Advertisement - Contact Us

DUN Perak dibubarkan hari ini? - MalaysiaKini



"Feb 4, 09 12:23pm: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah." - MalaysiaKini

Keyakinan Pr di Perak mulai tergugat gara-gara beberapa tindakan ADUNnya yang benar-benar di luar jangkaan. Walaupun pada mulanya setelah Perak dikejutkan dengan aksi lompatan ADUN Bota dari BN ke PR, namun itu semua hanyalah gimik politik seketika.

"Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi." - MalaysiaKini

Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi dari MalaysiaKini, jika ia benar-benar berlaku maka PR hanya mampu berkuasa di negeri Perak dalam tempoh tidak sampai 1 tahun. Dengan kemasukan 3 ADUN PR ke BN maka secara statistiknya menunjukkan bahawa BN akan memperolehi kelebihan 1 kerusi. Dan ianya juga secara tidak langsung akan melayakkan kerajaan BN untuk merampas kempali penguasaan di Perak.

Sudah pasti MB Perak sekarang tidak akan memberi peluang langsung untuk kerajaan BN dari berkuasa di Perak. Beliau akan berusaha untuk mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Perak bagi membubarkan Dewan Negeri Perak dan semua kerusi ADUN bakal dikosongkan. Jika Tuanku Sultan memperkenankannya maka negara sekali lagi akan melihat satu lagi Piliharaya Kecil Negeri Perak.

Dengan ini bolehlah ditafsirkan bahawa peluang samada PR mahupun BN untuk kembali berkuasa di Perak menjadi terbuka. BN sudah pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dan akan menggerakkan seluruh jentera kekuatan parti bagi merampas kembali negeri Perak dari tangan PR. Manakala PR pula akan menggandakan usaha bagi memastikan Perak tidak terlepas tangan memandangkan kerusi yang baru diduduki ketika PRU-12 tempoh hari masih lagi belum panas.

Sama-sama kita nantikan perkembangan terkini Negeri Perak...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama