Advertisement - Contact Us

DI SEBALIK ANWAR IBRAHIM DAN PERMATANG PAUH...




Kenapa Permatang Pauh??? Satu persoalan yang sebenarnya sudah muak didengari dan sudah berbuih dipertahankan dek penyokong setia dan tulang belakang Abg Anwar. Sudah semestinya walau apa pun tindak-tanduk tak kira baik mahupun buruk, pasti Abg Anwar sentiasa mendapat sokongan dan pembelaan dari mereka-mereka yang sayangkan Abg Anwar. Jelas antara jawapan yang diberikan terhadap soalan tadi ialah sememangnya Permatang Pauh adalah tanah tumpah darah Abg Anwar, tempat paling selamat dan sesuai bagi Abg Anwar dan kebetulan diberi laluan dengan ikhlas oleh isteri tercinta.

Namun begitu, terfikirkah wahai saudara sekalian atau buat-buat tak fikir akan hakikat dan penjelasan yang paling tepat atas pemilihan Permatang Pauh sebagai gelanggang pertarungan.

Sebenarnya dalam situasi sekarang, pihak yang betul-betul dalam keadaan tertekan adalah dari PKR yakni Abg Anwar sendiri. Mungkin disebabkan keadaan politik semasa yang dilihat tidak menyebelahi Abg Anwar maka mahu tidak mahu Abg Anwar tidak boleh lagi berlengah dan membuang masa. Pelbagai rahsia berkaitan Abg Anwar mulai terbongkar sedikti demi sedikit membuatkan Abg Anwar tidak selesa dan tergugat akan kepercayaan yang kian retak dari rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang dimaksudkan bukan dari kalangan Penyokong setia tapi dari mereka yang berada di atas pagar dan sentiasa memerhati dan menilai dalam diam. Tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan kuasa dan pengaruh undi mereka yang berada di atas pagar. Mungkin pada PRU-12 golongan ini dilihat tidak yakin dengan kerajaan ketika itu dan disogok dengan pelbagai janji manis dari Abg Anwar maka mereka cuba memberi ruang untuk PR berkuasa sejenak.

Mungkin pada fikiran Abg Anwar bahawa peluangnya untuk menang bergaya dengan majoriti yang besar hanya berada di Permatang Pauh dan bukannya di tempat lain. Abg Anwar amat memerlukan kemenangan besar untuk membuktikan bahawa suara dan pengaruhnya masih kukuh dan melayakkannya menduduki takhta no.1 negara. Barisan Nasional atau dengan kata lain lawan Abg Anwar bernasib baik kerana berada dalam kedudukan underdog. Matlamat yang perlu dicapai oleh lawan Abg Anwar hanyalah merapatkan jurang majoriti kerana kemenangan mungkin dilihat mustahil. Namun atas kuasa Allah jika ditakdirkan lawan Abg Anwar menang maka satu tamparan hebat telah diberikan dengan sadis kepada Abg Anwar.

Selain itu, adat dalam politik ialah bukan mudah untuk seseorang itu melepaskan jawatan yang dipegang hanya untuk diserahkan kepada orang lain walaupun kepada boss mereka sendiri. Jadi mahu tidak mahu, Kak Zah perlu membuktikan kesetiaan dan pengorbana tak berbelah bagi kepada suaminya walaupun jauh disudut hati tersemat rasa kecewa dan terkilan. Mahukah Mister Kit Siang ataupun Mister Hadi memberikan kerusi Parlimen mereka sebagai hadiah perjuangan kepada Abg Anwar??

Abg Anwar juga telah melihat keretakan yang kian berlaku dalam Pakatan Rakyat antara Pas, Dap dan PKR. Ini membuatkan Abg Anwar sekali lagi berasa tidak selesa kerana Abg Anwar tidak ada pilihan lain untuk menaiki takhta no.1 melainkan melalui PR yang dibentuk dan diciptanya. Jadi, sebelum sesuatu perkara buruk seperti perpecahan berlaku dalam PR maka Abg Anwar perlu mengambiltanggungjawab untuk menyatukan semula segala keretakan yang ada dalam PR. Apapun cita-cita menjadi PM perlu diutamakan.

Seperkara lagi, memandangkan Abg Anwar sendiri sudah mula dilibatkan dengan pelbagai isu tak kiralah samada isu itu satu kebenaran atau tohmahan tetapi sedikit sebanyak telah menjatuhkan merit dan graf kredibiliti Abg Anwar. Ditambah pula dengan kesungguhan yang cuba ditonjolkan oleh Pak Lah untuk membetulkan kembali setiap kelemahannya sebelum ini maka ia amat menggugat dan mengancam kemampuan dan keupayaan Abg Anwar.

Kesimpulannya... Tahniah kepada Abg Anwar kerana akan menang dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh nanti. Diharap Abg Anwar tidak mensia-siakan pengorbanan yang diberikan oleh Kak Zah.

4 Ulasan

  1. ini mesti gomen punya kerja...kalu tak Shabeery punya gangstarz atau Ali Rustam punya... IP mcm shabeery punya

    BalasPadam
  2. UMNO boleh blah!

    Melayu konon.

    BalasPadam
  3. Bro, nak tanya sikit? Brapa ribu ko dapat upah buat fitnah nie? Sejuk perut mak bapak ko makan duit haram nie kan... bini sundal lu pun kenyang gak... ops silap, dia tengah diliwat pak lah, sory beb... bukan pak lah, najib.
    Aku pun confius samada ko nie Melayu ke ape.. membuat fitnah tanpa fakta yg kukuh, buat komen cuma dari sumber² dengar org ckp je.. isk isk isk.. ni la anak hasil dari benih haram...

    BalasPadam
  4. btol2..fakta xkukuh bahkan xsahih.
    empunye blog ni smuenye ok gak la..akal ade dah..cume xpandai n xtau nk timbang yg mn baik ygmmn buruk.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama