Advertisement - Contact Us

UMNO Dan PAS : Muafakat Membawa Berkat...


Angin yang bertiup kencang membawa isu kerkenaan dengan dasar keterbukaan yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS sebenarnya membawa petanda yang baik dalam mengembalikan kedaulatan orang Melayu di bumi Malaysia ini. Sudah tiba masanya sekarang untuk orang-orang Melayu membuka minda meluaskan akal fikiran agar tidak terlalu terkongkong atau dikongkong oleh anasir-anasir jahat yang cuba memainkan peranan dan megambil kesempatan untuk memecah belahkan orang Melayu.

Kedua-dua parti ini mempunyai satu persamaan yakni keahlian sepenuhnya dari kaum Melayu. Dan yang pasti sedikit sebanyak perjuangan yang didokong oleh kedua-dua parti ini berlandaskan satu hala sama iaitu memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam. Oleh yang demikian tidak timbul masalah hala tujuan yang berlainan jika permuafakatan ini menjadi kenyataan. Jika ada sekali pun perbezaan pendapat dan pendirian yang berlaku maka pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan adalah dengan mengadakan perbincangan di antara kedua-dua parti.

Hakikatnya, PAS lebih sesuai untuk berada bersama-sama UMNO di dalam Barisan Nasional berbanding bersekongkol di dalam Pakatan Rakyat. Pengabungan PR yang masih setahun jagung sebenarnya membawa lebih banyak masalah berbanding kebaikan dan manfaat yang boleh dikecapi oleh PAS dan rakyat. Bagaimana sebuah parti yang berlandaskan Islam dan bercita-cita menubuhkan negara Islam mampu bekerjasam dengan DAP yang secara terang-terangan kepingin menjadikan negara Malaysia sebuah negara sekular dan menghapuskan peranan agama Islam selaku agama rasmi Malaysia. Mungkin disebabkan keegoan yang menyelaputi diri maka pemimpin PAS yang masih berfikiran sempit terus-terusan menegakkan benang yang basah dan masih lagi menyokong dasar yang dibawa dalam PR walhal jelas dasar yang dibawa itu bertentangan dengan perjuangan asal parti PAS.

Pelbagai bukti sudah pun dengan jelas ditunjukkan di dalam PR betapa kepimpinan yang didalangi oleh DAP cuba untuk meminggirkan kredibiliti dan hak parti PAS. Di Pulau Pinang sebagai contoh, Kepimpinan di bawah DAP telah menolak hak parti PAS untuk memegang satu jawatan EXCO Negeri atau sekurang-kurangnya sebagai YDP Majlis Agama Islam Negeri. Di Perak, parti PAS seharusnya bersyukur dan beterima kasih kerana masih bertuah disebabkan perlembagaan raja-raja yang menekankan bahawa jawatan Menteri Besar perlu dipegang oleh orang Melayu beragama Islam menjadi tembok penghalang kepada DAP dari memegang jawatan penting itu dan sekaligus memberi peluang kepada parti PAS memegang jawatan no. 1 negari itu. Walhal umum sudah pun sedia maklum bahawa jawatan Menteri Besar itu hanyalah satu boneka DAP yang rata-rata telah pun menguasai pentadbiran negeri Perak.

Kerjasam antara PAS dan PKR juga sebenarnya tidak membawa sebarang makna dan keuntungan kepada Pas kerana kedua-dua parti ini membawa madah perjuangan yang berbeza. Perjuangan yang dibawa oleh PKR sebenaranya adalah perjuangan untuk individu yakni untuk Anwar Ibrahim. Tidak munasabah jika difikirkan bagaimana parti Pas boleh bersekongkol dengan Anwar malah sehingga ke tahap turut sama memperjuangkan Si Anwar yang mana satu masa pernah menjadi musuh PAS. Malah disebabkan sikap keegoan di dalam PAS maka sanggup terus-terusan menegakkan benang yang basah dan membela Si Anwar yang nyata bersalah dan cuba menyembunyikan kesalahan dengan menimbulkan isu-isu lain yang tidak berkaitan sehingga sanggup menfitnah dan menipu.

Permuafakatan antara UMNO dan PAS perlu bermula dari sekarang demi untuk kebaikan bangsa Melayu dan Agama Islam di Malaysia. Jangan lah ditunggu sehingga keadaan benar-benar mendesak kerana ketika itu mungkin permuafakatan tidak membawa sebarang makna lagi. Soal kepentingan , kuasa dan jawatan perlu diletakkan ke tepi terlebih dahulu kerana perkara itu akan datang dengan sendiri apabila permuafakatan dan kerjasam antara kedua-dua pihak menjadi kenyataan. Apa yang lebih penting sekarang adalah merealisasikan kerjasam antara PAS dan UMNO.

Dengan berlaku kerjasama antara kedua-dua pihak maka pentadbiran yang akan dilaksanakan kemudian hari akan menjadi lebih telus dan berkesan. Masing-masing akan memainkan peranan dengan berkesan dan sebarang perkara bertentangan yang berlaku dalam pentadbiran akan diperbetulkan dengan cara muafakat dan perbincangan.

Saya kurang bersetuju dengan pendapat dan pandangan yang disampaikan oleh seorang penulis blog yang menggunakan nama Tulang Besi. Kenyataan yang disampaikan melalui blognya melambangkan pemikiran yang sempit yang cuba ditonjolkan segelintir penyokong asasi PAS. Menerusi laman blognya juga menunjukkan kebenaran wujudnya dua golongan yang berbeza pemikiran di dalam PAS. Golongan pertama adalah gologan Pas yang fanatik yang mana mempunyai pemikiran yang terus tertutup untuk menerima sesuatu pembaharuan yang cuba dilaksanakan di dalam PAS termasuk untuk bekerjasama dengan UMNO. Manakala satu lagi golongan adalah mereka-mereka yang terdiri dari pada bijak pandai dan mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan sedia menerima dan melaksanakan pembaharuan sekiranya pembaharuan itu memberi kesan yang baik kepada pihak yang terlibat dan seterusnya dapat dikecapi oleh semua rakyat.

Yang jelas, selagi sesuatu langkah berkesan tidak dirangka dan diambil mulai sekarang maka perubahan yang dinamik tidak dapat dibentuk dan dilaksanakan. Orang Melayu akan terus-terusan hidup dalam terpinggir dan tertindas selagi tidak ada langkah positif yang diambil dalam kepimpinan kedua-dua parti demi untuk melihat bangsa Melayu yang mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain di dunia yang penuh pancaroba ini.

5 Ulasan

  1. salam sedara..sy pun berharap parti ini dapat bermuzakarah...kite kena ketepikan parti dan lebihkan ugama n bangsa..sy lihat umno ada mengetepikan ugama n bangsa ni dan melebihkan parti..sy lihat kes minyak di kelantan..oleh kerana busuk ati paklah,dia tak ingin mendaratkan minyak di kota bahru.sedangkan jarak itu lebih dekat dari kerteh n songkhla..dia taknak lihat rakyat kelantan ada kerja ke??bangsa sape dia taknak tolong ni>>??fikir2 kanla

    BalasPadam
  2. pasal terengganu pula,kenape wang royalti ditarik time pas memerintah,,??sama jgk..dia tak sanggup tolong bangsa seagama sbb parti..jika dia bagi wang royalti,rakyat trg jgk dapat hasil,org melayu jgk..kite duk cakap tolong melayu,tapi dalam diam kite jgk menyusahkan org melayu..bagaimanakah nasib org melayu
    jika pemimpin2 melayu seperti ini???..tak usahla cakap wawasan 2020..DEB pun tak tercapai..

    BalasPadam
  3. Baik umno masuk dalam pas lak.. Kita tengok camana.. Confirm paklah x peluk pompuan, rafidah pakai tudung, shahrizat tutup jambul lps kena tazkirah tok guru.. Kan sejuk hati umno yg lain..

    BalasPadam
  4. umno terus mundur untuk rakyat malaysia.....

    BalasPadam
  5. hadith nabi... sesiapa yang perjuangkan kebangasaan yakni kaum atau puak.. bukan dr kalangan ku..

    by ustaz Azhar..

    umno... perjuangkan orang melayu.. melayu tipu melayu...

    tetapi.. kite mesti pandang kepada agama... ISLAM..way of life.. x kira bangsa....

    bukan hadhari.....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama