Advertisement - Contact Us

PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2008: KEMBALIKAN KREDIBILITI DAN MARUAH UMNO...




Bahang Perhimpunan Agung UMNO 2008 sudah mulai terasa. Ditambah dengan agenda memilih pemimpin baik di peringkat cawangan, bahagian mahupun peringkat majlis tertinggi bakal menjadikan perhimpunan kali ini lebih hangat dan penuh kejutan. Kita baru sahaja dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu yang mana telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan persepsi baik dari segi positif mahupun negatif.

Hakikatnya, wakil-wakil rakyat yang terpilih terutama dari kalangan UMNO perlu bekerja lebih keras dan bukan masanya sekarang untuk duduk bersandar sambil bergoyang kaki kerana memandangkan trend masyarakat kini yang lebih berfikiran terbuka dan bersedia untuk melakukan pembaharuan sekiranya timbul rasa tidak kepuasan hati terhadap keberkesanan wakil rakyat yang dipilih dalam memikul tanggungjawab membawa suara rakyat ke peringkat tertinggi untuk diambil tindakan. Mungkin itu jugalah yang menjadi punca bagaimana kita melihat jatuhnya satu persatu calon-calon kalangan pemimpin utama BN.

Bertitik tolak pada itu jugalah sudah tiba masanya kita selaku tulang belakang parti UMNO perlu membuat satu anjakan paradigma yang berkesan demi melihat parti kesayangan kita terus menjadi parti yang relevan sesuai dengan konsep perjuangan yang menjadi nadi penubuhan UMNO iaitu memperkasakan orang Melayu berlandaskan agama Islam hingga disanjung di mata dunia. Bukan lah tujuan kita untuk membuat rombakan atau perubahan yang drastik sehingga menggugat keharmonian dalam parti yang kita pupuk selama ini, tetapi cukup sekadar pemimpin yang bakal dipilih walau di peringkat mana sekalipun berupaya memperjuangkan nasib kita dan bukannya memegang jawatan semata-mata demi untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

Dalam mencapai matlamat dan objektif sebenar pemilihan parti beberapa aturan dan etika perlu dijadikan asas dan pegangan agar matlamat tersebut tidak terpesong. Ianya penting untuk memastikan pemilihan kali ini lebih telus, jujur dan mampu memuaskan semua pihak di samping ikatan keharmonian sesama ahli terus terpelihara. Semua pihak baik di peringkat cawangan, bahagian mahupun di peringkat tertinggi perlu memainkan peranan dan menjadikan tanggungjawab tersebut sebagai satu amanah yang perlu dipelihara dan diperjuangkan.

Pemimpin yang bakal dicalonkan untuk bertanding sesuatu jawatan mestilah yang paling layak. Maksud layak sebenar ialah memepunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, dihormati akan kredibilitinya, memiliki asas agama yang kukuh, mempunyai nilai-nilai murni yang wajib ada pada seorang pemimpin seperti amanah, jujur, ikhlas, berpewatakan yang boleh dicontohi, mampu melaksanakan tugas dan membuat keputusan dengan berkesan, sedia menerima pandangan dan nasihat mahupun kritikan yang bernas dan yang paling penting perlu bebas dari sebarang kontroversi atau rekod buruk yang boleh menjatuhkan kewibawaan individu tersebut mahupun parti. Pemimpin yang menggunakan kekayaan sebagai aset atau taruhan untuk menakluk sesuatu jawatan, mempunyai luaran yang cantik tapi dalaman yang berulat, tidak menjadikan agama sebagai asas dalam kehidupan dan memiliki rekod yang boleh dipertikai terutama berkaitan isu yang melibatkan wang pasti akan meninggalkan kesan yang negatif kepada parti.

Perkara kedua yang perlu dititik beratkan ialah berkenaan etika terutama ketika proses melobi dan berkempen. Pada ketika ini jugalah kita dapat melihat imej sebenar seseorang calon pemimpin samada yang bertanding ataupun hanyalah menjadi penyokong kepada calon tertentu. Perkara-perkara negatif ketika berkempen perlu dielakkan. Pentas berkempen atau melobi bukanlah tempat untuk menabur fitnah, menjatuhkan keaiban orang lain, memaki hamun dan menabur janji palsu. Generasi kini sudah mampu menilai calon mana yang layak untuk memimpin. Pemimpin yang mengamalkan unsur negatif ini awal-awal lagi akan ditolak atau diketepikan. Bagi memastikan perjalanan ketika berkempen dan melobi berjalan lancar dalam suasana yang harmoni saya mencadangkan agar setiap cawangan, bahagian mahupun parti mewujudkan jawatankuasa yang dianggotai di kalangan mereka yang tidak terlibat dalam pertandingan serta tidak berkepentingan yang berfungsi untuk memantau perjalanan ketika berkempen.

Perkara yang menjadi igauan buruk dan mimpi ngeri setiap ahli parti adalah berkenaan gejala politik wang. Inilah masalah yang seperti tidak ada jalan penyelesaian selagi tidak ada kesedaran di kalangan pemimpin mahupun ahli parti. Masing-masing sebenarnya memainkan peranan. Bukan di pihak calon atau pemimpin sahaja. Seperti juga konsep rasuah dimana jika ada permintaan makan akan berlakulah rasuah. Masalah politik wang ini jika selagi ianya tidak dibendung atau dibanteras secara insentif maka objektif pemilihan yakni untuk mencari kepimpinan yang telus dan berkesan akan tidak tercapai. Masalah ini jugalah yng membuatkan rakyat hilang keyakinan kepada parti terutama dikalangan akar umbi kerana ia umpama wang menjadi segala-galanya. Pihak BPR perlu diberi lebih ruang untuk memantau dan mengambil tindakan bagi menangani maslah politik wang ini.

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua ahli parti agar menjadikan Perhimpunan dan Pemilihan kali ini yang terbaik. Kita perlu kembali ke landasan perjuangan asal jika hendak melihat UMNO terus relevan dan diterima oleh orang-orang Melayu. Keutuhan parti UMNO terletak di bahu kita. Biar parti UMNO menjadi contoh dan sekaligus menutup semua ruang kepada orang luar terutama anasir-anasir dari kalangan pembangkang yang sentiasa mencari peluang dan kelemahan kita. Biar mereka terus menabur fitnah dan membuat tohmahan palsu asalkan rakyat tahu dan boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

HIDUP UMNO!!!

5 Ulasan

  1. Saya tak sempat baca habis artikal saudara,kerana seimbas lalu saya sangat faham yang saudara begitu mengharapkan mereka dalam UMNO berubah sikap,atau dgn maksud menjadi baik,meninggalkan amalan yg, merugikan.

    Persoalan nya sakit dalam UMNO sudah parah,ibarat "Kenser"yang sudah menular keseluruh saraf,.

    Apa lagi yang diharapkan bila sakit sudah sampai keperingkat itu??

    Melainkan bagi yang beragama Islam,Memohon kepada yang di sembah dan kepada dia kita meminta pertolongan.

    Tapi tak malu kah kita meminta kepada kalau selama ini kita mengabaikan perintahnya??
    Malah bukan itu saja,mengubah suai agama ciptaannya??????

    Sedang dia(Allah)mencabar dalam Alquraannya,Jika ada sesiapa bole mencipta agama yang lebe baik dari agama ku dengan hanya beberapa lambar,maka aku ya Muhamamad akan menanngong dosa sekelian hambaku.

    Saya hanya budak mentah(28th)saya bukan pelajar agama,tapi memahami ayat itu membuat saya begitu malu dan sedih.,kerana Allah!yang kita tahu dan kita fahami begitu berkuasa ,begitu aggong,pencipta sekalian yang di bumi dan di langit,sampai begitu sekali menjelaskan bahawa tidak ada agama yang lain yang lebih terbaik. "Terbaik"degan maksud tak perlu ubah suai atau pindaan lagi,.

    Tetapi ada juga yg.berbuat demekian,maka siapa yang menjadi ikutannya akan menerima azab pembalasan/kehancuran dari Allah.

    Sejarah lalu sudah banyak di ungkapkan/diceritakan bagaimana manusia yang menenentang Allah telah dilenyapkan.

    Jadi bagi pandagan saya,yang terbaik di lakukan/harapkan sediakan kain kapan,terima lah hakikat, kematian itu pasti datang bila saat dijanjikan itu tiba.

    BalasPadam
  2. Salam saudara,

    Hari ini sdr. mempertahankan UMNO kerana sdr. rasa UMNO itu pejuang bangsa. Kita lihat secara mudah kalau UMNO itu pejuang bangsa Melayu kenapa masih menggunakan UMNO (United Malay National Organization). Kalau dah UMNO itu sendiri dalam bahasa inggeris perjuangan bangsa apa yang dimaksudkan dalam UMNO?

    BalasPadam
  3. SEKARANG musim Mesyuarat Agung Umno di seluruh negara yang bermula dengan peringkat Cawangan dan akan berakhir dengan peringkat Pusat pada Disember nanti. Tahun ini kebetulan pula ada pemilihan jawatankuasa di semua peringkat.



    Sekarang semua pihak jadi sibuk. Bukan sahaja ahli-ahli Umno sibuk berkempen bagi memastikan calon pilihan mereka akan menang dalam pertandingan merebut jawatan di peringkat masing-masing, tetapi pihak polis juga terpaksa campur tangan dalam menangani kekecohan dan pergaduhan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat. Tidak cukup dengan itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga terpaksa menambah kerja mereka, bila bertalu-talu menerima aduan dari ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati dalam proses pemilihan yang berlaku.

    Di sana sini kedengaran berlaku kekecohan dalam mesyuarat agung Umno. Hampir setiap negeri dilaporkan oleh media berlaku laporan polis dan laporan BPR berkait dengan pergaduhan atau rasuah dalam mesyuarat berkenaan. Misalnya di satu Cawangan Umno di Perak, ada yang kena pukul dengan kayu golf (inilah lambang kemewahan ahli Umno). Itu baru di peringkat Cawangan, bagaimana pula nanti di peringkat yang lebih atas. Hinggakan satu cawangan Umno di Kampung Nasi Dingin di Bahagian Hulu Terengganu pun turut panas kerana mungkin berlaku penyelewengan dalam mesyuarat tersebut.

    Inilah budaya dalam Umno, dari dulu, kini dan mungkin akan selamanya selagi dasar yang mereka pegang tidak diasaskan kepada Islam yang sudah pasti menjanjikan keamanan dan keselamatan. Kenapa mereka begitu ghairah untuk berebut jawatan? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana di hadapan mereka nanti sudah tersedia hidangan besar yang menjanjikan kemewahan hidup mereka. Mereka sanggup melabur hingga sampai jutaan ringgit, kerana mereka yakin pulangan yang akan mereka perolehi nanti berlipat kali ganda lagi.

    Suasana ini berlaku dalam keadaan Umno sedang dilanda sakit yang masih belum sembuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu. Sepatutnya mereka bersatu untuk memulihkan Umno yang dilihat dalam keadaan nazak itu. Tetapi rupanya mereka mengambil kesempatan dalam situasi ini untuk terus berebut bagi mendapat tempat di persada yang menjanjikan seribu satu kemewahan itu.

    Kita berharap ahli-ahli Umno yang ikhlas berjuang untuk agama, bangsa dan negara akan berfikir dengan semasak-masaknya untuk keluar dari Umno. Kalau sampai tahap ini mereka tidak mampu lagi berfikir secara waras, bererti keikhlasan mereka itu kita boleh pertikaikan. Sudah cukup kamu berada dalam Umno yang sudah jelas kepincangan dan kerosakannya. Kembalilah kepada perjuangan yang berteraskan syariat Allah SWT.

    ni aku amik dr TKO.

    aku baca lam TKO ko slalu sebut tak baik fitnah.x baik tuduh2.ckp hal dosa2.tu suma keja ALLAH.

    TETAPI ko letak poster Anwar dan di cop sodomy.

    hah! hipokrit.dah terbukti anwar x liwat.so apa kes? langsung x lojik org tua liwat org muda yg sihat wal afiat.

    baik ko buang poster tu.xda faedahnye.

    BalasPadam
  4. Ade lagi org yg sokong umno di zaman millenium ni ye..

    hairan.. hairan..

    BalasPadam
  5. Hahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahah. Kelako tolllllll, samy tollllllllllllll

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama