Advertisement - Contact Us

Tiada tajuk

Pertama sekali saya membantah pandangan tuan. Namun begitu saya juga tidak mengatakan bahawa Shabery berjaya. Cuma, apa sebenar yang berlaku hanyalah Shabery bernasib baik kerana kedaan dunia sekarang agak memihak kepada Shabery.

Shabery bukanlah lawan untuk Anwar. Dan kita juga mengetahui bahawa ekonomi bukan juga bidang Shabery. Mungkin disebabkan itu jugalah kelihatan Shabery lebih banyak menyerang peribadi Anwar dari memberi hujah-hujah bernas untuk mempertahankan keputusan kerajaan. Tetapi disebabkan keadaan serta kedudukan ekonomi dunia yang agak merosot dan tidak menentu ditambah dengan harga pasaran miyak dunia yang kelihatan seperti gagal dikawal telah banyak menyelamatkan Shabery.

Anwar cuma pandai berhujah dan bermain kata-kata. Kerana itu adalah kelebihannya sejak dari dahulu. Tetapi hakikatnya, setiap hujah yang disampaikan oleh Anwar nampak sukar dan tidak munasabah untuk dilaksanakan. Tidak dinafikan memang mudah untuk berhujah jika tidak duduk dalam kerajaan. Menurunkan harga minyak di kala ianya sudah pun diumum naik ditambah dengan harga dunia yang kian melonjak naik sebenarnya akan mengundang pelbagai masalah jika dibandingkan dengan keuntungan yang boleh diperolehi samada oleh rakyat mahupun kerajaan sendiri.

Dengan menurunkan harga minyak walaupun 10 sen akan mengubah serta melibatkan banyak perkara. Tindakan itu hanyalah akan melonjakkan populariti tetapi terpaksa menanggung banyak masalah. Kita hanya nampak dana dari Petronas yang diberikan kepada kerajaan sebagai sumber yang boleh disubsidikan kepada rakyat

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama