Jumaat, 13 Februari 2009

Karpal: Desakan kerabat Kedah 'nakal, tanpa asas' - MalaysiaKini


"Feb 13, 09 4:05pm
Peguam terkenal Karpal Singh menyifatkan desakan agar beliau dilarang menjejakkan kaki ke Perak - susulan cadangannya untuk menyaman Sultan Azlan Shah - sebagai "nakal" dan "tanpa asas perundangan."

Karpal, yang juga pengerusi DAP itu, berkata menurut Akta Buang Negeri 1959, seseorang warganegara sejak lahir termasuk beliau tidak boleh dibuang daripada sebarang negeri dalam persekutuan.

Mengulas cadangan Persatuan Kerajaan Diraja Kedah (PKDK) semalam, tambahnya, kerajaan hanya boleh menarik balik kewarganegaraan seseorang yang mendapatkannya melalui pendaftaran atau naturalisasi.

"Saya tidak faham mereka yang menuntut nyawa tidak boleh memahami prinsip-prinsip asas undang-undang yang dirujuk saya.

"PKDK sepatutnya merujuk nasihat peguam sebelum membuat gesaan itu," kata Karpal dalam kenyataannya hari ini."
- MalaysiaKini

Karpal Singh takut ler tu. Memang sepatutnya dia dibuang negeri malah negara sejak dari dulu lagi. Tindakan dan mulutnya yang terlalu celupar dan kurang ajar tidak harus dibiarkan. Dia terlalu mempertahankan keegoannya hingga membelakangkan sensitiviti masyarakat Malaysia.
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE