Advertisement - Contact Us

Bekas MB Boleh Menginap, Bebas Guna Kereta Rasmi. - Utusan Online

"POH 7 Feb. - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin boleh menginap di kediaman rasmi Menteri Besar dan menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri selama mana yang beliau mahu, kata Menteri Besar yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Zambry berkata, ini kerana apa yang penting bagi beliau ialah untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.

''Biarlah dia (Mohammad Nizar), dia boleh guna kalau dia rasa itu hak dia, dia pakailah.

''Yang penting bagi saya ialah untuk rakyat, biar saya tidak masuk kediaman (rasmi) pun tidak apa kerana saya boleh jalankan tugas dari rumah saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Perak di Kampung Simee di sini hari ini.

Mohammad Nizar setakat ini berkeras enggan meninggalkan Kediaman Rasmi Menteri Besar dan tidak memulangkan kenderaan rasmi kerajaan negeri kerana masih menganggap dirinya sebagai Menteri Besar yang sah.

Ditanya mengenai tuduhan Mohammad Nizar bahawa beliau adalah Menteri Besar yang tidak sah, Zambry menempelak bekas Menteri Besar itu dengan kenyataan: ''Apa dia ingat dia halal ke? Yang halal cuma kepada dia, yang haram semua kepada orang lain."

Zambry juga mendakwa, mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diadakan Mohammad Nizar di Kediaman Rasmi Menteri Besar pagi ini sebagai haram.

Dalam pada itu, Zambry berkata, beliau akan mengambil kira kepentingan tiga kaum utama di negeri ini iaitu Melayu, Cina dan India dalam pemilihan barisan Ahli MMK yang akan diumumkan nanti.

Katanya, walaupun kerajaan negeri dikuasai majoriti wakil rakyat kaum Melayu, kerajaan negeri mempunyai banyak cara bagi memastikan kaum Cina dan India di negeri ini tidak terabai.

Kerajaan negeri sekarang mempunyai 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dan seorang ADUN dari MCA.

Pada masa sama, tiga wakil rakyat bebas yang mengumumkan menyokong BN terdiri daripada dua Melayu dan seorang Cina.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan dasar pemberian tanah termasuk hak milik kekal kepada penduduk kampung baru, Zambry berkata, perkara itu hanya akan dibincangkan selepas pelantikan ahli MMK Selasa ini.

Beliau memberitahu, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim untuk memasuki pejabat Menteri Besar."
- Utusan Online

Baik hatinya Menteri Besar Perak yang baru ni. Mungkin dia pun faham akan kesukaran hendak mencari rumah sewa pada masa sekarang.

Kepada Nizar, mantan MB Perak.
Lekas-lekaslah kelaur dari kediaman rasmi Menteri Besar. Dan kembalikanlah kunci kereta Camry yang baru tu secepat mungkin. Jangan lah tunggu sampai orang halau dengan batang penyapu. Lagipun Nizar sudah tidak layak menggunakan kemudahan tersebut. Biarlah orang lain pula merasa. Kalau nak balik, berusahalah bersungguh-sungguh untuk merampas kembali kerajaan Perak. Lagipun harta benda itu bukan hak persendirian memandangkan ianya datang dari hasil cukai wang rakyat untuk kemudahan Menteri Besar yang layak menggunakannya demi untuk berkhidmat kepada rakyat.

Kalau Nizar nak gak kereta Camry tu maka belilah menggunakan wang sendiri memandangkan kos selenggaranya yang murah.

Jangan Marah....

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama