Advertisement - Contact Us

DIMANA LETAKNYA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT (PR)?


Adakah terbela kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat? Itulah persoalan yang sepatutnya bermain di benak pemikiran setiap individu terutama mereka yang mendokong kuat perjuangan PAS dan yang sentiasa menjadi benteng kepada setiap tindak tanduk PAS. Persoalan itu jugalah yang perlu dinilai dan dimentelaah sedalam-dalamnya jika tidak mahu melihat perjuangan PAS menjadi sia-sia dan tidak lagi relevan. Sikap suka bergoyang kaki dan mudah rasa selesa terhadap kedudukan yang sudah berada dalam genggaman bakal memakan diri sendiri.

Apakah peranan PAS dalam PR??? Hakikat yang dapat dilihat berdasarkan senario politik semasa jelas menunjukkan PAS tak ubah hanya melukut di tepi gantang dalam PR. Itu realiti. Realiti yang cuba difantasikan oleh segelintir fanatik PAS yang masih tidak nampak atau buat-buat tak nampak.

Jika diimbas kembali matlamat atau objektif pengabungan atau permuafakatan ciptaan antara parti PAS, DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat adalah antaranya :

1. Menjatuhkan kerajaan sedia ada yakni Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO melalui PRU-12.
2. Membentuk sebuah pakatan yang mampu menandingi Barisan Nasional untuk membentuk sebuah kerajaan.
3. Menentang dasar atau pembaharuan yang cuba dibawa oleh kerajaan sedia ada seperti Islam Hadhari, Dasar DEB dan lain-lain.
4. Menentang corak pentadbiran Kerajaan yang dilihat terdorong kearah corak yang negatif seperti korupsi, politik wang, rasuah, kronisme dan lain-lain.
5. Membetulkan kembali kelemahan pentadbiran kerajaan terutama dari segi perundangan, keselamatan, kehakiman dan beberapa kelemahan lain.
6. Cuba mencapai kesepakatan dalam membela nasib individu tertentu yang dilihat sebagai teraniaya akibat tindakan dari kerajaan sedia ada.
7. Cuba memansuhkan atau mungkin menhapuskan terus undang-undang ISA yang dilihat sebagai menganiaya.

Berdasarkan perkara yang tersebut di atas maka terbentuk persamaan dasar perjuangan yang cuba diterapkan demi merealisasikan pembentukan Pakatan Rakyat. Namun hakikatnya, jika dinilai kembali, setiap persamaan yang ditekankan hanyalah bersifat sementara atau perjuangan jangka masa pendek. Dan yang pasti, ia tidak melambangkan perjuangan sebenar yang didokong oleh parti PAS.

Tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa matlamat asal perjuangan PAS adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepenuhnya dan mengamalkan corak pentadbiran berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Malangnya mungkin disebabkan untuk merealisasikan cita-cita menubuhkan Pakatan Rakyat atau mungkin terlalu kepingin untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional maka PAS dilihat sanggup mengenepikan objektif perjuangan sebenar parti itu. Jadi dimanakah pendirian PAS???

UMNO secara tiba-tiba menawarkan diri untuk bermuzakarah atau dengan erti kata lain adalah sebagai langkah awal untuk membentuk satu kerjasama dengan parti PAS. Jadi, pada pengamatan saya, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, PAS seharusnya dengan hati yang terbuka menerima pelawaan ini. Kenapa???

Setelah selesai PRU-12, maka secara tidak langsung Objektif 1 dan 2 yang saya sebut di atas sudah selesai. Apa yang berlaku sekarang ialah BN masih berkuasa walaupun terpaksa menelan pahit melepaskan 6 buah negeri termasuk Kelantan kepada PR. Objektif 3, 4 dan 5 hanyalah sebagai penyedap cerita kerana realitinya untuk mencapai objektif tersebut bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh diambil dalam masa terdekat apatah lagi BN masih terus berkuasa buat sepenggal lagi. Dan PAS juga sebenarnya sedar akan realiti itu.

Jadi, apa kata kita nilai semula peranan PAS dalam PR? Adakah PAS merupakan parti utama atau yang paling popular dalam PR?? Jawapannya tidak. Sebenarnya PR didalangi oleh parti DAP secara keseluruhannya, manakala PKR cuba menggunakan pengaruh yang ada dalam PR untuk memenuhi tuntutan perjuangan mereka. Inilah realiti yang harus PAS mulai sedar akan senario yang sebenarnya sedang berlaku dalam PR.

PAS hanya berkuasa secara mutlak di Kedah dan Kelantan. Itu pun disebabkan pengaruh undi dari orang Melayu dan DAP tidak dapat menembusi di kedua-dua negeri ini. Di Perak, walaupun pada dasarnya kuasa dipegang oleh PAS tapi di sebali kepimpinan PAS itu, ia dimonopoli sepenuhnya oleh DAP. Kita boleh lihat di Pulau Pinang bagai mana hak PAS dinafikan dengan selamba oleh DAP. Jangankan EXCO, YDP Majlis Agama Islam yang sepatutnya berada dalam gengaman PAS juga telah ditolak dan DAP lebih rela memberikan jawatan tersebut kepada pembangkang berbanding kepada wakil tunggal PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Manakala di Selangor jelas kita lihat bagaimana DAP menggunakan pengaruh PAS dan PKR untuk mendapatkan persetujuan Melayu kononnya bagi membina projek babi mega di Sepang. Kesimpulannya, DAP berjaya mempergunakan dan memperbodohkan PAS untuk menarik sokongan orang Melayu yang fanatik PAS supaya menyokong dasar yang dibawa oleh DAP, bukan lagi perjuangan asal PAS menegakkan syiar Islam.

Jadi sebelum terlambat, atau sebelum DAP terus-terusan menpergunakan PAS, seharusnya PAS sudah mulai sedar akan hala tuju dan peranan mereka dalam PR. Adakah masih relevan untuk PAS terus berjuang dalam PR?? Jika pun PAS masih bersikap sombong dan bongkak untuk bekerjasama dengan UMNO, demi orang Melayu dan Islam PAS harus sudah mulai beransur keluar dari PR dan saya lebih rela melihat PAS berjuang secara bersendirian. Saya tertarik dengan salah satu syarat PAS sebelum bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO yakni kerajaan yang dibentuk perlu melaksanakan hukum Islam yakni Hudud dan Qisas. Saya hairan kenapa perkara ini atau syarat ini tidak diketengahkan atau diperjuangakan tatkala PAS berada dalam PR?? Adakah ia tidak dipersetujui leh abang sulung iaitu DAP???

Nyata,Kesimpulan yang boleh diambil ialah hanya melalui BN dan UMNO sahaja PAS boleh memperjuangkan dasar dan matlamat parti mereka berbanding berada bersama PR. Tak mustahil suatu hari nanti PAS akan menjadi sebuah parti sekular malah lebih teruk dari UMNO jika mereka terus kekal dalam PR.

KEMBALILAH KEPADA REALITI...

9 Ulasan

  1. kihkihkih.....kelake la ko nye statement... dah lah kalah pastu mintak bergabung..... konon nak selamat kan org melayu ngan islam... kelantan dah 18 tahun PAS memerintah... majoriti sumer org melayu.... tapi ape dah kerajaan persekutuan buat(UMNO).... dia tak bagi langsung bantuan kewangan.... bile pakatan dah menang 5 negeri... azalina ngan muka slamba ckp tidak akan memberikan pertolongan dari dasar pelancongan.... ko tau tak... UMNO nie tak relevan ko tau tak... terang2 tolak hukuman hudud ngan qisas especially mahathir.... ada ati nak gabung ngan PAS... ko tau ape ertinya org yg menolak hudud... MURTAD.... nie bukan aku yg ckp... ko carilah dalam al-quran dan hadis... aku taklah ckp pemimpin2 UMNO nie murtad.... tapi dari segi pandangan manusia aku sindiri boley lihat.... aku nasihatkan ko... semayang la istikharah byk2.... mintak tuhan tunjukkan ko yg mane baik... yg mane buruk... sesungguhnya ALLAH lagi maha mengetahui....

    BalasPadam
  2. Bodoh la blogger ni. Aku dulu pun UMNO gak, tapi aku sedar bila lihat betapa rosaknya pemimpin UMNO ni. Ye la, tak ada manusia sempurna tapi jika dibandingkan, UMNO lagi teruk. Tgk skrg, UMNO sendiri buka pekung. Politik Wang (Rasuah la senang cerita) berleluasa. mana taknya. Nak dapat income lebih. Blogger ni pulak buat2 tak tau. Macam orang bodoh!

    BalasPadam
  3. suara melayu baru..... bertambah sedih bila aku baca blog ko ni.....

    semua perkara berubah... perlukan pembaharuan... pas tetap dengan perjuangannya. Utk menegakkan kerajaan islam..kita mesti jatuhkan UMNO yg hadhari itu...

    islam hadhari... konsep barat... bla laa lu..

    BalasPadam
  4. pelik lah rasa....ada lagi melayu berfikiran sempit mcm bloger ni...kenapa ye?? mungkin pembacaannya amat kurang....aduhhh...kenapa ada melayu mcm lu ni..sedih lah...1st n last lah aku baca blog ko ni....takyah ko nak advertise blog ko ni kat mana2.buat malu je. isi kosong...takde ilmu langsung...

    BalasPadam
  5. Macam ni ke perjuangan melayu baru?
    Menghasut pengikut PAS supaya tamak kuasa.. Kalau tak reti berpolitik jangan sibuk-sibuk bagi komen merepek-repek la..

    BalasPadam
  6. kita tk perlu menunjukkan kebodohan kita kt semua org kalau kita bodoh...
    suara melayu skrg ni nak UMNO go to hell...

    BalasPadam
  7. aku kesian la kat hang ni .ni aku nak bagi tau.... umno boleh BLAHHHH!!!!!!!UMNO PARTI RAHSUAH!!!!.sudah2 le jadi pembela umno keparat tu,rakyat dah tau betapa buruk dan busuknya umno keparat ni.pegi mampos la umno!!!!!

    BalasPadam
  8. Baik ko tutup je la blog ni. buat kerja sia2 je. Ko tak tahu lagi ke ;adang babi kat selangor tu Khir Toyo Keromo yang approve dan tak de kena mengena dengan kerajaan PR skarang ni.Bahlol, bangang, bodoh, bengap.

    BalasPadam
  9. hahaha...kesian plk aku tgk.cr comment korg mmg best arr.
    kesain dol kn blogger ni...
    blogger ni nk jd exco2 politikus umno nk bw perubahan laa..
    mari pakat2 kite tgk blogger ni jd pemimpin..
    aku rs sejarah mesia nnt pn..dputar belit cm belut skit otak..belut pn xsebelit cm tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama