-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Selasa, 20 Mei 2008

Tan...Tin...Tun... Apa Sudah Jadi Dengan UMNO?




Bumi Melayu hari ini digemparkan dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengishtiharkan diri keluar dari parti UMNO.

Tun Dr. Mahathir bukan lagi asing kepada rakyat Malaysia bahkan dengan kelantangan beliau mengkritik dunia barat sudah pun menjadi umpama mimpi ngeri kepada seluruh sejagat. Beliau seorang pemimpin terbaik pernah dilahirkan di bumi Melayu ini bersesuaian dengan peniktirafan yang diberikan yakni sebagai Bapa Kemodenan. Beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama mampu bertahan walau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran samada dari luar atau secara dalaman. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang terbaik, tegas, perpandangan jauh, berwawasan, berkaliber dan berkarisma berjaya mentadbir negara sehingga menjadi sebuah negara membangun yang terbaik dan menjadi contoh kepada negara-negara lain samada dari segi pentadbiran, ekonomi dan sahsiah. Pemikiran dan kematangan yang ada pada beliau mampu melonjak beliau selangkah ke hadapan berbanding arus semasa sehingga beliau mampu mengesan dan menangkis sebarang tindakan yang mampu menganggu gugat kedudukan beliau dan negara.

Itulah kehebatan dan kehandalan Tun Dr. Mahathir sehingga pemikiran beliau diiktiraf dan diangkat sehingga tertubuhnya satu institut pemikiran Mahathir. Hakikatnya itu sudah pun menjadi sejarah. Hidup umpama roda. Adakala di atas, dan apabila tiba masanya kita pasti akan tersungkur di bawah. Namun, tindakan Tun Mahathir yang mengambil keputusan untuk keluar dari UMNO merupakan satu keputusan yang paling silap dan langsung tidak boleh diterima yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir.

Apakah perkara yang bermain-main diminda Tun Mahathir? Walau selemah mana pun pentadbiran Pak Lah, Tun Mahathir tidak perlu mengambil tindakan untuk keluar dari parti. Mungkin disebabkan perkara peribadi yang memungkinkan Tun mengambil keputusan ini.

Yang pasti tindakan keluar parti hanyalah akan melemahkan lagi UMNO. Perpecahan yang sepatutnya perlu dielakkan seperti akan terus-terusan berlaku. Sebarang masalah yang dihadapi atau konflik dalaman antara Pak Lah dan Tun perlu diselesaikan secara dalaman tanpa perlu melibatkan sebarang perpecahan. Perkara seperti ini tidak perlu timbul di saat kedudukan UMNO dan orang Melayu berada dalam keadaan genting dan tercabar. Tun sendiri lebih berpengalaman dan mampu menilai sesuatu tindakan samada baik atau buruk.

Dengan keluar dari UMNO dan kemudiannya menyeru orang Melayu agar turut mengambil tindakan yang sama umpama satu ugutan kepada kepimpinan Pak Lah. Tun harus sedar, walau apapun Pak Lah mempunyai kuasa penuh dan beliau mampu melakukan tindakan yang sewajarnya samada hendak menurut kehendak Tun yakni meletakkan jawatan atau terus menerajui kepimpinan negara di samping mengmbil tindakan ke atas Tun seperti mana yang pernah Tun lakukan terhadap Musa Hitam, Ku Li, Ghafar Baba dan yang paling kejam terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Seharusnya dalam usia di penghujung, Tun perlu memberi ruang dan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan yang baru untuk menerajui negara. Cukuplah setelah sekian lama Tun diberi peluang mentadbir Malaysia. Yang pasti lain padang, lain belalang. Tun tidak boleh mendesak Pak Lah agar mengikut cara kepimpinan Tun. Yang pasti, Pak Lah sendiri sekarang sedang dihukum oleh rakyat jelata atas kelemahan corak pentadbiran beliau. Jadi bukan lagi menjadi tanggungjawab Tun untuk mengugut atau menghukum pentadbiran Pak Lah. Dan jangan disebabkan perkara-perkara peribadi yang tidak dapat diselesaikan angkara sifat ego dan besar diri yang wujud dalam diri kedua-dua pemimpin ini, maka, perpaduan, hak dan ketuanan yang sepatutnya menjadi milik sepenuhnya orang Melayu akan terlepas dan lenyap sama sekali.

Disebabkan persengketaan yang berlaku antara kedua-dua pemimpin ini, ramai musuh yang sentiasa bersorak bertepuk tangan melihat perpaduan yang sepatutnya menjadi tunjang orang Melayu akan terhakis dan akhirnya tumbang menyembah bumi.

Bersama-samalah kembali ke pangkal jalan demi masa depan UMNO dan orang Melayu. Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih. Janganlah sampai dibiarkan nasi menjadi bubur. Ankara kesilapan kita hari ini, tak mustahil anak cucu kita akan hidup umpama melukut di tepi gantang suatu hari nanti.

FIKIR-FIKIRKANLAH...

Isnin, 19 Mei 2008

Melayu...Melayu...Melayu...



Rapatkan sauf, eratkan pegangan, kukuhkan ikatan perpaduan, lepaskan keegoan berlalu pergi, kembali ke landasan yang asal, selidiki diri sendiri.

KERANA.....

Sekali lagi kita alpa,
Sekali lagi tersilap langkah,
Sekali lagi membuat percaturan yang salah,

KITA...BANGSA MELAYU...ANAK JATI BUMI MALAYSIA...PEWARIS YANG PALING BERHAK DI ATAS TANAH YANG SUBUR INI...

Bakal melopong mulut ternganga,
Menggaru-garu kepala,
Sambil duduk bertinggong menongkat dagu,

MELIHAT.....

Tanahair diwarisi bangsa kafir,
Anak Melayu tertindas mengganti buruh Bangladesh,
Wanita Melayu mendaftar syarikat menjual maruah diri,
Dan bangsa Melayu akan setaraf dengan orang Penan di Pahang atau Jakun di Perak.

Yang tinggal hanyalah...

Kisah Sang Kancil dan Sang Buaya,
Kisah Hang Tuah Dan Hang Jebat,
Kisah Tok Janggut dengan Dato' Bahaman,
Kisah Tun Hussein Onn Dan Tunku Abdul Rahman,

DAN...MUNGKIN SEMPAT...

Kisah Anwar Ibrahim Dan Abdul Hadi Awang

YANG BAKAL MENJUAL AGAMA, BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA.

Jumaat, 16 Mei 2008

BERKEKALANKAH KETUANAN MELAYU DI BUMI MALAYSIA??

Diharap Tun yang sebenar yang membaca comment dari rakyat biasa yang tak berkuasa, bukan wakil atau kuli Tun yang mentadbir blog ini kerana jika benar perkara ini berlaku, ia benar-benar menyebabkan hilangnya kepercayaan dan rasa hormat saya pada Tun.

Melayu di bumi Malaysia...Tak mustahil Melayu bakal hilang ketuanan dan hak di bumi sendiri. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bersiap-sedia untuk menghadapinya..Nak mengelak??Mana mungkin selagi Melayu masih terus layu dengan sikap bodoh sombong, tamak, gila kuasa, taksub dan macam-macam lagi yang sinonim dengan nama Melayu.

Saya ada hak nak berkata demikian kerana saya juga Melayu...

Lihatlah perpaduan Melayu sekarang. Penuh dengan pecah-belah. Yang mengaku setia pada Melayu, tetapi belot dengan tamak dan gelap mata pada kuasa, harta dan nama. Berebut dan bersaing dengan pelbagai cara walau dengan memijak dan menonggeng pada kaum sebangsa sendiri. Bagi mereka, inilah perjuangan Melayu, memijak sebelum disepak, membuang sebelum dihumban. Dengan sifat dengki dan iri hati yang menyelubungi sanubari orang Melayu, bongkak dan sombong tatkala baru boleh duduk sebelah YB, maka tak mustahil satu ketika nanti lenyap akan nama MELAYU.

Jika kaum lain ada pelbagai parti untuk berjuang. Namun, bila tiba saat bersatu, mereka boleh memilih satu yang terbaik untuk dipilih dan yang lain akan terus menyokong sebangsa mereka walau dalam senyap. Buktinya... Calon paling hampir menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN berkuasa, boleh beralih angin, mencurah bakti, kerana bagi mereka DAP, Gerakan mahu pun MCA, semuanya sama, Milik Kaum Cina.

Lain halnya dengan Melayu. Setia, Taat. Mustahil UMNO bagi PAS dan mustahil PAS bagi UMNO. Sedangkan samada ke kira mahu pun ke kanan tetap sama sahaja...MELAYU... Itulah namanya setia tak bertempat. Di tambah kewujudan parti Dendam (Keadilan), maka bertambah lagi puak dan cabang Melayu. Maka berpunca pada perkara itu juga lah 3 dari 5 negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat hakikatnya berlatar belakangkan Kaum Cina iaitu DAP walau kepalanya Melayu.

Apapun, semuanya bergantung kepada pemimpin dan bakal pemimpin akan datang. Corak yang sebagaimana yang bakal dipilih.

Corak pilihan Pak Lah sudah pun kita lihat rupanya.

Corak pilihan Najib belum tentu lagi dapat dizahirkan di alam realiti.

Muhyiddin??? Entahlah....

Cuma yang perlu diberi gambaran pada ketika ini sebelum dihulur kertas canvas hanyalah corak impian Anwar Ibrahim.

PILIHLAH YANG TERBAIK DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR...

Antara Dr. M, Pak Lah & masa depan UMNO..

Tun Dr. Mahathir. Idola rakyat Malaysia yang berjaya membuktikan kepimpinannya mampu mengubah Negara Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Satu fakta dan hakikat yang tidak ada sesiapa pun mampu mempertikaikannya. Tidak dinafikan corak dan cara kepimpinan yang ditonjolkan oleh Dr. M adalah kaedah terbaik dan paling tepat bagi menangani dan mentadbir sebuah negara berbilang kaum. Keras, diktator, tegas, berpandangan jauh, 3 langkah ke depan, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, berani, kuasa veto, bijak. Itulah ciri-ciri yang ada dan berjaya diperlihatkan oleh Dr. M sepanjang memimpin negara Malaysia.

Disebabkan corak kepimpinan ini juga, kita dapat melihat Dr. M juga tidak terlepas menghadapi pelbagai krisis, kotroversi dan cabaran sepanjang tempoh beliau menjadi PM. Dan pada waktu itu jua kita dapat melihat berapa ramai musuh yang tiba-tiba muncul di sebalik selimut tatkala melihat sesuatu isu yang pada pandangan mereka mampu menjatuhkan Dr. M. Namun Dr. M tetap utuh, teguh, memegang tampuk pemerintahan negara walau dengan apa cara sekalipun walaupun sehingga menggadai dan membiarkan UMNO diharamkan pada satu ketika. Itu lah politik. Yang kuat dan gagah akan kekal menjadi Ceasor. Walaupun di kalangan mamanda menteri telah wujud pakatan dan kospirasi untuk menjatuhkan dan menggulingkan beliau namun, segala-salanya dapat dihidu, dikesan, dan akhirnya dibanteras habis-habisan tanpa meninggalkan sebarang sisa tahi najis.

Itu Dr. M. Sudah pun menjadi sejarah. Tak guna diampu dan diungkit. Dr. M tidak akan memegang PM lagi. Kini Pak Lah. Macam Mana nak cerita pasai Pak Lah ni?? Lemah lembut, mudah terpengaruh, tidak ada kekuatan membuat keputusan, tidak ada keyakinan diri, lemah, kuat tidur, cepat penat, batuk, handsome boy, playboy dan lain-lain (ntah apa lagi). Banyak bezanya. Satu cara kepimpinan yang sudah tidak lagi relevan pada masa kini terutama untuk mentadbir sebuah negara yang mana penduduknya semikin bijak, terpelajar, tidak lagi mengharapkan kerajaan untuk sesuap nasi, berfikiran terbuka dan sudah mula memperlihatkan kesediaan untuk hidup di dalam sebuah masyarakat multi-nasional yang mana tidak mengharapkan pada dasar DEB lagi.

Walau pun pada dasarnya DEB berperanan untuk membela dan menjaga hak keistimewaan orang Melayu terutama dalam ekonomi, tetapi disebabkan kegagalan Kepimpinan yakni Pak Lah mengawal tahap ketamakan dan dasar gila kuasa orang bawahannya maka dasar DEB ini telah gagal mencapai objektif asalnya melainkan hanya mengkayakan segelintir manusia yang tamak tanpa mengira halal haram harta yang diperolehinya. Kejayaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang mana telah membaik pulih dasar DEB sedia ada telah membuatkan penduduk Pulau Pinang termasuk orang Melayu sendiri berpeluang memperolehi lebih banyak ruang dalam perebutan peluang ekonomi berbanding sewaktu kerajaan negeri di bawah pimpinan BN.

Sudah banyak tender dan kontrak yang dulunya dimonopoli sepenuhnya oleh penyamun tarbus seperti Roslan Saidin, Azhar dan lain-lain kina sudah terbuka peluangnya. MPSP sendiri pada masa pemerintahan BN, tidak pernah mengiklankan kerja-kerja pembersihan bangunan, pengawal keselamatan dan lain-lain. Teapi kini kelihatan orang Melayu tanpa mengira latar belakang politik sudah mula memperolehikontrak dan tender yang seperti tidak pernah wujud satu masa dahulu. Dengan kata lain, pada masa sekarang, Dato'-Dato' kelas F terpaksa turun cabut undi untuk mencari sesuap nasi.(PADAN MUKA). Jika ini berterusan, tidak mustahil Pulau Pinang tidak akan dapat dirampas semula oleh BN selagi calon-calon yang kini menjadi barisan penyamun...oooppppsss..... pembangkang masih kekal pada pru akan datang.

Akhir kata... Kepada Pak Lah : Berubah lah selagi terdaya dan mempunyai masa. Jika tak mampu, mengalahlah sebelum rebah angkara penyamun dan penyangak di sekililing Pak Lah...

Selasa, 13 Mei 2008

Najis Busuk dalam Masyarakat Melayu...

Akum!!!

Sudah beberapa hari aku tak berkesempayan mengemas kini blog aku. Bukan keran aku sibuk atau sudah tak berminat dengan blog lagi, tapi aku sedang mencari apa yang ada dalam masyarakat di sekelilingku. Tak guna jika aku hanya mencari salah pemimpin-pemimpin yang sudah berada nun di atas. Jika mereka mampu berubah menjadi malaikat sekalipun, sekiranya di peringkat akar umbi masih berada di takuk yang lama, tak ada gunanya. Sebenarnya bukanlah salah Pakl Lah semata-mata atau salah pembelotan Anwar menyebabkan bangsa Melayu akan lenyap satu hari nanti, tapi masyarakat yang berada di peringkat bawahan sendiri menjadi punca yang paling utama jika perkara itu berlaku...

Apa yang dapat ku perhatikan...

Di kampungku masih utuh di hati segelintir bangsa Melayu yang kuat berdendam, busuk hati, dengki, khianat, tak mengenang jasa, tamak, bodoh sombong, bongkak dan macam-macam lagi.
Kampungku bukan lah sebuah kampung yang masih ketinggalan, walhal, kampungku merupa sebuah pekan separa bandar yang sedang berkembang dengan pesat. Menjadi laluan utama antara Kedah ke Pulau Pinang menjadikan kampungku sering menjadi tumpuan dan rebutan di kalangan buaya dan naga yang dahagakan tanah-tanah Melayu.

Masalah perebutan kuasa dab pangkat sudah menjadi lumrah di kalangan bangsa Melayu tak kira di peringkat atasan mahupun di peringkat bawah-sebawah-bawahnya. Tak mungkin ada orang yang boleh mengatakan bahawa dalam kawasannya tidak berlaku sebarang perebutan pangkat. Yang membezakan adalah perebutan itu berlaku secara baik dan terhormat atau penuh dengan tindakan yang hina dan kotor. Yang paling menyedihkan adalah pangkat atau jawatan yangs sering menjadi kegilaan orang-orang kampung adalah jawatan IMAM dan pegawai-pegawai masjid.

Mungkin disebabkan jawatan imam merupakan satu jawatan yang glamour dan terkenal sering dihormati penduduk kampung atau yang menjadi rebutan adalah elaun yang diberikan oleh kerajaan yang mencecah sehingga RM450 sebulan. Sepatutnya jawatan ini adalah satu jawatan yang mulia dan calon yang memegang tanggungjawab sebagai imam mestilah seorang yang mempunyai nilai-nilai murni, baik hati, dalam ilmu agamanya dan mampu menjadi pemimpin yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.

Contoh di kampung saya iaitu Kampung X. Seorang bekas imam iaitu B telah dilantik menjadi imam dan disokong dengan padu oleh Pengerusi Masjid walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak. Imam sebelumnya yang baru kehilangan isteri sering mengalami masalah kesihatan. Oleh sebab itu AJK Masjid telah memberi peluang kepada Imam sebelumnya iaitu A untuk berehat dengan elaun berjalan seperti biasa. Walaupun Imam A sudah menjangkau umur lebih 80 tahun, namun atas dasar hormat dan mengenang jasa-jasanya maka AJK Masjid tidak mahu menggugurkan jawatan yang dipegangnya. Hanya kerana ada mulut jahatyang dengki dan menjadi batu api telah menghasut Imam A dengan mengatakan bahawa AJK Masjid tidak lagi memerlukan khidmatnya cuma tidak tergamak hendak menggugurkan jawatan imam A. Di tambah dengan penggantian sementara imam A dengan B yang mengambil ali tugas Imam A sepenuhnya membuatkan Imam A yang sedang berahat tadi berasa tergugat. Maka berlakulah pertelinkahan dan bermasam muka antara imam A yang mendapat sokongan musuh AJK Masjid sedia ada yang tamakkan kuasa dan bercita-cita hendak mengambil alih kepimpinan masjid dengan Imam B yang mendapat sokongan daripada AJK Masjid. Tidak dinafikan Imam B memiliki rekod masa silam yang agak teruk terutama zaman mudanya. Dan perkara itu lah yang sering diungkit dan diperburukkan pada masyarakat. Manakala ajk Masjid berpendapat untuk memberi peluang kepada pelapis untuk menjadi Imam.

Mungkin disebabkan untuk mendapatkan reaksi simpati dari ajk Masjid atau untuk menguji kesetiaan Ajk Masjid kepadanya maka Imam A yang berehat tadi telah menghantar surat perletakan jawatan dengan harapan Ajk Masjid akan menolak perletakannya dan merayu kepadanya. Malangnya Ajk Masjid mengambil keputusan menerima perletakan tersebut dan melantik Imam B menggantikannya. Yang menyedihkan ialah sehinggalah Imam A yang meletak jawatan itu meninggal dunia, beliau tidak sempat berbaik semula dengan Ajk Masjid terutama Imam B dan Pengerusi Masjid hanya disebabkan hasutan jahat dari kelompok yang ingin melihat perpecahan dalam masyarakat.

Setelah Imam A meninggal dunia maka Imam B mulalah mengambil alih jawatan imam itu. Pada mulanya segalanya berjalan lancar. Sihinggalah tiba satu peringkat yang mana Imam B mula menunjukkan belangnya yang mulai sombong, bongkak, tidak mahu menerima teguran orang lain, suka mencari musuh dan mula tidak menghormati Pengerusi Masjid yang telah banyak membela dan memberi peluang kepadanya. Sehinggalah satu tahap yang mana Imam B telah memaki, mengutuk dan menghina seorang Qaryah yang berniat baik menegur kesilapannya dalam bacaan sewaktusembahyang di dalam masjid dengan kuat hingga menjatuhkan maruah Ahli Qaryah yang menegur tadi. Disebabkan perkara itu dan ditambah dengan beberapa perkara berbankit yang berlaku sepanjang beliau menjadi imam maka, Ajk Masjid dan dipersetujui olah Pengerusi Masjid telah mengambil keputusan sekali lagi memberi cuti rehat kepada Imam B dengan harapan Imam B dapat mencari ketenangan sebelum menjalani tugas. Sekali lagi, sekumpulan masyarakat yang gilakan jawatan tadi kembali memainkan peranan setelah mereka gagal mempergunakan Imam A sebelum ini. Mereka telah kembali berbaik-baik dengan Imam B yang sebelum ini menjadi bahan hinaan mereka. Mereka telah menghasut Imam B agar menentang keputusan AJK Masjid. Imam B juga telah mengmbil langkah yang sama dengan menghantar surat perletakan jawatan bagi menguji kesetiaan Ajk Masjid. Dan atas nasihat jabatan berkaitan maka, perletakan tersebut telah diterima.

Disebabkan itu, imam B semakin berasa dendam dan tidak berpuas hati. Dia telah membawa fitnah ke seluruk kampung mengatakan Pengerusi Masjid yang selama ini banyak membelanya telah memecatnya tanpa dibawa berbincang. dia juaga telah memburuk-burukkan, menfitnah dan menghina semua Ajk Masjid terutama yang menentangnya Sehingga sampai tahap, menfitnah di jabatan Agama, Sembahyang jumaat di luar Kariah dan lain-lain.

Siapa harus dipersalahkan??? Bagaimana hendah mengubah sikap orang Melayu sekiranya orang-orang seperti ini masih wujud dalam masyarakat.

Maka kesimpulannya, tidak mustahillah jika satu hati nanti bangsa Melayu hanya akan menumpang di bumi sendiri dan hanya mampu meminta sedekah untuk sesuap nasi. Jika sikap dan akhlak Orang melayu masih di takuk yang lama.

FIKIR-FIKIRKANLAH...

Khamis, 8 Mei 2008

Anwar... Benarkah Beliau tidak Layak Memimpin Bangsa Melayu???




Assalamualaikum...


Sebelum saya memulakan cetusan kali ini, terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf jika cetusan kali ini boleh menyinggung atau menyebabkan para bloggers yang saya hormati akan hilang kepercayaan di atas prinsip-prinsip yang pernah saya pertahankan. Bagi saya yang benar tetap benar namun yang salah hanay mampu berselindung di sebalik kebenaran.


Tak tergamak dan langsung tidak pernah terfikir di benak saya untuk belot dari parti bangsa saya yakni parti UMNO. Saya dilahirkan dalam keluarga serta persekitaran UMNO. Oleh yang demikan saya telah dipengaruhi dengan cara kehidupan dan cara pemikiran UMNO. Ditambah pula dengan kejayaan UMNO mentadbir dan mengurus bangsa Melayu dengan hak-hak keistimewaan yang tidak langsung dan tidak layak untuk dipertikaikan oleh sesiapa saja di dunia ini.


Malangnya, sejak akhir-akhir ini , seperti telah berlaku kepincangan di semua peringkat samada di peringkat akar umbi maupun para pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat dengan harapan nasib rakyat akan lebih terbela. Dengan krisis kepimpinan di bawah Pak Lah yang semakin kucar-kacir, seperti ada sesuatu yang kerajaan cuba untuk menyembunyikan hakikat den kebenarannya. Kita tinggal ketepi dahulu soal Kejatuhan BN dalam PRU-12 buat sementara waktu.


Yang menjadi fokus sekarang adalah, siapakah yang paling layak memulihkan dan mengembalikan kayakinan orang Melayu di Malaysia, yang mana sejak akhir-akhir ini kedaan menjadi semkin parah dan apa yang dapat dilihat adalah semikin terhakisnya hak orang Melayu di bumi sendiri.


Hakikatnya, setelah dinilai dari semua sudat samada, kepimpinan, wawasan, pengaruh kesungguhn, kejujuran dan perjuangan yang ditonjolkan oleh beliau maka jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon yang paling layak untuk mentadbir serta menyatukan semula orang-orang Melayu di Malaysia. Ditambah dengan keyakinan beliau yang meletakkan sasaran untuk mendapat 30 undi Parlimen yang mana sekaligus menyebabakan secara rasminya Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampok pmerintahan dari kerajaan di bawah BN.


Pada hemat saya, Anwar sudah pun mempunyai ketokohan yang pastinya melayakkan beliau dari menjadi Pemimpin No. 1. Beliau menceburi bidan politik bersama UMNO dan penah menjadi orang harapan PM ketika itu iaitu Tok Det. Tok Det juga telah menggunakan pengaruh beliau menaikkan siapa sahaja yang difikirkan layak atau lebih tepat lagi, Tok Det telah mengambil Anwar dari Abim untuk menyertai UMNO dan kemudiannya Anwar berjaya menduduki kerusi No. 2 parti sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Tok Det sejak dari awal lagi sudah nampak dan dapat mengesan bakat kepimpinan yang ada pada Anwar. Tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan bakat tersebut.


Sehinggalah beliau dipecat, beliau masih lagi calon yang paling layak dan memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi pemimpin No.1 Malaysia menggantika Tok Det. Namun begitu disebabkan tersilap langkah yang mana Anwar terlalu secara terang-terangan menghimpun kekuatan di seluruh Malaysia untuk mencabar kepimpinan Tok Det ketika itu. Disebabkan Tok det merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman dalam sebarang situasi, maka beliau telah dapat menghidu tindakan anwar yang cuba menetangnya. Berbekalkan kuasa veto yang ada di tangan, maka Tok Det telah bertindak memecat Anwar dari sebarang jawatan dalam parti dan kerajaan. Anwar juga telah ditahan dan dibicarakan dengan kesalahan yang langsung tidak boleh diterima akal. Maka berakhirlah langkah pertama Anwar menjadi PM.



BERSAMBUNG KEMUDIAN...

Rabu, 7 Mei 2008

Muhyiddin bakal menjadi penggempur Pak Lah terbaru...


Di antara pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara ketika ini meminta Pak Lah berundur, tiba-tiba muncul seorang ank jati Johor bangkit mencetus ledakan bom yang baru yang mampu menggegar kedudukan dan kedegilan Pak Lah. Mungkin di dalam fikiran beliau, sudah tiba masanya untuk beliau keluar dari gua pertapaan setelah sekian lama hanya menjadi pemerhati. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin (MY).

Dengan kedudukan Pak Lah yang makin tergugat. Kredibiliti Najib yang kian dipertikai dengan pelbagai isu berbangkit. Sejarah silam Ku Li yang menutup dan menghakis peluangnya, tiba-tiba timbul MY yang sudah pun kita kenali seorang pemimpin yang berwajah tegas tanpa sebarang kontroversi yang mampu menggugat kedudukannya.

MY berjaya mengekalkan rekod bersihnya sama dalam keperibadiannya ataupun dari segi corak pimpinannya membuatkan beliau perlu diberi perhatian oleh mereka-mereka yang sudah bercita-cita untuk menduduki takhta no. 1 Parti UMNO. Mungkin tepat pada masanya untuk MY lebih berani menyatakan pendapatnya yang nampak bertentangan dengan arus semasa. Mungkin pendapat itu memang wujud di dalam sanubarinya demi melihat UMNO bangkit semula setelah kegagalan Pak Lah mencorak dan meyakinkan masyarakat yang kian matang dan tidak mudah untuk diperbodohkan.

Atau mungkin kebangkitan ini adalah salah satu percaturan politik yang difikirkan tepat pada masanya. Peluang yang sudah pasti sudah lama dinanti-nantikan dengan penuh kesabaran. Tindakan MY yang berjaya mengekalkan rekod bersihnya sepanjang pembabitannya dalam politik meletakkan beliau sebagai calon utama menggantikan Pak Lah sekiranya rekod bersih dan latar belakang yang baik diambil kira.

Tidak dinafikan dengan kehadiran MY, pastinya akan mengugat peluang dan harapan Najib untuk mengambil ali kuasa dari Pak Lah. Atau Pak Lah sendiri sedang mencari-cari calon yang paling layak menggantikan beliau memandangkan Najib sendiri sedang dihentam bertubi-tubi oleh pihak Pakatan Rakyat dengan isu-isu yang tidak kurang hebatnya.

Yang pasti, kedudukan jawatan no. 1 dalam UMNO masih terbuka sekiranya peralihan kuasa berlaku. MY pasti tidak akan memberi peluang lagi kali ini. Langkahnya sudah bermula. Pencak sudah bebunga. Cuma menanti gelanggang sahaja untuk dibuka.

Apa pun diharap walau sesiapa pun yang bakal menang bertarung, janganlah dibiarkan kampung tergadai. Pertahankanlah bumi terakhir orang Melayu ini.

HIDUP MELAYU!!!

Selasa, 6 Mei 2008

Layakkah Ku Li mencabar Pak Lah???

Bergegar-gegar dentuman suara melaung-laung kisah Ku Li ingin mencabar jawatan no. 1 dalam UMNO dengan Pak Lah. Tanpa memberi peluang apatah lagi menawarkan diri untuk sama-sama berusaha dalam UMNO untuk memulihkan kembali keadaan yang keruh akibat daripada Tsunami politik yang baru melanda pada Mac lalu. Ku Li dengan lantang bersuara hendak mencabar Pak Lah untuk jawatan presiden parti buat kali yang entah ke barapa sambil terus menuding jari kepada kepimpinan Pak Lah yang dikatakan menjadi punca kejatuhan empayar BN.

Bermula dengan Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) yang diadakan di Bahagian beliau, Ku Li tanpa berselindung lagi terus menceritakan semua hal di dalam kain UMNO kepada umum. Baginya dengan hanya kemenangan yang dikecapi beliau di hutan Gua Musang itu sudah cukup untuk melayakkan beliau menjadi perdana menteri.

Siapa itu Ku Li???
Tidak dinafikan beliau merupakan pemimpin berdarah raja yang amat disayangi oleh rakyat Gua Musang termasuk harimau, gajah, sang kancil dan sang buaya. Apa pun beliau pernah dilabel sebagai budak jahat dalam UMNO.

1987 telah menunjukkan segala-galanya. Bagaimana Ku Li cuba mewujudkan Team B yang mempunyai matlamat untuk menjatuhkan kepimpinan Tun Mahathir ketika itu.

Akibat daripada itu jugalah UMNO Diharamkan. Perpecahan berjaya dikecapi pada ketika itu. Berpunca pada itu jugalah Krisis Kehakiman telah timbul.

Dan setelah gagal, akhirnya Ku Li bersama pengikut-pengikutnya telah keluar dari UMNO dan menubuhkan Semangat 46. Maka berpecahlah orang Melayu pada ketika itu. Seperti sudah ditakdirkan, perjuangan yang berasaskan dendam pasti tak kan ke mana. Akhirnya Ku Li tidak mampu lagi membawa misi perjuangannya yang tidak berasas dan akhirnya S46 dibubarkan. Maka kembali Pendekar-Pendekar Gua Musang yang tewas dalam medan perang ke pangkuan UMNO yang tidak boleh dinafikan perjuanagannya.

Begitulah riwayatnya bakal pencabar Presiden.
Beliau pernah dicop pembelot.
Pelopor kepada Lompat parti.
Sentiasa mencalonkan diri kerana tamakkan kuasa.
Dan seorang yang tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Layakkah Ku Li Menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia???
Fikir-fikirkanlah...

Antara Kuasa Dan Maruah???

Apa sudah jadi??? Semakin jauh jari dituding. Dia salah. Hang salah. Depa punya pasal. orang tu yang salah. KITA??? Bila nak kata kita salah??

Itulah hakikatnya manusia. Tak mungkin nak mengaku salah. Biar jelas tahi yang terpalit di seluar. Tetap menuduh orang lain yang berak di tengah jalan. Sampailah DNA tahi itu di uji, barulah malu tersipu-sipu. Tapi untuk berkata, AKU YANG BERSALAH... tak mungkin sama sekali. Apatah lagi, maafkan aku...

Yang jelas sekarang, barulah kita kenal siapa kawan dan siapa lawan. Dalam kawan pula, barulah tahu siapa yang jujur dan siapa yang bermuka-muka. Dan dalam lawan pula, baru jelas yang mana ikhlas dan yang mana dendam. Yang pasti semuanya adalah dari bangsa yang sama, kaum yang sama, ketuanan yang sama... yakni bangsa MELAYU...

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Itu sudah ditentukan oleh yang maha Esa. Kejatuhan Parti Barisan Nasional dalam PRU-12 membuktikan tiada yang kekal di atas muka bumi ini. Hidup umpama roda. Ada kala di atas. Ada kala bergolek ke bawah. Apa pun semakin jelas hikmah di atas kejatuhan Barisan Nasional.


  1. Pastinya selepas ini orang Melayu akan dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk. 50 tahun kita dipimpin oleh parti yang sama. Sekarang sudah tiba masanya kita memberi peluang kepada kepimpinan lain untuk cuba mentadbir 5 negeri sebagai permulaan. Pakatan Rakyat (PR) perlu membuktikan dan mengotakan segala janji dan amanah yang telah diberikan rakyat kepada mereka. Inilah peluang mereka untuk melakukan yang terbaik kepada rakyat. Yang pasti rakyat akan terus menilai dari semasa ke semasa. Sekiranya mereka berjaya mencuri hati rakyat dan pada masa yang sama, kerajaan masih lagi dilambung ombak, tidak mustahil pada masa akan datang mandat yang lebih besar akan diberikan kepada PR oleh rakyat. Apapun Buktikan dahulu.

  2. Pihak Barisan Nasional (BN) pula perlu melakukan banyak perkara untuk memulihkan keadaan. Yang paling penting, ahli-ahli terutama di kalangan pemimpin dalam parti perlu sedar dan muhasabah diri. Pasti ada sebab kenapa rakyat menolak mereka pada PRU-12 kali ini. Sekarang bukan masanya untuk mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Yang penting adalah untuk mencari kelemahan dan kekurangan dalam diri sendiri dan cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Rakyat sebenarnya sudah muak dan jelik dengan sikap segelintir pemimpin dalam BN yang terlalu sombong dan angkuh dengan kuasa duniawi yang diberikan kepada mereka. Pemimpin atau wakil rakyat sebenarnya adalah hamba kepada rakyat, bukannya tuan besar kepada rakyat.

Tidak kiralah siapa yang menjadi pemimpin kepada rakyat sekarang. Samada dari BN atau PR. Kembalilah ke landasan yang betul. Perjuangan yang sebenar adalah perjuangan menegakkan hak ketuanan Melayu di bumi Malaysia. Itulah yang perlu diperjuangkan sekarang. Sebenarnya orang Melayu masih belum bersedia untuk bersaing secara sama rata walaupun di bumi sendiri dalam apa jua bidang.


Pertahankanlah negeri-negeri yang masih dipimpin oleh kesultanan Melayu. Pulau Pinang sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Satu hari Pulau Pinang bakal menjadi seperti Singapura. Orang Melayu hanya akan menumpang di bumi sendiri. Kemudian akn ditendang keluar. Tinggallah Pulau Pinang menjadi sebuah negara terasing yang diperintah oleh bangsat asing.


Orang Melayu sekarang perlu sedar. Ketepikan kepentingan kuasa. Letak sebelah kepentingan peribadi. Tak kira lah siapa yang akan menerajui tampok pemrintahan kerajaan Malaysia nanti. Samada PakLah, Najib, Tengku Li, Muhyiddin atau dalam tangan Anwar Ibrahim sendiri. Kembalikan maruah orang Melayu.


Orang Cina berpolitik dengan memperjuangkan secara jelas kepentingan bangsa mereka. Tidak kira samada MCA, Gerakan atau DAP. Bagi mereka ketiga-tiga parti ini adalah sama sahaja. Tetap hak milik orang Cina. Tidak kira siapa yang menang, bagi mereka yang penting matlamat mereka hanyalah satu. Berkuasa di bumi Malaysia. Persetankan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Meraka sedar melalui kekerasan, tak mungkin mereka dapat menjejak kaki dalam kuasa di Malaysia. 13 Mei menjadi iktibar kepada mereka. Satu jalan sahaja yang mereka ada. Dengan menguasai ekonomi di Malaysia, secara tak langsung mereka akan dapat menguasai Malaysia. Lee Kah Choon telah membuktikan bahawa orang Cina adalah sama sahaja. Mereka hanya hendakkan kuasa di Malaysia dan seterusnya menjadikan bangsa Melayu sebagai pencacai di bumi sendiri.


Orang India umpama lalang. Jika Melayu bagi RM1 dan Cina memberi RM1.10, pastilah cina lah yang berkuasa. Hari ini mereka boleh menyokong sepenuh hati, tak mustahil esok mereka akan menetang bagai nak rak. Apalah yang boleh kita harapkan dari orang India.


Yang jelas perjuangan Melayu. Orang Melatu tidak boleh menjadi terlau lurus, betul dan bendul. Utamakan kepentingan bangsa sendiri dahulu. Pastikan orang Melayu mampu berdiri dengan kukuh dan teguh. Tidak guna kita memperjuang hak dan kesaksamaan antara semua kaum. Kerana, hanya kita orang Melayu yang berfikiran sedemikian, sedangkan bangsa lain mempunyai matlamat untuk menendang bangsa Melayu tejun ke laut Cina Selatan atau Selat Melaka.


Fikir-fikirkanlah... Jangan biarkan terlambat... Kerana ketuanan Bangsa Melayu sekarang hanyalah bergantung sepenuhnya di dalam tangan Kesultanan Melayu.


Bangsa Melayu sekarang sudah pun berada di Benteng Terakhir Pertahanan

Sabtu, 3 Mei 2008

Khas Buat Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Omar...

Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Hj. Omar.

  1. Merupakan Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (Jiran dgn Bahagian Kepala Batas).
  2. Menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor sejak Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri.
  3. Pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
  4. Kembali ke Parlimen dan memegang jawatan Kabinet sebagai Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani hingga 2008.
  5. Di arah supaya berundur dan memberi laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding Parlimen kawasan Tasek Gelugor pada PRU-12.

Inilah contoh wakil rakyat yang disayangi, disanjungi dan dihormati eloh rakyat terutama penduduk Tasek Gelugor dan menjadi mangsa kekejaman politik yang menjadi kudis dalam UMNO sekarang. Jasa beliau yang banyak membela nasib orang Melayu Pulau Pinang sejak memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri hingga sekarang akhirnya ditolak tepi hanya kerana sesetengah pihak yang rasa tergugat dengan pendirian politiknya.

Sepanjang beliau menjadi wakil rakyat, sudah banyak tanah-tanah dalam Pulau Pinang yang berjaya dipertahankan dan kekal menjadi hak orang Melayu. Begitu juga dengan tanah dan rumah wakaf yang hampir menjadi hak bangsa asing akhirnya dengan kesungguhan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, tanah dan rumah tersebut berjaya diambil kembali dan dijadikan harta wakaf.

Beliau juga merupakan wakil rakyat yang amat prihatin dengan masalah masyarakat terutama yang memerlukan bantuan. Beliau merupakan penggerak utama Program Mayang yang mengfokuskan kepada masyarakat kurang upaya, miskin, ibu tunggal dan yang amat memerlukan bantuan. Beliau sedia untuk masuk hingga ke ceruk dapur untuk melihat masalah masyarakat dan setiap arahan yang dikeluarkan oleh beliau dipastikan terlaksana dalam kadar yang segera.

Sifat beliau yang mudah mesra, tidak pernah sombong dan sedia untuk minum kopi semeja amat disenangi oleh masyarakat Tasek Gelugor. Beliau juga sentiasa berusaha untuk tidak menghampakan masyarakat sekiranya dijemput menghadiri sebarang majlis anjuran masyarakat termasuk kenduri kahwin atau kenduri Kesyukuran. Walaupun beliau amat menitikberatkan kesempurnaan dalam setiap tugas yang diberikan namun orang bawahannya seperti sudah biasa dan sentisan memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan.

Beliau juga berjaya membawa banyak pembangunan dalam Parlimen Tasek Gelugor dan sentiasa menggalakkan masyarakat agar terlibat dalam aktiviti ekonomi yang ada sebagai nilai tambah pendapatan seisi keluarga. Beliau tidak lokek dengan nasihat dan sentiasa memberi perangsang kepada warga Parlimennya agar sentiasa maju ke depan.

Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah. Pihak yang cemburu dengan kredibiliti beliau telah berjaya menjatuhkan beliau. Di waktu beliau cukup bersemangat dengan pelbagai perancangan untuk memajukan Tasek Gelugor selepas pilihanraya, semangat itu akhirnya direntap dengan kejam tanpa peri kemanusiaan. Segala cita-cita bagaikan terkubur. Tidak ada sesiapa pun yang menyangka keadaan ini berlaku. Namun begitulah fitrah alam, Yang Datang Pasti Pergi Dan Yang Hilang Bakal Diganti. Cuma masa dan cara peralihan amat tidak bersesuaian.

Natijah dari pengunduran beliau, boleh dilihat berapa banyak caw. yang menutup bilik gerakan sehingga ada yang mengugut untuk membakar bilik gerakan. Segelintir yang amat menyayangi beliau telah jatuh sakit kerana tidak dapat menerima keputusan pucuk pimpinan yang mahukan beliau memberi laluan.

Jika berlaku pada orang lain pasti ia akan memboikot calon baru dan menggunakan pengaruhnya untuk tidak membantu calon baru menghadapi pilihanraya. Lain dengan Dato' Shariff, beliau terus mengarahkan semua cawangan agar melipatgandakan persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Malah beliau sendiri sama-sama turun dengan calon baru menyertai kempen hingga ke pelusok kampung. Tidak ada istilah dendam dalam dirinya. Inilah pemimpin yang benar-benar berjuang kerana Agama, Bangsa Dan Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih sahaja yang mampu kami (masyarakat Tasek Gelugor) balas. Jasamu dan pengorbananmu sentiasa di hati kami. Di harap calon yang baru dapat mengubati luka di hati kami.

'JASAMU TETAP DIKENANG'

Khairy Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?


Untuk menjaga dan memulihkan semula nama Pak Lah, Khairy seharusnya sudah mula memainkan peranan dengan tidak menawarkan diri merebut jawatan Ketua Pemuda. Antara faktor utama kejatuhan undi UMNO dalam PRU-12 yang lalu adalah disebabkan penglibatan yang terlalu jauh dalam parti.

Khairy Jamaluddin masih lagi muda. Tidak ada apa yang perlu dikejar oleh KJ dalam UMNO. Tidak dinafikan, KJ mempunyai karektor dan kebolehan memimpin dan berpidato. Malangnya KJ menantu Pak Lah. Rakyat sering membandingkan pendekatan yan di bawa oleh Mahathir yang tidak membenarkan ahli keluarganya terlibat dalam politik sepanjang beliau menjadi PM.

Seharusnya KJ bersabar dan cuma perlu belajar dan mengenali antara kawan dan musuh dalam politik melalui belakang tabir yakni tanpa memegang jawatan dalam parti. KJ seharusnya mengambil kesempatan ke atas kedudukan Pak Lah dengan lebih bijak tanpa dapat dikesan atau dihidu oleh orang lain terutamanya rakyat.

KJ seharusnya terlebih dahulu mengumpul kekuatan dari bawah iaitu bergerak tanpa jawatan yang mana dengan cara itu, orang lain terutama rakyat akan lebih yakin dan berasa hormat dengan perjuangan yang di bawa.

Sayangnya KJ memilih untuk memegang jawatan bermula dengan Naib Ketua Pemuda. Dengan ini secara tak langsung orang akan melihat dan menilai KJ seorang yang kemaruk jawatan, menggunakan title sebagai menantu Pak Lah untuk kepentingan diri dan mempunyai firasat atau niat yang tidak ikhlas dalam perjuangan.

Ditambah dengan kelemahan demi kelemahan yang mula ditonjolkan oleh Pak Lah, pastinya akan membuatkan rakyat bertambah muak dan jelik dengan keangkuhan, kegopohan dan ketamakan KJ dalam parti.

Tidak mustahil Parti UMNO akan menjadi tidak lagi relevan pada rakyat sekiranya 'FAMILY POLITIC' ini tidak dibendung dari sekarang.

Sudah tiba masanya untuk UMNO belajar dari kesilapan, kejatuhan dan hilangnya keyakinan rakyat yang ditunjukkan dalam PRU-12.








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE