-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Rabu, 30 April 2008

Siapa Bakal Meneraju Barisan Pemuda UMNO Malaysia?


Pemimpin datang dan pergi. Begitu juga dalam Pemuda UMNO Malaysia. Pastinya ada yang perlu berundur dan pasti akan ada pengganti yang akan menjadi peneraju golongan Pemuda. Apa yang diharap cuma yang pergi akan lebih berjaya dan akan pergi lebih jauh dalam bidang politik tanpa meninggalkan ciri-ciri atau nilai-nilai yang murni serta lebih memberi komitmen dalam memperjuangkan agenda dan nasib Melayu tanpa mengharap apa-apa balasan. Manakala kepada penggantinya, Pemuda amat mengharapkan agar dia mampu menjadi lebih baik dari yang lepas bukannya lebih buruk dari yang lepas dan tidak boleh menjadi sama seperti yang lepas kerana kita makin maju ke depan bukan mengundur ke belakang. Contoh pucuk pimpinan boleh diambil apabila Pak Lah mengambil alih tanggungjawab dari ‘King OF The Leader’ (Tok Det). Pak Lah gagal menandingi kehebatan Tok Det malah menjadi lebih teruk apabila membenarkan ahli keluarganya terutama Khairy Jamaluddin terlibat sama dalam politik sehinnga mampu duduk semeja dengan Pak Lah dalam membuat keputusan penting kerajaan. Rakyat mampu menilai corak kepimpinan Tok Det yang keras dan condong kea rah diktator tapi masih berpegang kepada prinsip tidak melibatkan ahli keluarga dalam politik walaupun lada ketika itu, anaknya Mukhriz menunjukkan cirri-ciri ‘leadership’ yang tingi. Ketegasan dan kekerasan perlu ada dalam diri pemimpin dalam membuat keputusan agar tidak ada lagi pertikaian yang akan berlaku oleh mana-mana pihak pun termasuk dari kuasa besar. Dengan kepimpinan yang tegas itu jugalah kita mampu hidup dalam negara yang hampir mencapai tahap kemajuan ini.

Dalam menentukan bakal pemimpin barisan Pemuda, beberapa cirri-ciri perlu dititikberatkan. Berdasarkan calon-calon yang telah mewar-warkan untuk bersaing jawatan tersebut, Cuma ada 2 atau 3 orang sahaja yang menunjukkan cirri-ciri yang melayakkan beliau menjadi Ketua Pemuda.

1. Datuk Mukhriz Bin Tun Mahathir.
Tidak disangkal lagi inilah calon yang paling layak. Di atas kertas, beliau menunjukkan reputasi yang baik dan berjaya mengelakkan diri dari sebarang kontroversi yang boleh menjatuhkan reputasi beliau. Mewarisi cirri-ciri kepimpinan dari bapanya yang mana bolehlah dikatakan kita boleh melihat Tun Mahathir pada Mukhriz. Kemampuan beliau memenangi kerusi Parlimen Jerlun pasa pilihanraya ke 12 baru-baru ini membuktikan beliau diterima oleh masyarakat terutamanya dari akar umbi. Seperti bapanya, beliau seorang yang tegas, berani memperjuangkan pendapat yang difikirkan bernas, disayangi dan dihormati oleh masyarakat, berketrampilan dan komitmen yang tinggi terhadap setiap tanggungjawab yang digalas, dinamik, berpandangan jauh dan berwawasan, berpendirian dan yang penting berani menyongsang arus dalam menegakkan dan memperjuangkan hak orang Melayu. Namun tidak boleh dielakkkan bayangan Tok Det pasti sentiasa menjelma dalam keputusan atau pendapat yang ditampilkannya.Kepentingan peribadi tidak boleh dielakkan kerana pastinya setiap makhluk yang dinamakan manusia akan mengutamakan kepentingan peribadinya asalkan kepentingan masyarakat tidak terabai. Pastinya inilah calon yang paling layak mengepalai nakhoda Pemuda UMNO Malaysia.

2. Khairy Jamaluddin
Sayang seribu kali sayang. Beliau sudah hamper tersilap langkah. Tidak sepatutnya berlaku, apa yang berlaku sekarang. Tidak dinafikan beliau mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang tinggi. Beliau mampu menjadi leader dalam satu-satu organisasi penting. Dengan kelantangan memberi pendapat yang bernas, bersemangat dan berdarah muda dalam memperjuangkan sesuatu, memiliki tahap pendidikan yang tinggi, berwawasan dan bercita-cita tinggi serta memiliki kuasa tarikan atau pengaruh dalam dirinya, sepatutnya beliau layak untuk melangkah lebih jauh. Silapnya adalah beliau menantu Pak Lah. Walaupun dinafikan, hakikatnya umum boleh lihat, beliaulah yang menjadi tulang belakang Pak Lah sehingga ada ketika beliau menjadi lebih penting dan berkuasa dari bapa mentuanya. Sebenarnya inilah punca utama kejatuhan Umno Dalam pilihanraya. Bukan punca kenaikan harga barang atau lain-lain. Sepatutnya beliau jangan lagi memegang apa-apa jawatan dalam parti. Cukup sekadar memberi pendapat dari luar.Tunggulah sehingga Pak Lah berundur dan ketika itu adalah masa paling sesuai untuk beliau menonjolkan diri. Tapi sekarang sudah terlambat. Mustahil untuk mendesak Khairy meletak semua jawatan. Yang tinggal Khairy perlu menampilkan rekod yang baik pada masa mendatang dengan memperjuangkan hak orang Melayu yang makin terpinggir ini.

3. Calon-calon lain (Khir Toyo, Zainal Abidin dll)
Masih belum mampu menjadi peneraju barisan Pemuda. Walaupun mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang baik, tetapi dari segi popularity masih jauh ketinggalan dari calon-calon yang disebut di atas.


Kepada barisan Pemuda,

Lakukan lah pilihan yang bijak dan tepat.
Ketepikan dahulu kepentingan peribadi dalam membuat keputusan.
Utamakan calon yang mampu memperjuangkan orang Melayu.
Utamakan calon yang mampu memulihkan semula luka akibat Pilihanraya Umum ke-12 baru-baru ini.

Kerana kuasa ada di tangan anda. Jangan biarkan maruah bangsa Melayu terus tergadai sehingga akhirnya

‘ORANG MELAYU MENUMPANG DI BUMI SENDIRI’

Isnin, 28 April 2008

Khairy B. Pak Lah vs Mukhriz B. Tok Det

Bukan mudah menjadi pemimpin. Menang djulang. Kalah ditendang.
Namun begitu, komen tok det dgn mukiz bukanlah untuk membangunkan semula. Mereka memberi komen hanyalah atas dasar peribadi yang mungkin sudah berkerat rotan, berpatah arang dengan sikap Pak Lah sebelum ini sejak diberi kuasa oleh tokdet.

Jelas Pak Lah telah membelakangkan dan menolak mentah-mentah semua pandangan atau kritikan yang diberikan oleh tok det. Ini termasuk isu AP, isu kuasa dan lain-lain. Pak Lah juga telah membatalkan projek pembinaan jambatan tambak johor yang menjadi idea tok det sewaktu pemerintahannya.

Tak boleh nak salahkan Pak Lah kerana yang pasti kuasa ada dalam genggamannya. Zaman To Det sudah berakhir.

Namun yang menjadi satu kesilapan besar yang dilakukan oleh Pak Lah ialah, beliau telah menerima bulat-bulat segala cadangan, idea dan buah fikiran menantunya yakni Khairy Jamaluddin yang masih mentah dalam politik. Wal hal idea tok det langsung tak dipedulikan walaupun satu dunia tahu siapa itu Tok det, Mantan Perdana Menteri Malaysia merangkap Bapa Pembangunan Moden yang berjaya mentadbir Malaysia selama lebih 20 tahun walau terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan kaya dengan pengalaman.

Apa pun yang pasti, orang-orang Melayu amnya dan UMNO khususnya perlu sedar dan bangkit semula walau dengan apa cara sekali pun, walau terpaksa mengorbankan diri kerana...

'MALAYSIA BAKAL DIJAJAH KEMBALI'

Ahad, 27 April 2008

Apa yang Pak Lah perlu lakukan

Betapa bahayanya kedudukan orang Melayu pada masa sekarang. Dengan kewujudan beberapa makhluk bertopengkan manusia dan berselindung di sebalik nama Islam yang sanggup menabur janji yang manis belaka.Mungkin silap orang Melayu juga yang mungkin telah membuat kesilapan dalam PRU12. Bukan niat orang Melayu nak menggadai 5 negeri dan 1 wilayah persekutuan kepada Pakatan Rakyat (kononnya) yang mana perjuangan mereka jelas mampu sampai ke tahap menjual negara, tapi... itulah orang Melayu. Sabarnya ada had, Diamnya ada makna, Senyumnya penuh rahsia.Orang Melayu sebenarnya merasakan diri mereka diperbodohkan, dipergunakan, diambil kesempatan dan dipijak. Bukan oleh orang lain, tapi oleh orang Melayu sendiri.Tidak boleh nak salahkan Pakatan Rakyat(PR) atau menghentam meraka membabi buta kerana mereka sendiri langsung tak menyangka akan mampu menggugat majoriti BN sehingga sekarang mampu bercita-cita memerintah persekutuan. Apa yang berlaku adalah disebabkan peralihan undi rakyat Malaysia termasuk orang Melayu kepada PR yang tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan dalam BN itu sendiri.Apa yang perlu dilakukan sekarang bukanlah dengan mendesak Pak Lah meletak jawatan atau memboikot dan menganaktirikan negeri di bawah pimpinan PR tetapi satu perubahan yang berani, drastik dan berisiko demi untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN.Bukanlah masanya sekarang untuk ahli BN menuding jari antara satu sama lain tetapi adalah untuk membetulkan apa salah, meluruskan apa yang bengkok, menajamkan apa yang tumpul dan kembali merapatkan apa yang renggang.

(KEPADA PAK LAH)

1.Jangan letak jawatan lagi kerana tindakan tersebut akan membuat semua orang termasuk pembangkang akan bertepuk tangan dan menjelir lidah melihat Pak Lah yang lemah terutamanya dari musuh-musuh dalam selimut Pak Lah sendiri.

2.Sudah tiba masanya Pak Lah menggunakan kuasa VETOnya sebagai Perdana Menteri untuk melakukan perubahan samada dari segi corak pimpinan dan pemimpin itu sendiri, dasar-dasar yang telah dipekenalkan sebelum ini yang tidak mesra rakyat dan yang paling penting diri Paklah itu sendiri.

3. Membuat tindakan dan keputusan yang wajar selgi ia tidak membebankan kerajaan terutamanya dan elakkan tindakan yang boleh membebankan rakyat terutamanya di peringkat bawahan dan akar umbi yang tidak tahu tentang dasar.

4. Elakkan dari terlibat dengan publisiti Khairy Jamaludin(KJ) kerana dia lah sebenarnya yang menjadi punca segala-galanya. Buat masa sekarang KJ sepatutnya tidak mencari sebarang publisiti demi untuk menyelamatkan dan mengembalikan maruah Pak Lah. Untuk menghalang Khairy Dari politik sudah terlambat kerana dia sudah pun menjadi ahli Parlimen tetapi sekurang-kurangnya jangan terlalu menonjol.

5. Berikan keutamaan 100% kepada kebajikan dan hak semua rakyat tanpa mengira bangsa untuk megubat semula luka rakyat sebelum ini.tolak tepi sebentar kepentingan diri dan KELUARGA kerana kuasa pengundi adalah lebih dasyat.


(UNTUK MENGETAHUI LANGKAH SELANJUTNYA HUBUNGI SAYA DI http://suaramelayubaru.blogspot.com)

Jumaat, 25 April 2008

BERSIAP SEDIA.

Mungkinkah sudah tiada esok untuk bangsa Melayu???








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE