Ahad, 13 Julai 2008

2 TAHUN YANG PENUH DEBARAN..




Pak Lah sebenarnya telah mengambil satu langkah yang boleh dianggap bijak dengan mengumumkan bila bakal berlakunya peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya. Kepada mereka yang ingin melihat kejatuhan Pak Lah, mungkin mereka beranggapan bahawa langkah yang diambi oleh Pak Lah tidak tepat dan tidak wajar. Mereka beranggapan bahawa Pak Lah masih tamakkan kuasa dan mustahil untuk Pak Lah meletak jawatan dari kerusi utama negara.

Hakikatnya banyak kebaikan dan kelebihan yang boleh dicapai dengan pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah. Antaranya ialah:

1. Akan memberi ruang dan masa untuk Pak Lah kembali membetulkan kesilapan dan masalah yang telah timbul sewaktu beliau memegang tampok pemerintahan negara. Setiap manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sepatutnya kita perlu memberi peluang kepada Pak Lah untuk beliau kembali membetulkan kesilapannya selagi mana yang termampu. Manusia perlu belajar dari kesilapan. Dengan ini tempoh 2 tahun yang ada perlu digunakan sebaik mungkin oelh Pak Lah untuk mengembalikan kayakinan rakyat kepada beliau.

2. Memberi ruang dan peluang untuk pengganti Pak Lah yakni Najib untuk memperkemaskan diri sebelum ditabal menjadi Perdana Menteri. Najib dapat melihat dan memepelajari kesilapan yang telah berlaku dalam BN dan UMNO sehingga rakyat mejadi hilang kepercayaan kepada BN. Peluang ini perlu diambil oleh Najib untuk muhasabah diri agar tidak kesilapan berulang sewaktu beliau menjadi PM kelak.

3. Dalam keadaan politik dan ekonomi yang tidak menentu, adalah tidak sesuai untuk berlaku sebarang peralihan kuasa apatah lagi melibatakan kepimpinan tertinggi. Pada masa sekarang, Pak Lah dan Najib perlu mengenepikan dahulu perkara berkaitan peralihan kuasa tetapi tumpua perlu diberi untuk mengukuhkan kembali ekonomi negara dan mengembalikan kestabilan politik negara. Mereka perlu menunjukkan contoh kerjasama yang baik dan kukuh agar negara tidak hilang kepercayaan dari para pelabur kerana keyakinan dari pelabur amat penting demi menjamin kestabilan ekonomi negara.

4. Jika berlaku peralihan kuasa dalam tempoh terdekat ini, maka ia melambangkan BN dan UMNO telah tewas dan gagal menahan tekanan dari pihak luar yang tidak bertanggungjawab yang sentiasa menanti peluang untuk merosakkan perpaduan dalam parti. Pihak luara terutamanya dari pembangkang dan mereka-mereka yang berkepentingan sebenarnya hanya ingin melihat perpecahan dalam parti dan sekaligus melibatkan perpecahan di kalangan Melayu sendiri.

Apapun yang penting sekarang bukanlah peralihan kuasa. Tetapi yang lebih mustahak orang Melayu perlu kembali semula ke landasan sebenar dan perjuangan yang hakiki. Orang Melayu perlu kembali bersatu padu dan mengukuhkan semula kekuatan parti yang memperjuangkan orang Melayu yakni UMNO. Perpecahan hanyalah mengakibatkan orang Melayu akan terus terpinggir dan tak mustahil satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu mulai sekarang maka akan lenyaplah bangsa Melayu di dunia ini.

Sekian..
Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. bagusla paklah tu nak letak jawatan..lagipun dia bukan pemimpin yg bagus.suma org tau yg dia tu cakap tunggang langgang..menampakkan kelemahan pemimpin melayu..adakah kite nak pemimpim melayu yg membela nasib org melayu yg lemah ini..di masjid,dia menjadi imam,di luar,dia bersentuh dgn michel yeoh dan pegi letak kalung kat tugu negara..islam hadari katakan..bangga dgn islam hadari,kempen menutup aurat tak penah pulak dibuat oleh pemimpim islam hadari ini,maybe aurat takpe dibukak dalam islam hadari..apakah kite masih ingin memilih pemimpin ini???..tak paham la mengapa org duk sokong dia ni..

    BalasPadam
  2. pak lah bijak?

    kata minyak naik Ogos.

    ni x smpi ogos da naik.

    tu sgt x bijak.bodoh.bulan pon xtau ke? nak kena aja balik?

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE