Advertisement - Contact Us

Najis Busuk dalam Masyarakat Melayu...

Akum!!!

Sudah beberapa hari aku tak berkesempayan mengemas kini blog aku. Bukan keran aku sibuk atau sudah tak berminat dengan blog lagi, tapi aku sedang mencari apa yang ada dalam masyarakat di sekelilingku. Tak guna jika aku hanya mencari salah pemimpin-pemimpin yang sudah berada nun di atas. Jika mereka mampu berubah menjadi malaikat sekalipun, sekiranya di peringkat akar umbi masih berada di takuk yang lama, tak ada gunanya. Sebenarnya bukanlah salah Pakl Lah semata-mata atau salah pembelotan Anwar menyebabkan bangsa Melayu akan lenyap satu hari nanti, tapi masyarakat yang berada di peringkat bawahan sendiri menjadi punca yang paling utama jika perkara itu berlaku...

Apa yang dapat ku perhatikan...

Di kampungku masih utuh di hati segelintir bangsa Melayu yang kuat berdendam, busuk hati, dengki, khianat, tak mengenang jasa, tamak, bodoh sombong, bongkak dan macam-macam lagi.
Kampungku bukan lah sebuah kampung yang masih ketinggalan, walhal, kampungku merupa sebuah pekan separa bandar yang sedang berkembang dengan pesat. Menjadi laluan utama antara Kedah ke Pulau Pinang menjadikan kampungku sering menjadi tumpuan dan rebutan di kalangan buaya dan naga yang dahagakan tanah-tanah Melayu.

Masalah perebutan kuasa dab pangkat sudah menjadi lumrah di kalangan bangsa Melayu tak kira di peringkat atasan mahupun di peringkat bawah-sebawah-bawahnya. Tak mungkin ada orang yang boleh mengatakan bahawa dalam kawasannya tidak berlaku sebarang perebutan pangkat. Yang membezakan adalah perebutan itu berlaku secara baik dan terhormat atau penuh dengan tindakan yang hina dan kotor. Yang paling menyedihkan adalah pangkat atau jawatan yangs sering menjadi kegilaan orang-orang kampung adalah jawatan IMAM dan pegawai-pegawai masjid.

Mungkin disebabkan jawatan imam merupakan satu jawatan yang glamour dan terkenal sering dihormati penduduk kampung atau yang menjadi rebutan adalah elaun yang diberikan oleh kerajaan yang mencecah sehingga RM450 sebulan. Sepatutnya jawatan ini adalah satu jawatan yang mulia dan calon yang memegang tanggungjawab sebagai imam mestilah seorang yang mempunyai nilai-nilai murni, baik hati, dalam ilmu agamanya dan mampu menjadi pemimpin yang baik dan boleh dicontohi oleh masyarakat.

Contoh di kampung saya iaitu Kampung X. Seorang bekas imam iaitu B telah dilantik menjadi imam dan disokong dengan padu oleh Pengerusi Masjid walaupun mendapat tentangan dari banyak pihak. Imam sebelumnya yang baru kehilangan isteri sering mengalami masalah kesihatan. Oleh sebab itu AJK Masjid telah memberi peluang kepada Imam sebelumnya iaitu A untuk berehat dengan elaun berjalan seperti biasa. Walaupun Imam A sudah menjangkau umur lebih 80 tahun, namun atas dasar hormat dan mengenang jasa-jasanya maka AJK Masjid tidak mahu menggugurkan jawatan yang dipegangnya. Hanya kerana ada mulut jahatyang dengki dan menjadi batu api telah menghasut Imam A dengan mengatakan bahawa AJK Masjid tidak lagi memerlukan khidmatnya cuma tidak tergamak hendak menggugurkan jawatan imam A. Di tambah dengan penggantian sementara imam A dengan B yang mengambil ali tugas Imam A sepenuhnya membuatkan Imam A yang sedang berahat tadi berasa tergugat. Maka berlakulah pertelinkahan dan bermasam muka antara imam A yang mendapat sokongan musuh AJK Masjid sedia ada yang tamakkan kuasa dan bercita-cita hendak mengambil alih kepimpinan masjid dengan Imam B yang mendapat sokongan daripada AJK Masjid. Tidak dinafikan Imam B memiliki rekod masa silam yang agak teruk terutama zaman mudanya. Dan perkara itu lah yang sering diungkit dan diperburukkan pada masyarakat. Manakala ajk Masjid berpendapat untuk memberi peluang kepada pelapis untuk menjadi Imam.

Mungkin disebabkan untuk mendapatkan reaksi simpati dari ajk Masjid atau untuk menguji kesetiaan Ajk Masjid kepadanya maka Imam A yang berehat tadi telah menghantar surat perletakan jawatan dengan harapan Ajk Masjid akan menolak perletakannya dan merayu kepadanya. Malangnya Ajk Masjid mengambil keputusan menerima perletakan tersebut dan melantik Imam B menggantikannya. Yang menyedihkan ialah sehinggalah Imam A yang meletak jawatan itu meninggal dunia, beliau tidak sempat berbaik semula dengan Ajk Masjid terutama Imam B dan Pengerusi Masjid hanya disebabkan hasutan jahat dari kelompok yang ingin melihat perpecahan dalam masyarakat.

Setelah Imam A meninggal dunia maka Imam B mulalah mengambil alih jawatan imam itu. Pada mulanya segalanya berjalan lancar. Sihinggalah tiba satu peringkat yang mana Imam B mula menunjukkan belangnya yang mulai sombong, bongkak, tidak mahu menerima teguran orang lain, suka mencari musuh dan mula tidak menghormati Pengerusi Masjid yang telah banyak membela dan memberi peluang kepadanya. Sehinggalah satu tahap yang mana Imam B telah memaki, mengutuk dan menghina seorang Qaryah yang berniat baik menegur kesilapannya dalam bacaan sewaktusembahyang di dalam masjid dengan kuat hingga menjatuhkan maruah Ahli Qaryah yang menegur tadi. Disebabkan perkara itu dan ditambah dengan beberapa perkara berbankit yang berlaku sepanjang beliau menjadi imam maka, Ajk Masjid dan dipersetujui olah Pengerusi Masjid telah mengambil keputusan sekali lagi memberi cuti rehat kepada Imam B dengan harapan Imam B dapat mencari ketenangan sebelum menjalani tugas. Sekali lagi, sekumpulan masyarakat yang gilakan jawatan tadi kembali memainkan peranan setelah mereka gagal mempergunakan Imam A sebelum ini. Mereka telah kembali berbaik-baik dengan Imam B yang sebelum ini menjadi bahan hinaan mereka. Mereka telah menghasut Imam B agar menentang keputusan AJK Masjid. Imam B juga telah mengmbil langkah yang sama dengan menghantar surat perletakan jawatan bagi menguji kesetiaan Ajk Masjid. Dan atas nasihat jabatan berkaitan maka, perletakan tersebut telah diterima.

Disebabkan itu, imam B semakin berasa dendam dan tidak berpuas hati. Dia telah membawa fitnah ke seluruk kampung mengatakan Pengerusi Masjid yang selama ini banyak membelanya telah memecatnya tanpa dibawa berbincang. dia juaga telah memburuk-burukkan, menfitnah dan menghina semua Ajk Masjid terutama yang menentangnya Sehingga sampai tahap, menfitnah di jabatan Agama, Sembahyang jumaat di luar Kariah dan lain-lain.

Siapa harus dipersalahkan??? Bagaimana hendah mengubah sikap orang Melayu sekiranya orang-orang seperti ini masih wujud dalam masyarakat.

Maka kesimpulannya, tidak mustahillah jika satu hati nanti bangsa Melayu hanya akan menumpang di bumi sendiri dan hanya mampu meminta sedekah untuk sesuap nasi. Jika sikap dan akhlak Orang melayu masih di takuk yang lama.

FIKIR-FIKIRKANLAH...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama