-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Khamis, 31 Julai 2008

DIMANA LETAKNYA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT (PR)?


Adakah terbela kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat? Itulah persoalan yang sepatutnya bermain di benak pemikiran setiap individu terutama mereka yang mendokong kuat perjuangan PAS dan yang sentiasa menjadi benteng kepada setiap tindak tanduk PAS. Persoalan itu jugalah yang perlu dinilai dan dimentelaah sedalam-dalamnya jika tidak mahu melihat perjuangan PAS menjadi sia-sia dan tidak lagi relevan. Sikap suka bergoyang kaki dan mudah rasa selesa terhadap kedudukan yang sudah berada dalam genggaman bakal memakan diri sendiri.

Apakah peranan PAS dalam PR??? Hakikat yang dapat dilihat berdasarkan senario politik semasa jelas menunjukkan PAS tak ubah hanya melukut di tepi gantang dalam PR. Itu realiti. Realiti yang cuba difantasikan oleh segelintir fanatik PAS yang masih tidak nampak atau buat-buat tak nampak.

Jika diimbas kembali matlamat atau objektif pengabungan atau permuafakatan ciptaan antara parti PAS, DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat adalah antaranya :

1. Menjatuhkan kerajaan sedia ada yakni Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO melalui PRU-12.
2. Membentuk sebuah pakatan yang mampu menandingi Barisan Nasional untuk membentuk sebuah kerajaan.
3. Menentang dasar atau pembaharuan yang cuba dibawa oleh kerajaan sedia ada seperti Islam Hadhari, Dasar DEB dan lain-lain.
4. Menentang corak pentadbiran Kerajaan yang dilihat terdorong kearah corak yang negatif seperti korupsi, politik wang, rasuah, kronisme dan lain-lain.
5. Membetulkan kembali kelemahan pentadbiran kerajaan terutama dari segi perundangan, keselamatan, kehakiman dan beberapa kelemahan lain.
6. Cuba mencapai kesepakatan dalam membela nasib individu tertentu yang dilihat sebagai teraniaya akibat tindakan dari kerajaan sedia ada.
7. Cuba memansuhkan atau mungkin menhapuskan terus undang-undang ISA yang dilihat sebagai menganiaya.

Berdasarkan perkara yang tersebut di atas maka terbentuk persamaan dasar perjuangan yang cuba diterapkan demi merealisasikan pembentukan Pakatan Rakyat. Namun hakikatnya, jika dinilai kembali, setiap persamaan yang ditekankan hanyalah bersifat sementara atau perjuangan jangka masa pendek. Dan yang pasti, ia tidak melambangkan perjuangan sebenar yang didokong oleh parti PAS.

Tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa matlamat asal perjuangan PAS adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepenuhnya dan mengamalkan corak pentadbiran berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Malangnya mungkin disebabkan untuk merealisasikan cita-cita menubuhkan Pakatan Rakyat atau mungkin terlalu kepingin untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional maka PAS dilihat sanggup mengenepikan objektif perjuangan sebenar parti itu. Jadi dimanakah pendirian PAS???

UMNO secara tiba-tiba menawarkan diri untuk bermuzakarah atau dengan erti kata lain adalah sebagai langkah awal untuk membentuk satu kerjasama dengan parti PAS. Jadi, pada pengamatan saya, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, PAS seharusnya dengan hati yang terbuka menerima pelawaan ini. Kenapa???

Setelah selesai PRU-12, maka secara tidak langsung Objektif 1 dan 2 yang saya sebut di atas sudah selesai. Apa yang berlaku sekarang ialah BN masih berkuasa walaupun terpaksa menelan pahit melepaskan 6 buah negeri termasuk Kelantan kepada PR. Objektif 3, 4 dan 5 hanyalah sebagai penyedap cerita kerana realitinya untuk mencapai objektif tersebut bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh diambil dalam masa terdekat apatah lagi BN masih terus berkuasa buat sepenggal lagi. Dan PAS juga sebenarnya sedar akan realiti itu.

Jadi, apa kata kita nilai semula peranan PAS dalam PR? Adakah PAS merupakan parti utama atau yang paling popular dalam PR?? Jawapannya tidak. Sebenarnya PR didalangi oleh parti DAP secara keseluruhannya, manakala PKR cuba menggunakan pengaruh yang ada dalam PR untuk memenuhi tuntutan perjuangan mereka. Inilah realiti yang harus PAS mulai sedar akan senario yang sebenarnya sedang berlaku dalam PR.

PAS hanya berkuasa secara mutlak di Kedah dan Kelantan. Itu pun disebabkan pengaruh undi dari orang Melayu dan DAP tidak dapat menembusi di kedua-dua negeri ini. Di Perak, walaupun pada dasarnya kuasa dipegang oleh PAS tapi di sebali kepimpinan PAS itu, ia dimonopoli sepenuhnya oleh DAP. Kita boleh lihat di Pulau Pinang bagai mana hak PAS dinafikan dengan selamba oleh DAP. Jangankan EXCO, YDP Majlis Agama Islam yang sepatutnya berada dalam gengaman PAS juga telah ditolak dan DAP lebih rela memberikan jawatan tersebut kepada pembangkang berbanding kepada wakil tunggal PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Manakala di Selangor jelas kita lihat bagaimana DAP menggunakan pengaruh PAS dan PKR untuk mendapatkan persetujuan Melayu kononnya bagi membina projek babi mega di Sepang. Kesimpulannya, DAP berjaya mempergunakan dan memperbodohkan PAS untuk menarik sokongan orang Melayu yang fanatik PAS supaya menyokong dasar yang dibawa oleh DAP, bukan lagi perjuangan asal PAS menegakkan syiar Islam.

Jadi sebelum terlambat, atau sebelum DAP terus-terusan menpergunakan PAS, seharusnya PAS sudah mulai sedar akan hala tuju dan peranan mereka dalam PR. Adakah masih relevan untuk PAS terus berjuang dalam PR?? Jika pun PAS masih bersikap sombong dan bongkak untuk bekerjasama dengan UMNO, demi orang Melayu dan Islam PAS harus sudah mulai beransur keluar dari PR dan saya lebih rela melihat PAS berjuang secara bersendirian. Saya tertarik dengan salah satu syarat PAS sebelum bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO yakni kerajaan yang dibentuk perlu melaksanakan hukum Islam yakni Hudud dan Qisas. Saya hairan kenapa perkara ini atau syarat ini tidak diketengahkan atau diperjuangakan tatkala PAS berada dalam PR?? Adakah ia tidak dipersetujui leh abang sulung iaitu DAP???

Nyata,Kesimpulan yang boleh diambil ialah hanya melalui BN dan UMNO sahaja PAS boleh memperjuangkan dasar dan matlamat parti mereka berbanding berada bersama PR. Tak mustahil suatu hari nanti PAS akan menjadi sebuah parti sekular malah lebih teruk dari UMNO jika mereka terus kekal dalam PR.

KEMBALILAH KEPADA REALITI...

Jumaat, 25 Julai 2008

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2008: KEMBALIKAN KREDIBILITI DAN MARUAH UMNO...




Bahang Perhimpunan Agung UMNO 2008 sudah mulai terasa. Ditambah dengan agenda memilih pemimpin baik di peringkat cawangan, bahagian mahupun peringkat majlis tertinggi bakal menjadikan perhimpunan kali ini lebih hangat dan penuh kejutan. Kita baru sahaja dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu yang mana telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan persepsi baik dari segi positif mahupun negatif.

Hakikatnya, wakil-wakil rakyat yang terpilih terutama dari kalangan UMNO perlu bekerja lebih keras dan bukan masanya sekarang untuk duduk bersandar sambil bergoyang kaki kerana memandangkan trend masyarakat kini yang lebih berfikiran terbuka dan bersedia untuk melakukan pembaharuan sekiranya timbul rasa tidak kepuasan hati terhadap keberkesanan wakil rakyat yang dipilih dalam memikul tanggungjawab membawa suara rakyat ke peringkat tertinggi untuk diambil tindakan. Mungkin itu jugalah yang menjadi punca bagaimana kita melihat jatuhnya satu persatu calon-calon kalangan pemimpin utama BN.

Bertitik tolak pada itu jugalah sudah tiba masanya kita selaku tulang belakang parti UMNO perlu membuat satu anjakan paradigma yang berkesan demi melihat parti kesayangan kita terus menjadi parti yang relevan sesuai dengan konsep perjuangan yang menjadi nadi penubuhan UMNO iaitu memperkasakan orang Melayu berlandaskan agama Islam hingga disanjung di mata dunia. Bukan lah tujuan kita untuk membuat rombakan atau perubahan yang drastik sehingga menggugat keharmonian dalam parti yang kita pupuk selama ini, tetapi cukup sekadar pemimpin yang bakal dipilih walau di peringkat mana sekalipun berupaya memperjuangkan nasib kita dan bukannya memegang jawatan semata-mata demi untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

Dalam mencapai matlamat dan objektif sebenar pemilihan parti beberapa aturan dan etika perlu dijadikan asas dan pegangan agar matlamat tersebut tidak terpesong. Ianya penting untuk memastikan pemilihan kali ini lebih telus, jujur dan mampu memuaskan semua pihak di samping ikatan keharmonian sesama ahli terus terpelihara. Semua pihak baik di peringkat cawangan, bahagian mahupun di peringkat tertinggi perlu memainkan peranan dan menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai satu amanah yang perlu dipelihara dan diperjuangkan.

Pemimpin yang bakal dicalonkan untuk bertanding sesuatu jawatan mestilah yang paling layak. Maksud layak sebenar ialah memepunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, dihormati akan kredibilitinya, memiliki asas agama yang kukuh, mempunyai nilai-nilai murni yang wajib ada pada seorang pemimpin seperti amanah, jujur, ikhlas, berpewatakan yang boleh dicontohi, mampu melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan berkesan, sedia menerima pandangan dan nasihat mahupun kritikan yang bernas dan yang paling penting perlu bebas dari sebarang kontroversi atau rekod buruk yang boleh menjatuhkan kewibawaan individu tersebut mahupun parti. Pemimpin yang menggunakan kekayaan sebagai aset atau taruhan untuk menakluk sesuatu jawatan, mempunyai luaran yang cantik tapi dalaman yang berulat, tidak menjadikan agama sebagai asas dalam kehidupan dan memiliki rekod yang boleh dipertikai terutama berkaitan isu yang melibatkan wang pasti akan meninggalkan kesan yang negatif kepada parti.

Perkara kedua yang perlu dititik beratkan ialah berkenaan etika terutama ketika proses melobi dan berkempen. Pada ketika ini jugalah kita dapat melihat imej sebenar seseorang calon pemimpin samada yang bertanding ataupun hanyalah menjadi penyokong kepada calon tertentu. Perkara-perkara negatif ketika berkempen perlu dielakkan. Pentas berkempen atau melobi bukanlah tempat untuk menabur fitnah, menjatuhkan keaiban orang lain, memaki hamun dan menabur janji palsu. Generasi kini sudah mampu menilai calon mana yang layak untuk memimpin. Pemimpin yang mengamalkan unsur negatif ini awal-awal lagi akan ditolak atau diketepikan. Bagi memastikan perjalanan ketika berkempen dan melobi berjalan lancar dalam suasana yang harmoni saya mencadangkan agar setiap cawangan, bahagian mahupun parti mewujudkan jawatankuasa yang dianggotai di kalangan mereka yang tidak terlibat dalam pertandingan serta tidak berkepentingan yang berfungsi untuk memantau perjalanan ketika berkempen.

Perkara yang menjadi igauan buruk dan mimpi ngeri setiap ahli parti adalah berkenaan gejala politik wang. Inilah masalah yang seperti tidak ada jalan penyelesaian selagi tidak ada kesedaran di kalangan pemimpin mahupun ahli parti. Masing-masing sebenarnya memainkan peranan. Bukan di pihak calon atau pemimpin sahaja. Seperti juga konsep rasuah dimana jika ada permintaan makan akan berlakulah rasuah. Masalah politik wang ini jika selagi ianya tidak dibendung atau dibanteras secara insentif maka objektif pemilihan yakni untuk mencari kepimpinan yang telus dan berkesan akan tidak tercapai. Masalah ini jugalah yng membuatkan rakyat hilang keyakinan kepada parti terutama dikalangan akar umbi kerana ia umpama wang menjadi segala-galanya. Pihak BPR perlu diberi lebih ruang untuk memantau dan mengambil tindakan bagi menangani maslah politik wang ini.

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua ahli parti agar menjadikan Perhimpunan dan Pemilihan kali ini yang terbaik. Kita perlu kembali ke landasan perjuangan asal jika hendak melihat UMNO terus relevan dan diterima oleh orang-orang Melayu. Keutuhan parti UMNO terletak di bahu kita. Biar parti UMNO menjadi contoh dan sekaligus menutup semua ruang kepada orang luar terutama anasir-anasir dari kalangan pembangkang yang sentiasa mencari peluang dan kelemahan kita. Biar mereka terus menabur fitnah dan membuat tohmahan palsu asalkan rakyat tahu dan boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

HIDUP UMNO!!!

Sabtu, 19 Julai 2008

UMNO Dan PAS : Muafakat Membawa Berkat...


Angin yang bertiup kencang membawa isu kerkenaan dengan dasar keterbukaan yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS sebenarnya membawa petanda yang baik dalam mengembalikan kedaulatan orang Melayu di bumi Malaysia ini. Sudah tiba masanya sekarang untuk orang-orang Melayu membuka minda meluaskan akal fikiran agar tidak terlalu terkongkong atau dikongkong oleh anasir-anasir jahat yang cuba memainkan peranan dan megambil kesempatan untuk memecah belahkan orang Melayu.

Kedua-dua parti ini mempunyai satu persamaan yakni keahlian sepenuhnya dari kaum Melayu. Dan yang pasti sedikit sebanyak perjuangan yang didokong oleh kedua-dua parti ini berlandaskan satu hala sama iaitu memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam. Oleh yang demikian tidak timbul masalah hala tujuan yang berlainan jika permuafakatan ini menjadi kenyataan. Jika ada sekali pun perbezaan pendapat dan pendirian yang berlaku maka pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengadakan perbincangan di antara kedua-dua parti.

Hakikatnya, PAS lebih sesuai untuk berada bersama-sama UMNO di dalam Barisan Nasional berbanding bersekongkol di dalam Pakatan Rakyat. Pengabungan PR yang masih setahun jagung sebenarnya membawa lebih banyak masalah berbanding kebaikan dan manfaat yang boleh dikecapi oleh PAS dan rakyat. Bagaimana sebuah parti yang berlandaskan Islam dan bercita-cita menubuhkan negara Islam mampu bekerjasam dengan DAP yang secara terang-terangan kepingin menjadikan negara Malaysia sebuah negara sekular dan menghapuskan peranan agama Islam selaku agama rasmi Malaysia. Mungkin disebabkan keegoan yang menyelaputi diri maka pemimpin PAS yang masih berfikiran sempit terus-terusan menegakkan benang yang basah dan masih lagi menyokong dasar yang dibawa dalam PR walhal jelas dasar yang dibawa itu bertentangan dengan perjuangan asal parti PAS.

Pelbagai bukti sudah pun dengan jelas ditunjukkan di dalam PR betapa kepimpinan yang didalangi oleh DAP cuba untuk meminggirkan kredibiliti dan hak parti PAS. Di Pulau Pinang sebagai contoh, Kepimpinan di bawah DAP telah menolak hak parti PAS untuk memegang satu jawatan EXCO Negeri atau sekurang-kurangnya sebagai YDP Majlis Agama Islam Negeri. Di Perak, parti PAS seharusnya bersyukur dan beterima kasih kerana masih bertuah disebabkan perlembagaan raja-raja yang menekankan bahawa jawatan Menteri Besar perlu dipegang oleh orang Melayu beragama Islam menjadi tembok penghalang kepada DAP dari memegang jawatan penting itu dan sekaligus memberi peluang kepada parti PAS memegang jawatan no. 1 negari itu. Walhal umum sudah pun sedia maklum bahawa jawatan Menteri Besar itu hanyalah satu boneka DAP yang rata-rata telah pun menguasai pentadbiran negeri Perak.

Kerjasam antara PAS dan PKR juga sebenarnya tidak membawa sebarang makna dan keuntungan kepada Pas kerana kedua-dua parti ini membawa madah perjuangan yang berbeza. Perjuangan yang dibawa oleh PKR sebenaranya adalah perjuangan untuk individu yakni untuk Anwar Ibrahim. Tidak munasabah jika difikirkan bagaimana parti Pas boleh bersekongkol dengan Anwar malah sehingga ke tahap turut sama memperjuangkan Si Anwar yang mana satu masa pernah menjadi musuh PAS. Malah disebabkan sikap keegoan di dalam PAS maka sanggup terus-terusan menegakkan benang yang basah dan membela Si Anwar yang nyata bersalah dan cuba menyembunyikan kesalahan dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan sehingga sanggup menfitnah dan menipu.

Permuafakatan antara UMNO dan PAS perlu bermula dari sekarang demi untuk kebaikan bangsa Melayu dan Agama Islam di Malaysia. Jangan lah ditunggu sehingga keadaan benar-benar mendesak kerana ketika itu mungkin permuafakatan tidak membawa sebarang makna lagi. Soal kepentingan , kuasa dan jawatan perlu diletakkan ke tepi terlebih dahulu kerana perkara itu akan datang dengan sendiri apabila permuafakatan dan kerjasam antara kedua-dua pihak menjadi kenyataan. Apa yang lebih penting sekarang adalah merealisasikan kerjasam antara PAS dan UMNO.

Dengan berlaku kerjasama antara kedua-dua pihak maka pentadbiran yang akan dilaksanakan kemudian hari akan menjadi lebih telus dan berkesan. Masing-masing akan memainkan peranan dengan berkesan dan sebarang perkara bertentangan yang berlaku dalam pentadbiran akan diperbetulkan dengan cara muafakat dan perbincangan.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat dan pandangan yang disampaikan oleh seorang penulis blog yang menggunakan nama Tulang Besi. Kenyataan yang disampaikan melalui blognya melambangkan pemikiran yang sempit yang cuba ditonjolkan segelintir penyokong asasi PAS. Menerusi laman blognya juga menunjukkan kebenaran wujudnya dua golongan yang berbeza pemikiran di dalam PAS. Golongan pertama adalah gologan Pas yang fanatik yang mana mempunyai pemikiran yang terus tertutup untuk menerima sesuatu pembaharuan yang cuba dilaksanakan di dalam PAS termasuk untuk bekerjasama dengan UMNO. Manakala satu lagi golongan adalah mereka-mereka yang terdiri dari pada bijak pandai dan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan sedia menerima dan melaksanakan pembaharuan sekiranya pembaharuan itu memberi kesan yang baik kepada pihak yang terlibat dan seterusnya dapat dikecapi oleh semua rakyat.

Yang jelas, selagi sesuatu langkah berkesan tidak dirangka dan diambil mulai sekarang maka perubahan yang dinamik tidak dapat dibentuk dan dilaksanakan. Orang Melayu akan terus-terusan hidup dalam terpinggir dan tertindas selagi tidak ada langkah positif yang diambil dalam kepimpinan kedua-dua parti demi untuk melihat bangsa Melayu yang mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia yang penuh pancaroba ini.

Jumaat, 18 Julai 2008

ANWAR DAN DUNIA LAKONANNYA...




Antara sedar atau tidak, sebenarnya episod lakonan Sang Anwar sudah pun bermula sejak dari awal lagi yak ni apabila beliau mula-mula menceburi dunia politik dan kemasyarakatan. Bermula dari beliau masih lagi bergelar sebagai pelajar dan hasil dari kejayaan lakonannya, beliau telah diangkat menjadi antara pemimpin utama dalam Universiti Malaya. Sifat membangkang dan pandai bermain kata-kata serta menabur janji manis sudah pun disemai dalam dirinya hingga sebati dan tak mampu untuk diubah lagi.

Antara lakonan yang paling berjaya sepanjang karier Sang Anwar adalah :

1) Dengan menggunakan peranan beliau sebagai pemimpin pelajar ketika itu yakni sekitar tahun 1974, beliau telah berjaya menghasut dan mengajak para pelajar ketika itu untuk mendesak pemimpin ketika itu untuk meletak jawatan. Sama seperti sekarang, umpama sejarah kembali berulang, beliau berjaya bermain kata-kata dengan pelbagai janji yang tak munasabah untuk membawa rakyat yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan orang yang termakan hasutannya yang menggelar diri meraka sebagai golongan bijak pandai atau pejuang suara rakyat kononnya untuk sama-sama dengan beliau memperbodohkan diri sendiri untuk mengadakan pelbagai demostrasi tunjuk perasaan jalanan sehingga menyusahkan banyak pihak. Rakyat yang berfikiran sempit pasti akan menurut telunjuk Sang Anwar dan sanggup membelakangkan undang-undang demi memenuhi nafsu dan kepentingan Sang Anwar.

2) Angkara lakonannya juga, akhirnya seorang pemimpin yang benar-benar banyak menyumbang jasa dan bakti demi untuk melihat orang Melayu setanding di mata dunia di tipu dn dipermainkan dengan kejam dan tidak berhati perut. Pasti ramai masih ingat bagaimana Tun Ghafar Baba telah dijatuhkan dari karier politiknya. Anwar telah menggunakan kelebihannya bermain kata-kata dan berjanji ketika itu untuk tidak menentang Tun Ghafar Baba. Walhal Sang Anwar sudah pun menyusun strategi kotornya untuk menjatuhkan Tun. Tun Ghafar seorang yang amat setia pada parti dan sentiasa berkhidmat tanpa mengharap balasan telah tersilap dengan mempercayai kata-kata seorang manusia pembelit lidah bercabang seperti Anwar.

3) Tatkala menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Mahathir dan di kala Tun Mahathir sudah pun mulai mepercayai akan kemampuan dan kredibiliti Sang Anwar untuk dijadikan sebagai penggantinya, ketika itu dengan takdir dari Allah Yang Maha Berkuasa maka dengan jelas terbongkar segala muslihat dan tembelang Sang Anwar untik menakluk negara. Di mulut sentiasa menyokong kepimpinan un Mahathir tetapi hakikatnya beliau sudah pun menyusun strategi dengan meletakkan penyokong-penyokong kanannya di setiap bahagia di seluruh negara untuk menjatuhkan Tun Mahathir yang bertanggungjawab menaikkan karier politiknya. Namun umpama buku dengan ruas, akhirnya Sang anwar jatuh tersungkur dipijak olah mentornya sendiri.

4) Di saat kejatuhannya juga, Sang Anwar masih memainkan peranannya dengan membawa watak sedih dan laih untuk menagi simpati masyarakat Malaysia untuk membela nasibnya sehingga berlaku sejarah hitam negara angkara kumpulan reformasi kononnya. Sang anwar sanggup mencederakan diri sendiri dan membuat tuduhan mengatakan pihak polis cuba menghapuskannya dengan pelbagai cara termasuk menyuntik arsenik dan HIV ke tubuhnya. Secara logik, jika benar dakwaannya pasti Sang Anwar sudah pun lenyap dari muka bumi ini.

5) Umpama melepaskan anjing tersebit, Pak Lah telah melakukan kesilapan besar dengan memberi peluang kepada Sang Anwar dan membebaskannya dari hukuman penjara yang dijalaninya. Akhirnya Sang Anwar cuba untuk menjatuhkan karier politik Pak Lah dan Najib dengan membuat pelbagai tuduhan palsu dan fitnah. Anwar tetap Anwar. Untuk mencapai matlamat demi kepentingannya, dia sanggup melakukan apa saja termasuk memijak kepala orang yang membantunya, menfitnah, berkompromi dengan musuh, menipu dan macam-macam lagi.

6) Sesungguhnya Allah itu tetap Maha berkuasa. Di kala Anwar sedang memainkan peranannya dalam lakonan politiknya, sekali lagi terbongkar sifat buruknya buat kali kedua debagai seorang kaki liwat, biseksual, dan dahagakan belaian seorang lelaki yakni kaum sejenisnya serta seorang yang memiliki nafsu songsang yang tidak melayakkannya diangkat menjadi pemimpin. Masaka pokok akan bergoyang jika angin tidak bertiup.

7) Untuk menutup kemungkarannya, Sang Anwar cuba memalingkan perhatian dengan isu lain yang tidak berkaitan termasuk menabur fitanah kepada orang lain. Mendapat sokongan dari puak pembangkang yang sentiasa mencari jalan dan peluang utnk menjatuhkan kerajaan, sekali lagi Anwar memainkan peranan untuk mendapatkan simpati dan belas ikhsan rakyat. Hingga sekarang Anwar masih lagi berdalih dan tidak mahu bersumpah untuk membela dirinya apatah lagi hingga sekarang dia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menafikan segala tuduhan ke atas dirinya.

8) Terkini beliau menolak untuk menjalankan ujian DNA. Berkenaan isu minyak dan pendebatannya dengan Menteri Penerangan, umum pasti boleh menilai berdasarkan fakta dan omongan yang diberikan oleh Sang Anwar yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat yang kini dalam kesempitan samada beliau mampu melaksanakan apa yang dijanjikan

Apa yang dapat didimpulkan adalah Sang Anwar sememangnya seorang pelakon yang berpotensi dan mampu membawa pelbagai watak bergantung pada keadaan sama watak baik, jahat, simpati menari, kaki seks dan banyak lagi. Kepada rakyat Malaysia, gunakan akal fikiran kurniaan Allah untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan mudah terpedaya dengan janji palsu manusia bergelar Sang Anwar Ibrahim

Rabu, 16 Julai 2008

Pertama sekali saya membantah pandangan tuan. Namun begitu saya juga tidak mengatakan bahawa Shabery berjaya. Cuma, apa sebenar yang berlaku hanyalah Shabery bernasib baik kerana kedaan dunia sekarang agak memihak kepada Shabery.

Shabery bukanlah lawan untuk Anwar. Dan kita juga mengetahui bahawa ekonomi bukan juga bidang Shabery. Mungkin disebabkan itu jugalah kelihatan Shabery lebih banyak menyerang peribadi Anwar dari memberi hujah-hujah bernas untuk mempertahankan keputusan kerajaan. Tetapi disebabkan keadaan serta kedudukan ekonomi dunia yang agak merosot dan tidak menentu ditambah dengan harga pasaran miyak dunia yang kelihatan seperti gagal dikawal telah banyak menyelamatkan Shabery.

Anwar cuma pandai berhujah dan bermain kata-kata. Kerana itu adalah kelebihannya sejak dari dahulu. Tetapi hakikatnya, setiap hujah yang disampaikan oleh Anwar nampak sukar dan tidak munasabah untuk dilaksanakan. Tidak dinafikan memang mudah untuk berhujah jika tidak duduk dalam kerajaan. Menurunkan harga minyak di kala ianya sudah pun diumum naik ditambah dengan harga dunia yang kian melonjak naik sebenarnya akan mengundang pelbagai masalah jika dibandingkan dengan keuntungan yang boleh diperolehi samada oleh rakyat mahupun kerajaan sendiri.

Dengan menurunkan harga minyak walaupun 10 sen akan mengubah serta melibatkan banyak perkara. Tindakan itu hanyalah akan melonjakkan populariti tetapi terpaksa menanggung banyak masalah. Kita hanya nampak dana dari Petronas yang diberikan kepada kerajaan sebagai sumber yang boleh disubsidikan kepada rakyat

Selasa, 15 Julai 2008

ANWAR DAN NEGARA MALAYSIA...

Anwar Ibrahim. Siapa tak kenal dengan Anwar Ibrahim. Umum sudah pun mengetahui perjalanan politik beliau yang penuh dengan noda dan dosa. Apa yang nak dihairankan sekiranya beliau mengeluarkan kenyataan untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini. Memang itu yang menjadi matlamat utama beliau. Samada dengan cara baik atau terpaksa, matlamat tetap matlamat.

Memang tidak dinafikan, corak politik memang tidak akan lari dengan kekotoran dan kehinaan. Dan itulah prinsip yang dipegang oleh Anwar Ibrahim. Disebabkan ketokohan dan kelantangan beliau yang sememangnya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, beliau diangkat oleh Tun Mahathir dari ABIM ke dalam UMNO. Dengan mendapat sokongan padu dari Tun, tanpa perlu bersusah payah beliau melangkah dengan pantas di dalam UMNO dan BN hingga menjadi Menteri Kewangan dan seterusnya menjadi Tmbalan Perdana Menteri.

Persetankan Ghafar Baba. Apa ada dengan Ghafar Baba. Hanyalah seorang guru kaka yang tidak berpelajaran tinggi jika hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Menggunakan kelebihannya yang bijak berkata-kata dan pandai menabur janji, akhirnya Ghafar Baba diperdaya dan dipermainkan oleh Anwar Ibrahim. Memang dalam politik tidak ada istilah hormat menghormati.

Walau Ghafar Baba adalah seorang pemimpin yang benar-benar berjasa dalam parti. Itu semua langsung tidak dipandang oleh Anwar Ibrahim. Berakhirlah karier politik Ghafar Baba dalam keadaan yang mengaibkan dan memalukan angkara Anwar. Cuma mungkin Ghafar Baba tidak mempunyai waktu untuk menubuhkan parti baru untuk membalas dendam kepada Anwar.

Setelah menjadi orang no.2 negara, Anwar mula memperkemaskan belangnya. Dan yang menjadi matlamat utamanya pada ketika itu adalah untuk menjatuhkan Tun Mahathir yakni orang yang bertanggungjawab menaikkan nama Anwar ke paersada poltik. Malangnya Anwar bertemu buku dan ruas. Beliau dijatuhkan dengan cara dan kaedah yang paling hina dan jijik pernah berlaku dalam poltik negara. Itulah namanya ketentuan Allah. Sesuatu yang berlaku pasti ada sebab musababnya.

Kini Anwar kembali untuk menakluk negra Malaysia tercinta ini. Sekali lagi dengan cara yang jahat dan keji. Berkomplot dengan orang-orang yang pernah menjadi musuh beliau ketika di dalam UMNO dahulu. Sanggup membuka aib orang demi untuk memenuhi kehendak dan matlamat politik beliau. Dan akhirnya sekali lagi pekung sendiri yang terbuka.

Sudahlah wahai Anwar Ibrahim. Mungkin Allah tidak mengizinkannya menjadi pemimpin negara Malaysia. Pasti ada sebabnya. Entah apa akan terjadi kepada malaysia tercinta jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tidak mustahil untuknya sanggup menjual negara kita kepada orang lain.

Ya Allah. Kami berserah kepada Mu untuk menetukan apa yang terbaik untuk Negara Malaysia. Engkau peliharalah negara ini. Jauhilah negara ini dari tangan-tangan durjana yang menjahanamkan maruah negara Malaysia.

Amin...

Ahad, 13 Julai 2008

2 TAHUN YANG PENUH DEBARAN..




Pak Lah sebenarnya telah mengambil satu langkah yang boleh dianggap bijak dengan mengumumkan bila bakal berlakunya peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya. Kepada mereka yang ingin melihat kejatuhan Pak Lah, mungkin mereka beranggapan bahawa langkah yang diambi oleh Pak Lah tidak tepat dan tidak wajar. Mereka beranggapan bahawa Pak Lah masih tamakkan kuasa dan mustahil untuk Pak Lah meletak jawatan dari kerusi utama negara.

Hakikatnya banyak kebaikan dan kelebihan yang boleh dicapai dengan pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah. Antaranya ialah:

1. Akan memberi ruang dan masa untuk Pak Lah kembali membetulkan kesilapan dan masalah yang telah timbul sewaktu beliau memegang tampok pemerintahan negara. Setiap manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sepatutnya kita perlu memberi peluang kepada Pak Lah untuk beliau kembali membetulkan kesilapannya selagi mana yang termampu. Manusia perlu belajar dari kesilapan. Dengan ini tempoh 2 tahun yang ada perlu digunakan sebaik mungkin oelh Pak Lah untuk mengembalikan kayakinan rakyat kepada beliau.

2. Memberi ruang dan peluang untuk pengganti Pak Lah yakni Najib untuk memperkemaskan diri sebelum ditabal menjadi Perdana Menteri. Najib dapat melihat dan memepelajari kesilapan yang telah berlaku dalam BN dan UMNO sehingga rakyat mejadi hilang kepercayaan kepada BN. Peluang ini perlu diambil oleh Najib untuk muhasabah diri agar tidak kesilapan berulang sewaktu beliau menjadi PM kelak.

3. Dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu, adalah tidak sesuai untuk berlaku sebarang peralihan kuasa apatah lagi melibatakan kepimpinan tertinggi. Pada masa sekarang, Pak Lah dan Najib perlu mengenepikan dahulu perkara berkaitan peralihan kuasa tetapi tumpua perlu diberi untuk mengukuhkan kembali ekonomi negara dan mengembalikan kestabilan politik negara. Mereka perlu menunjukkan contoh kerjasama yang baik dan kukuh agar negara tidak hilang kepercayaan dari para pelabur kerana keyakinan dari pelabur amat penting demi menjamin kestabilan ekonomi negara.

4. Jika berlaku peralihan kuasa dalam tempoh terdekat ini, maka ia melambangkan BN dan UMNO telah tewas dan gagal menahan tekanan dari pihak luar yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa menanti peluang untuk merosakkan perpaduan dalam parti. Pihak luara terutamanya dari pembangkang dan mereka-mereka yang berkepentingan sebenarnya hanya ingin melihat perpecahan dalam parti dan sekaligus melibatkan perpecahan di kalangan Melayu sendiri.

Apapun yang penting sekarang bukanlah peralihan kuasa. Tetapi yang lebih mustahak orang Melayu perlu kembali semula ke landasan sebenar dan perjuangan yang hakiki. Orang Melayu perlu kembali bersatu padu dan mengukuhkan semula kekuatan parti yang memperjuangkan orang Melayu yakni UMNO. Perpecahan hanyalah mengakibatkan orang Melayu akan terus terpinggir dan tak mustahil satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu mulai sekarang maka akan lenyaplah bangsa Melayu di dunia ini.

Sekian..

ANTARA KEJUJURAN DAN KEPURAAN UMNO P. PINANG...




Kedua-dua negeri yang kononnya telah megeluarkan kenyataan bhawa sokongan padu diberikan pada Pak Lah dan Najib adalah negeri yang berjaya dirampas oleh pakatan pembangkang. Kenyataan yang dikeluarkan sebenarnya hanyalah untuk menutup dan melindungi kelemahan yang sememangnya telah wujud dalam kepimpinan negeri.

Antara faktor jatuhnya Penang ke tangan pembangkang adalah disebabkan kelemahan dalam kepimpinan negeri. Beberapa pemimpin negeri sudah tidak layak dan tidak relevan untuk terus memegang jawatan penting parti peringkat negeri.

Namun disebabkan faktor syok sendiri tanpa mempedulikan suara akar umbi maka mereka-mereka ini masih lagi terus memegang jawatan tersebut. Jadi, kepada Pak Lah dan Najib, janganlah terlalu percaya dengan kenyataan sokongan yang diberikan kerana setiap kenyataan yang telah dikeluarkan bukan dari akar umbi tetapi adalah dari sifat menjaga kepentingan diri dan ketamakan kuasa yang ada dalam diri pemimpin negeri ini.

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat dasar yang lebih terbuka terutama kpd akar umbi untuk memilih pemimpin mereka dan menumpukan usaha menangkis masalah politik wang tatkala dengan semakin hampirnya pemilihan peringkat cawangan dan bahagian. Selgi politik wang terus berleluasa, maka tidak akan wujud ketelusan dan kejujuran di kalangan pemimpin.

NAJIB SUDAH, ANWAR BILA LAGI???

Tindakan Najib benar-benar telah membuktikn bahawa beliau berani kerana benar. Hakikatnya Najib sudah pun bersumpah yang beliau tidak melakukan semua tuduhan yang dilemparkan oleh manusia terdesak seperti Anwar.

Dari awal lagi kita boleh membuat andaian bahawa Anwar benar-benar terdesak untuk menutup aib peribadinya dengan membuat tuduhan palsu kepada orang lain agar umum tidak memberi tumpuan kepada masalah biseksual yang gagal dikawal. Anwar langsung tidak berani menafikan perbuatannya tetapi hanya menggunakan pencacai nya dlam PKR yang rata-rata bukan Islam untuk menjadi saksi sumpahannya.

Apapun Najib sudah bersumpah walau bukan di hadapan Imam Besar tetapi sekurang-kurangnya Beliau berani untuk bersumpah. Anwar masih lagi berdolak dalih dan terus-terusan cuba mengallihkan perhatian rakyt dengan menggunakan isterinya untuk membuat usul tidak percaya.

Allah Maha Kaya. Tidak mungkin seorang pemimpin yang bernafsu binatang, fasik agam dan gemar membuka aib orang lain diizinkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin no. 1 negara.

Kalu pun Pak Lah mempunyai masalah ahli keluarganya yang mengambil kesempatan mengumpul harta di atas kedudukannya, itu sudaha menjadi normal dalam keadaan politik sekarang. Mustahil seorang bapa menjadi ketua negara tapi anak-anaknya masih menagih bantuan fakir dali pusat zakat.

Kalau kita pun diangkat menjadi ketua, pasti ahli keluarga dan orang-rang yang banyak bersusah payah di atas kejayaan kita akan kita berikan keutamaan kepada mereka.

Tetapi untuk menerima seorang pemimpin yang telah gagal memimpin nafsu sendiri sehingga gagal membezakan antara intan dan kaca untuk menjadi pemimpin utama negara adalah satu kesilapan nyata yang tidak boleh langsung diterima.

Berhati-hatilah dengan setiap kata-kata dan janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar kerana Anwar adalah manusia paling berbahaya dan jahat di dunia. Dia boleh melakukan apa saja untuk mendapatkan sesuatau demi kepentingan peribadinya dan tak mustahil hingga ke peringkat sanggup menjual negara kepada orang luar. Dan itulah yang sedang Anwar lakukan.

Sekian...








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE