Advertisement - Contact Us

'Kahwin Paksa' Dalam Pakatan Rakyat Tak Berkekalan : Noh - Bernama

"KOTA BAHARU, 12 Feb (Bernama) -- Ketidaksepakatan yang sudah terserlah antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat menandakan gabungan itu tidak mampu bertahan lama, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar.

Menurut beliau, gabungan itu dilihat semakin parah apabila tiga anggotanya terdiri PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat mulai mengkritik sesama sendiri secara terbuka.

"Kita dah nampak dari mula lagi, orang kahwin paksa ni takkan kekal lama.

"Mereka berpakat semata-mata kerana nak tubuh kerajaan dan nak memerintah sehingga sanggup menggadai prinsip dan perjuangan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Asrama Oren Satu, Kolej Poly-Tech MARA, di kampus cawangannya, di sini, Khamis.

Noh berkata dasar yang berbeza akan menyukarkan parti-parti pembangkang itu bertahan lebih lama dalam satu pakatan.

"Kita tak hairan kerana ketiga-tiga parti dalam pakatan ada prinsip dan perjuangan masing-masing, semuanya tak sama," katanya."
- Bernama

Seluruh rakyat Malaysia hakikatnya sudah jelas dan faham kenapa ketiga-tiga parti pembangkang utama ini yakni PAS, DAP dan PKR sanggup bersusah payah untuk bergabung di bawah satu bumbung. Walhal masing-masing secara nyata sejak dari dahulu memperjuangkan agenda dan prinsip yang amat jauh berbaza antara satu sama lain. Sesama mereka sendiri mempunyai pendirian yang tak sekata umpamanya cita-cita PAS yang inginkan sebuah negara Islam sepenuhnya sedangkan DAP secara terang-terangan menolak cadangan untuk menubuhkan negara Islam dan Hukum Hudud.

Faktor utama mengapa ketiga-tiga parti ini sanggup mengenepikan perjuangan parti masing-masing dan bersedia untuk menubuhkan Pakatan rakyat antaranya adalah untuk menjadi dan membentuk sebuah kerajaan baru sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU-12 yang lepas. Mereka sebenarnya sudah mencuba berkali-kali untuk menjadi kerajaan secara berasingan tetapi gagal. Oleh yang demikian, mereka berpandangan satu cara untuk membentuk parti yang kuat adalah dengan membentuk satu pakatan. Ini ditambah dengan kewujudan PKR yang dipelopori oleh bekas pemimpin BN sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang memang sudah sedia maklum mempunyai pengaruh yang kuat. Sedangkan Pakatan rakyat lupa bahawa PKR merupakan cebisan Barisan Nasional dan sememangnya sukar untuk survive dalam arena politiks semasa sekiranya mereka sudah biasa selesa dengan BN sebelum ini.

Faktor kedua adalah disebabkan niat buruk mereka untuk menjatuhkan atau menumbangkan kerajaan BN walau dengan apa cara sekalipun. Anwar Ibrahim dan PKR amat berdendam dan mencemburui kemampuan BN. Ditambah dengan tragedi yang pernah menimpa Penasihat PKR sebelum ini yang dipecat dan dihumban ke penjara dengan pelbagai tuduhan yang amat mengaibkan. Oleh yang demikian mereka mengambil kesempatan dengan memujuk PAS dan DAP yang secara kelaziman amat kepingin menjadi kerajaan supaya membentuk pakatan.

Oleh yang demikian, mereka sedia menlakukan apa jua cara bagi menyakinkan rakyat terutamanya pihak yang berada atas pagar agar condong dan menyokong mereka. Anwar Ibrahim berjaya memainkan peranan utama dengan kemampuan dan kebolehannya berpidato untuk meraih sokongan rakyat. Pelbagai helah, fitnah dan janji manis ditabur untuk mencapai objektif mereka memenangi PRU.

Setelah hampir setahun memegang beberapa kerajaan negeri, pelbagai tembelang kelemahan dan kepincangan mulai terserlah. Rakyat sudah mula hilang keyakinan dan merasa tertipu dengan hakikat kemampuan sebenar PR ini. Kelemahan mereka yang kian terserlah mengakibatkan mereka kehilangan negeri Perak. Dan tidak mustahil negeri-negeri lain yang kini sedang berada dalam gengaman mereka bakal terlapas satu persatu. Inilah padahnya jika hanya banyak bermain politik sedangkan tanggungjawab terhadap rakyat diabaikan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama