Advertisement - Contact Us

Bersiap-sedialah Wahai Kedah Dan Selangor...

"Feb 5, 09 1:01pm
Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah pula kini menjadi sasaran BN seterusnya susulan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut didakwa "berisiko tinggi" untuk melompat parti.

Malaysiakini difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan panik dan berwaspada, pergerakan mereka kini difahamkan dipantau rapi kerana wujud dakwaan mereka sedang dijadikan terbaru sasaran untuk ditarik melompat menyertai BN.

Usaha sejak tahun lepas dipergiatkan kembali minggu lalu, serentak dengan usaha memujuk beberapa Adun PKR dan DAP di Perak.

Difahamkan, usaha ini turut melibatkan sebuah jabatan kerajaan.

Projek BN ini berkaitan usaha menumbangkan satu demi satu kerajaan negeri pimpinan gabungan pembangkang itu, bermula di Perak yang kini hanya menunggu saat rasmi kejatuhannya.

Pakatan Rakyat memerintah Kedah dengan kelebihan lapan kerusi - 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, manakala BN pula 14 kerusi.

Kerusi milik Pakatan itu terdiri daripada 16 kerusi PAS, lima kerusi PKR dan satu kerusi DAP.

Susulan usaha menarik wakil-wakil rakyat PKR di Kedah semakin rancak, exco kerajaan Kedah V Arumugam membuat laporan polis awal minggu ini dengan dakwaan beliau, keluarganya dan pegawainya diugut.

Adun PKR Bukit Selambau itu juga mendakwa ada pihak menawarkan sejumlah wang tetapi enggan mendedahkan jumlahnya dan pihak terbabit.

Menang atas tiket bebas pada pilihanraya umum lalu, Arumugam kemudiannya menyertai PKR sebelum dilantik pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Tiga Adun PKR yang didakwa menjadi sasaran BN: Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Rahzi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim).

Seorang lagi Adun Sidam, Tan Chow Kang dikatakan "tidak goncang" walaupun selepas usaha memujuknya melompat kepada BN.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lim menafikan beberapa Adun PKR dikuarantin di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Azizan Razak untuk mengelak mereka berpindah parti.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan usaha melobi mereka agar menyertai BN."
- MalaysiaKini


Perak sudah berjaya dirampas oleh Kerajaan BN. Matlamat seterusnya sudah pasti antara negeri Kedah dan Selangor. Kedua-dua negeri ini juga boleh dianggap sebagai negeri yang berpotensi tinggi untuk dirampas pentadbiran negerinya. Pergolakan yang sering berlaku di kedua-dua negeri ini dilihat sebagai pemangkin dan peluang tidah seharusnya dilepasakan oleh BN.

Kini PR mulai sedar akan kemampuan dan kehebatan Najib Tun Razak menggunakan kebijakannya merampas Perak dari tangan PR. Jika sebelum ini Anwar yang mengembar-gemburkan akan merampas kerajaan persekutuan, tetapi hakikatnya Najib yang berjaya merealisasikan perkara tersebut. Harus diingat, Najib bukanlah calang-calang pemimpin. Darah kepimpinan pastinya mengalir ke tubuhnya dari ayahandanya.

Yang pasti MB Selangor dan Kedah bolehlah mula mengucapkan 'Good Bye' kepada bekas rakan sejawatannya dari Perak. Dan mereka juga pasti tidak tidur malam untuk memikirkan strategi bagaimana untuk mengukuhkan kerajaan negeri pimpinan mereka dan sekaligus menghalang serangan dari BN di bawah komander Najib Tun Razak.

1 Ulasan

  1. Darah kepimpinan pastinya mengalir ke tubuhnya dari ayahandanya..
    Ini memang lah bagus. masalahnya, cmne nasib malaysia if Najib jadi PM nanti, sblum jadi PM da ada unsur2 rampas kuasa, sifat diktator, melangkaui sitem beraja, penuh dgn kontroversi yang x setel2, atlantuya etc. ape citer pilihanraya KT yang dikepalai Najib, kalah teruk. pastu nak take over Perak konon. Kalo anak jantan, bubar dun, buatlah pilihanraya. biar rakyat choose their leader. kalo dpt menang majoriti di Perak, baru kite respect our future Prime Minister.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama