereka yang tidak konsisten berhubung isu melompat parti.

Karpal turut mengkritik BN kerana mengamalkan perbuatan melompat parti - dengan memberi contoh bagaimana BN telah menarik pemimpin DAP menyertainya pada 1979 dan 1982 ketika Anwar masih bersama Umno dan BN.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kepercayaan rakyat tidak boleh diambil mudah wakil rakyat yang pilih."
- MalaysiaKini

Hakikatnya semua sudah tahu bahawa DAP merupakan sebuah parti yang agresif dan lantang. Banyak tindakan yang pernah diambil oleh DAP membelakangkan sensitiviti dan adalakanya langsung tidak menghormati peruntukan undang-undang yang telah diwujudkan. Dan seperti juga kata Karpal Singh bahawa segala yang berlaku adalah tanggungjawab dan berpunca dari Anwar Ibrahim. Dan berdasarkan prinsip biasa gabungan sesuatu pakatan Anwar dan termasuk pemimpin PAS pasti bersetuju dan menyokong tindakan yang hendak diambil oleh ahli pakatan mereka iaitu Karpal Singh yang hendak mengambil tindakan terhadap Sultan Perak. Maka terpampanglah sekarang bahawa mereka semua adalah PENDERHAKA dan PEMBELOT bangsa. Selayaknya mereka direjam dengan najis babi di atas setiap tindakan yang telah membelakangkan adab susila Melayu dan Islam yang selama ini dijunjung dan dijaga oleh seluruh orang Melayu termasuk PAS sendiri.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama