-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 23 Oktober 2008

Hindraf : Pembela Atau Penyangak ???

Kebelakangan ini kecoh diperkatakan soal kebiadaban segelintir puak-puak yang menggelar diri mereka sebagai Hindraf. Bermula dengan rapat umum atau demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan ini yang akhirnya bertukar menjadi ganas. Kemudian timbul isu beberapa pemimpin mereka yang ditahan di bawah akta ISA. Kemudian kehadiran mereka tanpa diundang dan terus menimbulkan kekecohan di Majlis Sambutan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri. Dan terbaru kerajaan telah mengambil tindakan dengan mengharamkan kumpulan atau organisasi ini.

Kenapa semua ini boleh berlaku? Apakah faktor utama sehingga membuat segelintir puak ini berani bertindak biadap dan sanggup mencemarkan nama baik negara hingga ke luar negara termasuk di India dan Britain? Adakah timbul soal ketidak telusan atau kebebasan melampau sehingga telah dipergunakan oleh puak ini? Dan yang penting, apakah kaedah yang perlu diambil umtuk memuaskan hati semua pihak dan mengatasi masalah yang timbul?

Rata-rata jika dilihat, kumpulan Hindraf ini sebenarnya dimonopoli olah kaum India. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Pandangan saya adalah punca masalah ini timbul disebabkan kelemahan kepimpinan kaum India sendiri.Pelbagai faktor perlu diambil kira dan di kaji selidik memandangkan tahap melampau yang cuba ditonjolkan oleh golongan Hindraf ini sedikit sebanyak telah mengganggu gugat dan mengacau ketenteraman penduduk Mlaysia.

Faktor pertama yang perlu dilihat mestilah apa yang berkisar di dalam kaum India itu sendiri. Hakikatnya parti kaum India yang sepatutnya dilihat sebagai pembel masyarakat India kini umpama menjadi duri dalam daging atau guntuing dalam lipatan yang menghancurkan dan memecahbelahkan kaum India itu sendiri. Parti MIC yang dilihat sebagai parti terbesar bagi kaum India sudah umpama hilang taringnya. Ini disebabkan oleh rasa hilang kepercayaan di kalangan kaum India sendiri terhadap parti MIC. Kepimpinan Kaum India yang didokong oleh orang yang sama iaitu Samyvellu dilihat sudah terlalu lama menjadi pemimpin kaum India. Akibat terlalu lama membuatkan kepimpinan hilang pengaruh dan kuasa terhadap kaum India.

Faktor kedua pula ialah dasar yang terlalu keterbukaan dan peluang serta kebebasan yang diperkenalkan oleh Pak Lah sebebnarnya telah di salah tafsir sekaligus disalahgunakan oleh segelintir manusia demi kepentingan dan untuk perjuangan yang cuba ditunjukkan oleh golongan ini. Pak Lah yang dilihat terlalu bersifat lembut dan banyak memberi peluang menjadikan kaum India sepeprti cuba memijak kepala dan sudah berani mempertikaikan banyak perkara terutama nerkaitan soal dasar dan perkara-perkara yang tidak sepatutnya disentuh oleh kaum India.

Rabu, 22 Oktober 2008

Tiba Masanya Rafidah Meletak Senjata...



Persidangan Wanita UMNO di peringkat Bahagian masih lagi belum melabuhkan tirainya dan peringkat tertinggi pula masih belum dibuka pentasnya namun bahang pemilihan terutama melibatkan jawatan tertinggi yakni Ketua Wanita UMNO Malaysia terus membuak-buak kehangatannya. Pelbagai telahan, saranan dan pelan telah diumumkan, namun apa yang jelas suara akar umbi terus mendesak inginkan satu perubahan drastik yang bersifat segera.

Bermula dengan pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh nahkodanya yakni Dato' Seri Rafidah Aziz kepada Naib Ketuanya Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil yang dijangka pada bulan Jun dan sekaligus menunjukkan bahawa Rafidah ingin terus memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO pada pemilihan yang akan datang. Disusuli dengan pengumuman Naib Ketuanya yang meminta agar setiap mesyuarat Wanita peringkat Bahagian untuk tidak mencalonkannya bagi mencabar jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.


Dimanakah relevannya pelan yang telah diumumkan oleh Rafidah? Persoalannya terus menjadi teka-teki. Apakah matlamat dan tujuan sebenar pelan ini diumumkan? Jika menurut Rafidah Aziz, pelan ini diwujudkan untuk mengelakkan berlaku pertandingan bagi memilih jawatan No.1 bagi Pergerakan Wanita Malaysia. Ia sekaligus dapat mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti. Mungkin secara dasarnya ia telah melanggar prinsip demokrasi yang membenarkan setiap ahli parti berhak mencalonkan atau memilih ketua bagi sesuatu organisasi.

Pujian mungkin layak diberikan kepada Shahrizat yang sedia menerima cadangan untuk berkompromi dan ia sekaligus menunjukkan taat setia yang tinggi kepada ketuanya. Namun sampai bila taat setia ini harus dipegang sedangkan jika dinilai dari segi kelayakan, kemampuan dan pengalaman jelas menunjukkan bahawa Sharizat sudah mampu mengambil alih kuasa dari ketuanya.

Namun, setelah berlangsungnya hampir separuh mesyuarat wanita peringkat bahagian di seluruh Malaysia, akar umbi telah melontarkan pandangan melalui undian yang jelas bertentangan dengan pelan yang telah dipersetujui sebelum ini. Pencalonan yang diterima oleh Sharizat telah melayakkan beliau untuk bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. Ini juga menunjukkan bahawa akar umbi rata-rata sudah tidak mahu menanti saat peralihan yang dipersetujui.

Sebenarnya, sudah tiba masanya untuk Rafidah meletak senjata dan memberi laluan kepada Sharizat memikul tanggungjawab sebagai Ketua. Apa lagi yang mampu dilaksanakan oleh Rafidah dalam tempoh tiga bulan selepas pemilihan peringkat tertinggi berlangsung. Adalah tidak wajar untuk membiarkan Sharizat hanya memangku jawatan ketua selepas tempoh peralihan iaitu pada bulan Jun.

Mungkin matlamat Rafidah hanyalah untuk melihat sisa-sisa kekuatan yang ada pada dirinya. Atau lebih kejam lagi, mungkin pelan yang dicadangkan oleh Rafidah hanyalah sebagai gimik politik dan tatkala tiba masanya untuk menyerah kuasa, maka pelbagai alasan akan diberikan.

Sharizat seharusnya perlu melihat lebih jauh lagi. Sudah tiba masanya untuk beliau memberanikan diri untuk mencabar jawatan ketua. Dan jika nilai berdasarkan pencalonan yang diterima, Sharizat memiliki peluang yang lebih cerah untuk memegang jawatan ketua berbanding Rafidah jika berlaku pertandingan. Sudah pasti, perwakilan Wanita yang sebelum ini mencalonkan Rafidah akan beralih arah dan mengundi Sharizat sekiranya Sharizat serius untuk mencabar jawatan ketua.

Bagi Rafidah pula, sudah tiba masanya untuk beliau memberi kepercayaan kepada Naib Ketuanya untuk menjadi nahkoda kepada Pergerakan Wanita Malaysia. Lebih manis jika beliau mengumumkan untuk mengundurkan diri sebelum berlaku pemilihan jika dibandingkan tewas sewaktu pertandingan. Akar umbi juga telah menunjukkan reaksi untuk melihat perubahan peringkat tertinggi. Ini juga akan dapat mengelakkan perpecahan berlaku dalam parti.

Isnin, 20 Oktober 2008

Mampukah Badai Mukhriz Menenggelamkan Bahtera Khairy?



Bahang pemilihan dalam Persidangan UMNO Malaysia semakin hangat terasa. Bermula dengan pengunduran Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia yang telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO serta melanjutkan tarikh persidangan ke bulan Mac. Kemudian muncul tokoh-tokoh dalam UMNO yang mula menawarkan diri untuk bertansing pelbagai jawatan. Ini menunjukkan betapa UMNO amat kepinginkan pembaharuan baik dari segi kepimpinan mahupun dari segi dasar-dasar yang diperjuangkan sebelum ini.

Tak terkecuali kempen dalam memilih siapa bakal menerajui kapal Pemuda. Jawatan Ketua Pemuda Malaysia yang telah dikosongkan oleh Hishamuddin bakal memperlihatkan perebutan di antara beberapa calon yang berkaliber. Ia juga bakal memperlihatkan kesinambungan kepimpinan terdahulu yang pasti tidak boleh disangkal lagi telah membawa banyak perubahan baik dalam parti mahupun kepada negara Malaysia sendiri.


Sejak dari awal lagi, Dato' Mukhriz Tun Mahathir telah menawarkan diri untuk menjadi wakil suara barisan Pemudan yang dilihat semakin suram. Beliau yang pastinya mendapat restu dari ayahandanya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia dilihat mampu membawa satu perubahan yang positif demi untuk untuk melihat Pemuda kembali kukuh. Beliau juga dilihat seorang pemimpin yang berani dan bersuara lantang dalam menyuarakan pelbagai isu yang bertentangan dengan prinsip yang dibawa oleh Pak Lah. Walaupun setelah Tun Mahathir mengistiharkan keluar dari UMNO untuk berjuang dari luar, Dato' Mukhriz kekal di dalam UMNO dan terus menentang pelbagai dasar yang dilihatnya mampu menjahanamkan parti.

Lawannya pasti tidak lain dan tidak bukan datangnya dari Naib Ketua Pemuda yang juga menantu kesayangan Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Pastinya Khairy juga bukanlah calang-calang calon untuk memegang jawatan no. 1 Pemuda. Jika dilihat dari segi luaran, Khairy memiliki ketokohan dan ciri-ciri yang melayakkan beliau menjadi pemimpin. Ditambah juga dengan kepetahan beliau berpidato dan kemampuan beliau mengemukan pelbagai idea yang bernas menjadikan beliau sebagai calaon yang paling layak menentang Dato' Mukhriz. Mungkin disebabkan pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini ditambah juga kedudukan beliau sebagai menantu Pak Lah, membuatkan populariti beliau sedikit terjunam.

Seorang lagi calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan yang sama ialah bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo. Namun rata-rata melihat kehadiran Dato' Khir tidak mampu menggugat pertembungan di antara dua tokoh di atas.

Setelah selesai kebanyakkan Persidangan Pemuda Bahagian di seluruh Malaysia, dapat dilihat Dato' Mukhriz menjadi calon yang pertama layak untuk bertanding. Namun begitu, Khairy Jamaluddin juga dilihat bakal memenuhi kuota yang diperuntukkan untuk bertanding kerana beliau hanya memerlukan lagi 2 pencalonan untuk melayakkan beliau bertanding.

Namun yang jelas, jumlah pencalonan yang diperolehi tidak boleh dijadikan kayu pengukur kemampuan seseorang calon itu. Ini ditambah dengan tempoh Persidangan peringkat tertinggi yang masih jauh lagi bakal memungkinkan sebarang kemungkinan untuk berlaku. Khairy pastinya akan melakukan sesuatu untuk mengembalikan sokongan dan undian kepadanya. Begitu juga dengan Dato' Mukhriz. Beliau pasti akan berusaha keras untuk mengekalkan kepercayaan yang telah diberikan oleh perwakilan kepada beliau.

Apa yang diharap oleh akar umbi adalah pemilihan kali ini mampu dijalankan dengan penuh ketelusan dan adil. Biarlah pemimpin yang bakal dipilih adalah pemimpin yang bersih, adil dan yang paling layak. Politik perlulah dielakkan kerana ia akan menghancurkan masa depan UMNO.

Khamis, 16 Oktober 2008

Persidangan UMNO Bahagian Tasek Gelugor - Gugurnya Seorang Patriot...



Tanggal 12 Oktober 2008 yang lepas maka terjawablah segala teka teki yang sering menjadi tajuk perbualan di kalangan penduduk Tasek Gelugor, Pulau Pinang baik di kedai-kedai kopi mahupun di rumah-rumah kenduri berkenaan dengan isu pemilihan kepimpinanan UMNO bahagian Tasek Gelugor. Maka dengan ini juga jelaslah siapa yang telah berjaya dipilih sebagai pemimpin baik di peringkat Pemuda, Wanita mahupun Di peringkat Bahagian sendiri.

Bermula dengan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian dan Persidangan Puteri UMNO Bahagian yang telah diadakan pada 10 Oktober 2008 dan kemudiannya disusuli dengan Persidangan Wanita UMNO Bahagian pada 11 Oktober 2008. Kemuncak Persidangan adalah pada 12 Oktober 2008 iaitu Persidangan UMNO Bahagian Tasek Gelugor.



Sejak bermulanya Mesyuarat dan Pemilihan UMNO di peringkat Cawangan dalam Tasek Gelugor lagi, sudah timbul pelbagai desas desus yang mana bakal memperlihatkan tentangan akan berlaku bagi memilih calon Ketua UMNO Bahagian. Penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian terdahulu yakni Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Omar bakal ditentang oleh ADUN Permatang Berangan yang berjaya mengekalkan kerusi ADUNnya pada Pilihanraya yang lepas iaitu Ustaz Shahbudin Yahaya yang juga Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Berdasarkan pencalonan yang diterima setelah berakhir mesyuarat di peringkat cawangan juga telah memperlihatkan bahawa Ustaz Shahbudin berjaya mendahului Dato' Seri.

Populariti Dato' Seri Mohamad Shariff yang dilihat semakin merudum mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk kegagalan beliau mengekalkan kerusi Parlimen Tasek Gelugor setelah beliau memberi laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding dan sekaligus memenangi kerusi tersebut. Selain itu, mungkin juga disebabkan peranan beliau di dalam kerajaan juga dilihat semakin pudar apabila tidak dilantik sebagai senator mahupun jawatan-jawatan penting yang lain. Tak terkecuali faktor beliau sendiri yang dilihat sudah terlalu lama menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor maka sudah tiba masanya untuk beliau berundur dan memberi peluang kepada muka baru.

Kemunculan Ustaz Shahbudin dalam arena politik dilihat sebagai tepat pada masanya tatkala generasi kini yang inginkan pembaharuan dan reformasi terutama dari segi kepimpinan. Beliau juga berjaya menambat hati penduduk Tasek Gelugor dengan keperibadiannya yang boleh dicontohi di samping peranan beliau sendiri selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Di samping itu beliau juga mendapat sokongan dari Tan Sri Nor Mohamad Yakcop untuk mencabar kepimpinan sedia ada.

Diperingkat Pemuda, memperlihatkan persaingan 2 penjuru bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Bahagian yang mana telah berjaya dimenangi oleh Encik Hasbul menewaskan Encik Asmidy. Encik Hasbul merupakan bekas Ketua Penerangan Pemuda Bahagian dan juga merupakan calon pilihan Dato' Seri Mohamad Shariff. Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula memperlihatkan persaingan 3 penjuru dan berjaya dimenangi Encik Rahman. Pemuda Tasek Gelugor juga mencalonkan YB Dato' Mukhriz Bin Tun Mahathir bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sementara bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula mencalonkan Marzuki Yahaya dari Bahagian Bagan.

Di peringkat Wanita pula memperlihatkan tidak ada persaingan bagi merebut jawatan Ketua Wanita Bahagian. Dengan rasminya, Dato' Jahara Hamid yang juga ADUN Telok Air Tawar berjaya mengekalkan jawatan Ketua Wanita Bahagian bagi tempoh 3 tahun akan datang.

Seterusnya bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor pula, kejutan telah berlaku di mana Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Omar gagal mengekalkan jawatan yang disandangnya setelah tewas kepada Ustaz Shabudin Yahaya. Manakala jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Tasek Gelugor yang mana menyaksikan pertandingan 2 penjuru telah berjaya dimenangi oleh Dato' Jasmin yang juga ADUN Sungai Dua menewaskan pencabar beliau Mohd Nazir dengan majoriti yang tipis. Bagi jawatan Naib Ketua UMNO bahagian pula dimenangi oleh bekas Ketua Pemuda iaitu Encik Zulkifli menewaskan 2 lagi pencabar beliau iaitu Encik Azmi Alang dan Encik Anuar Omar.

Maka dengan ini, UMNO Bahagian Tasek Gelugor telah memperlihatkan satu perubahan dari segi kepimpinan. Diharap kepimpinan baru yang dilantik ini bakal membawa perubahan yang positif dan kemajuan kepada seluruh penduduk Tasek Gelugor. Rapatkanlah kembali tali silaturrahim yang mungkin hampir tergugat setelah berakhirnya pertandingan memilih pemimpin. Adat pertandingan pasti ada yang menang dan ada yang tewas. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah dan diharap dapat menunaikan janji yang telah ditabur dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat yang dilihat semakin pudar terhadap parti UMNO. Yang penting, kepimpinan yang baru perlu bekerja lebih keras dan perlu menunjukkan produktiviti dan kualiti yang lebih baik dari kepimpinan yang terdahulu. Bagi yang tewas, ini bukanlah penamat kepada kehidupan. Kembali muhasabah diri dan perbetulkan segala kelemahan yang telah timbul. Rapatkan kembali saf dan sama-sama menaikkan imej dan kualiti UMNO Bahagian Tasek Gelugor.








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE