Rabu, 7 Mei 2008

Muhyiddin bakal menjadi penggempur Pak Lah terbaru...


Di antara pemimpin-pemimpin yang lantang bersuara ketika ini meminta Pak Lah berundur, tiba-tiba muncul seorang ank jati Johor bangkit mencetus ledakan bom yang baru yang mampu menggegar kedudukan dan kedegilan Pak Lah. Mungkin di dalam fikiran beliau, sudah tiba masanya untuk beliau keluar dari gua pertapaan setelah sekian lama hanya menjadi pemerhati. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin (MY).

Dengan kedudukan Pak Lah yang makin tergugat. Kredibiliti Najib yang kian dipertikai dengan pelbagai isu berbangkit. Sejarah silam Ku Li yang menutup dan menghakis peluangnya, tiba-tiba timbul MY yang sudah pun kita kenali seorang pemimpin yang berwajah tegas tanpa sebarang kontroversi yang mampu menggugat kedudukannya.

MY berjaya mengekalkan rekod bersihnya sama dalam keperibadiannya ataupun dari segi corak pimpinannya membuatkan beliau perlu diberi perhatian oleh mereka-mereka yang sudah bercita-cita untuk menduduki takhta no. 1 Parti UMNO. Mungkin tepat pada masanya untuk MY lebih berani menyatakan pendapatnya yang nampak bertentangan dengan arus semasa. Mungkin pendapat itu memang wujud di dalam sanubarinya demi melihat UMNO bangkit semula setelah kegagalan Pak Lah mencorak dan meyakinkan masyarakat yang kian matang dan tidak mudah untuk diperbodohkan.

Atau mungkin kebangkitan ini adalah salah satu percaturan politik yang difikirkan tepat pada masanya. Peluang yang sudah pasti sudah lama dinanti-nantikan dengan penuh kesabaran. Tindakan MY yang berjaya mengekalkan rekod bersihnya sepanjang pembabitannya dalam politik meletakkan beliau sebagai calon utama menggantikan Pak Lah sekiranya rekod bersih dan latar belakang yang baik diambil kira.

Tidak dinafikan dengan kehadiran MY, pastinya akan mengugat peluang dan harapan Najib untuk mengambil ali kuasa dari Pak Lah. Atau Pak Lah sendiri sedang mencari-cari calon yang paling layak menggantikan beliau memandangkan Najib sendiri sedang dihentam bertubi-tubi oleh pihak Pakatan Rakyat dengan isu-isu yang tidak kurang hebatnya.

Yang pasti, kedudukan jawatan no. 1 dalam UMNO masih terbuka sekiranya peralihan kuasa berlaku. MY pasti tidak akan memberi peluang lagi kali ini. Langkahnya sudah bermula. Pencak sudah bebunga. Cuma menanti gelanggang sahaja untuk dibuka.

Apa pun diharap walau sesiapa pun yang bakal menang bertarung, janganlah dibiarkan kampung tergadai. Pertahankanlah bumi terakhir orang Melayu ini.

HIDUP MELAYU!!!
Show Comments: OR

1 ulasan:









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE