Advertisement - Contact Us

Mampukah Badai Mukhriz Menenggelamkan Bahtera Khairy?



Bahang pemilihan dalam Persidangan UMNO Malaysia semakin hangat terasa. Bermula dengan pengunduran Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia yang telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO serta melanjutkan tarikh persidangan ke bulan Mac. Kemudian muncul tokoh-tokoh dalam UMNO yang mula menawarkan diri untuk bertansing pelbagai jawatan. Ini menunjukkan betapa UMNO amat kepinginkan pembaharuan baik dari segi kepimpinan mahupun dari segi dasar-dasar yang diperjuangkan sebelum ini.

Tak terkecuali kempen dalam memilih siapa bakal menerajui kapal Pemuda. Jawatan Ketua Pemuda Malaysia yang telah dikosongkan oleh Hishamuddin bakal memperlihatkan perebutan di antara beberapa calon yang berkaliber. Ia juga bakal memperlihatkan kesinambungan kepimpinan terdahulu yang pasti tidak boleh disangkal lagi telah membawa banyak perubahan baik dalam parti mahupun kepada negara Malaysia sendiri.


Sejak dari awal lagi, Dato' Mukhriz Tun Mahathir telah menawarkan diri untuk menjadi wakil suara barisan Pemudan yang dilihat semakin suram. Beliau yang pastinya mendapat restu dari ayahandanya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia dilihat mampu membawa satu perubahan yang positif demi untuk untuk melihat Pemuda kembali kukuh. Beliau juga dilihat seorang pemimpin yang berani dan bersuara lantang dalam menyuarakan pelbagai isu yang bertentangan dengan prinsip yang dibawa oleh Pak Lah. Walaupun setelah Tun Mahathir mengistiharkan keluar dari UMNO untuk berjuang dari luar, Dato' Mukhriz kekal di dalam UMNO dan terus menentang pelbagai dasar yang dilihatnya mampu menjahanamkan parti.

Lawannya pasti tidak lain dan tidak bukan datangnya dari Naib Ketua Pemuda yang juga menantu kesayangan Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Pastinya Khairy juga bukanlah calang-calang calon untuk memegang jawatan no. 1 Pemuda. Jika dilihat dari segi luaran, Khairy memiliki ketokohan dan ciri-ciri yang melayakkan beliau menjadi pemimpin. Ditambah juga dengan kepetahan beliau berpidato dan kemampuan beliau mengemukan pelbagai idea yang bernas menjadikan beliau sebagai calaon yang paling layak menentang Dato' Mukhriz. Mungkin disebabkan pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini ditambah juga kedudukan beliau sebagai menantu Pak Lah, membuatkan populariti beliau sedikit terjunam.

Seorang lagi calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan yang sama ialah bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo. Namun rata-rata melihat kehadiran Dato' Khir tidak mampu menggugat pertembungan di antara dua tokoh di atas.

Setelah selesai kebanyakkan Persidangan Pemuda Bahagian di seluruh Malaysia, dapat dilihat Dato' Mukhriz menjadi calon yang pertama layak untuk bertanding. Namun begitu, Khairy Jamaluddin juga dilihat bakal memenuhi kuota yang diperuntukkan untuk bertanding kerana beliau hanya memerlukan lagi 2 pencalonan untuk melayakkan beliau bertanding.

Namun yang jelas, jumlah pencalonan yang diperolehi tidak boleh dijadikan kayu pengukur kemampuan seseorang calon itu. Ini ditambah dengan tempoh Persidangan peringkat tertinggi yang masih jauh lagi bakal memungkinkan sebarang kemungkinan untuk berlaku. Khairy pastinya akan melakukan sesuatu untuk mengembalikan sokongan dan undian kepadanya. Begitu juga dengan Dato' Mukhriz. Beliau pasti akan berusaha keras untuk mengekalkan kepercayaan yang telah diberikan oleh perwakilan kepada beliau.

Apa yang diharap oleh akar umbi adalah pemilihan kali ini mampu dijalankan dengan penuh ketelusan dan adil. Biarlah pemimpin yang bakal dipilih adalah pemimpin yang bersih, adil dan yang paling layak. Politik perlulah dielakkan kerana ia akan menghancurkan masa depan UMNO.

1 Ulasan

  1. ketelusan & adil!!
    slalu disebut..
    apakah persidangan sblom2 ini xtulus xadil??
    sekiranya telus & adil ada ddlm hati2 pemimpin dlm persidangan..xperlu disebut lg.
    jd..terbuktilah persidangan sblm ini tiada ketelusan & adil

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama