Advertisement - Contact Us

ANWAR DAN NEGARA MALAYSIA...

Anwar Ibrahim. Siapa tak kenal dengan Anwar Ibrahim. Umum sudah pun mengetahui perjalanan politik beliau yang penuh dengan noda dan dosa. Apa yang nak dihairankan sekiranya beliau mengeluarkan kenyataan untuk menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini. Memang itu yang menjadi matlamat utama beliau. Samada dengan cara baik atau terpaksa, matlamat tetap matlamat.

Memang tidak dinafikan, corak politik memang tidak akan lari dengan kekotoran dan kehinaan. Dan itulah prinsip yang dipegang oleh Anwar Ibrahim. Disebabkan ketokohan dan kelantangan beliau yang sememangnya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa, beliau diangkat oleh Tun Mahathir dari ABIM ke dalam UMNO. Dengan mendapat sokongan padu dari Tun, tanpa perlu bersusah payah beliau melangkah dengan pantas di dalam UMNO dan BN hingga menjadi Menteri Kewangan dan seterusnya menjadi Tmbalan Perdana Menteri.

Persetankan Ghafar Baba. Apa ada dengan Ghafar Baba. Hanyalah seorang guru kaka yang tidak berpelajaran tinggi jika hendak dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Menggunakan kelebihannya yang bijak berkata-kata dan pandai menabur janji, akhirnya Ghafar Baba diperdaya dan dipermainkan oleh Anwar Ibrahim. Memang dalam politik tidak ada istilah hormat menghormati.

Walau Ghafar Baba adalah seorang pemimpin yang benar-benar berjasa dalam parti. Itu semua langsung tidak dipandang oleh Anwar Ibrahim. Berakhirlah karier politik Ghafar Baba dalam keadaan yang mengaibkan dan memalukan angkara Anwar. Cuma mungkin Ghafar Baba tidak mempunyai waktu untuk menubuhkan parti baru untuk membalas dendam kepada Anwar.

Setelah menjadi orang no.2 negara, Anwar mula memperkemaskan belangnya. Dan yang menjadi matlamat utamanya pada ketika itu adalah untuk menjatuhkan Tun Mahathir yakni orang yang bertanggungjawab menaikkan nama Anwar ke paersada poltik. Malangnya Anwar bertemu buku dan ruas. Beliau dijatuhkan dengan cara dan kaedah yang paling hina dan jijik pernah berlaku dalam poltik negara. Itulah namanya ketentuan Allah. Sesuatu yang berlaku pasti ada sebab musababnya.

Kini Anwar kembali untuk menakluk negra Malaysia tercinta ini. Sekali lagi dengan cara yang jahat dan keji. Berkomplot dengan orang-orang yang pernah menjadi musuh beliau ketika di dalam UMNO dahulu. Sanggup membuka aib orang demi untuk memenuhi kehendak dan matlamat politik beliau. Dan akhirnya sekali lagi pekung sendiri yang terbuka.

Sudahlah wahai Anwar Ibrahim. Mungkin Allah tidak mengizinkannya menjadi pemimpin negara Malaysia. Pasti ada sebabnya. Entah apa akan terjadi kepada malaysia tercinta jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tidak mustahil untuknya sanggup menjual negara kita kepada orang lain.

Ya Allah. Kami berserah kepada Mu untuk menetukan apa yang terbaik untuk Negara Malaysia. Engkau peliharalah negara ini. Jauhilah negara ini dari tangan-tangan durjana yang menjahanamkan maruah negara Malaysia.

Amin...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama