Selasa, 27 Januari 2009

Pengorbanan ADUN Bota Demi Melayu Perak...



Apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik aksi melompat parti yang sedang hangat diperkatakan sekarang? Adakah disebabkan parti UMNO atau BN amnya sudah lagi tidak relevan kepada orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan yang sebenar? Atau adakah PR sahaja pilihan yang ada untuk mengukuhkan kedudukan politik seseorang pada masa sekarang?

Namun, jika difikir dan dikaji dari segenap sudut, persoalan ini harus diambil kira. Kenapa ADUN UMNO sahaja yang berminat untuk melompat parti dan bukannya Ahli Parlimen? Dan kenapa ianya berlaku di negeri Perak?

Hakikatnya, kedudukan ADUN dalam negeri Perak sebenarnya dimonopoli dan dikuasai oleh DAP. Walau pun secara dasarnya, pemimpin dari PAS yang memegang jawatan no 1 iaitu Menteri Besar tetapi ahli Exco yang menguasai kerusi Dewan Negeri rata-rata datangnya dari parti DAP. Kesimpulan yang boleh diperkatakan ialah kedudukan Menteri Besar Perak dari PAS ini tidak lebih hanyalah sebagai boneka demi untuk mengisi jawatan Menteri Besar.

Orang Melayu sepatutnya bersyukur kerana perlembagaan Raja-Raja telah menyelamatkan kedudukan Menteri Besar dari terlepas ke tangan orang lain. Walaupun berdasarkan keputusan PRU yang lepas jelas menunjukkan bahawa seharusnya wakil dari DAP yang layak mengisi jawatan itu namun perlembagaan telah memperuntukkan bahawa jawatan Menteri Besar Perak perlu diisi oleh orang Melayu yang beragama Islam dan sekaligus telah menafikan peluang DAP.

Apa guna memegang jawatan tertinggi sekiranya setiap keputusan yang dibuat sering mendapat kekangan apabila dibawa ke Dewan Negeri. Satu-satu cadangan yang dibawa perlu mendapatkan sokongan majoriti dan jelas majoriti yang perlu dikuasai sekarang di Perak perlu menandingi majoriti wakil DAP.

Kembali kepada persoalan yang asal, kenapa ADUN BN dari Bota secara tiba-tiba melompat parti ke PKR? Secara umum, ianya mungkin dilihat sebagai satu agenda pembelotan parti yang tidak boleh dimaafkan. Namun, dari satu sudut ia dilihat sebagai satu keputusan terbaik demi untuk membela nasib orang Melayu di Perak.

Datuk Seri Nizar selaku Menteri Besar Perak seharusnya berterima kasih kepada ADUN Bota ini kerana sekurang-kurangnya orang Melayu PR mendapat satu lagi majoriti dalam Dewan Negeri. Dan demi kebaikan orang Melayu di Perak, adalah amat dialu-alukan sekiranya ada lagi ADUN BN di Perak yang berhasrat untuk menyertai PR.

Pembangkang secara realitinya tidak wajar menyetujui apa-apa dasar yang cuba dibawa oleh pihak kerajaan. Dan dalam konteks ini, sekiranya ADUN Bota terus berada bersama BN, ia hanya dapat membangkang setiap dasar yang dibawa kerajaan negeri melainkan jika beliau menyertai PR maka Melayu PAS dan Melayu PKR berjaya mendapat satu lagi undi dari wakil rakyat Melayu demi untuk menandingi majoriti DAP yang menguasai Dewan Negeri Perak.

Kesimpulannya adalah kerajaan Negeri Perak terutama orang Melayu harus berterima kasih dan bersyukur di atas pengorbanan yang dibuat oleh ADUN dari Bota ini dan juga dari UMNO kerana bersedia untuk menyertai PR demi untuk kebaikan orang Melayu di Perak. Jika bukan disebabkan kedudukan Melayu PR Perak yang dilihat terumbang-ambing dan berdiri umpama boneka, maka tidak berasas langsung untuk pemimpin dari BN melepaskan kedudukan yang diperolehi dalam BN demi untuk menyertai PR.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Dua EXCO Perak: Apa yang berlaku? - malaysiakini

    kemaskini 10:00am - Artikel ini telah diedit beberapa patah perkatan mengikut perubahan zaman. sila rujuk - [sini].

    Ini adalah terjemahan seba hagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17434/84/

    "Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan 'hilang', sebaliknya berada didalam tangan pemimpin RASUAH. Dan RASUAH mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan 'menyeberang' kedalam RASUAH ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan UMNO.

    Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan di lindungi oleh RASUAH, seorang ADUN UMNO melompat kedalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat diPerak. Tetapi apabila ADUN RASUAH menyeberang kedalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

    Mereka kemudianya menawarkan bekas ADUN RASUAH ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam RASUAH dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. RASUAH memerlukan Nasruddin kembali kedalam RASUAH, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, RASUAH masih gagal merampas Perak dari PR.

    Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin.." Altantuya telah mati dan Bala telah hilang." Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?"

    Apa yang berlaku?

    Perancangan RASUAH untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, RASUAH tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup 'kemaluan' beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

    Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

    Walaubagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN RASUAH kedalam PKR untuk menghalang perancangan RASUAH ini.

    Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui 'kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin keKuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

    Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN RASUAH yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

    Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh RASUAH untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam RASUAH, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali kedalam RASUAH. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasrudin!

    Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak RASUAH ini. tetapi apa yang jelas, RASUAH begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan 'kemaluan' Najib yang hilang.

    Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah RASUAH selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata .."Relax!"

    No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

    Kecuali kalau RASUAH main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

    Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9292#269440

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE