Advertisement - Contact Us

Layakkah Ku Li mencabar Pak Lah???

Bergegar-gegar dentuman suara melaung-laung kisah Ku Li ingin mencabar jawatan no. 1 dalam UMNO dengan Pak Lah. Tanpa memberi peluang apatah lagi menawarkan diri untuk sama-sama berusaha dalam UMNO untuk memulihkan kembali keadaan yang keruh akibat daripada Tsunami politik yang baru melanda pada Mac lalu. Ku Li dengan lantang bersuara hendak mencabar Pak Lah untuk jawatan presiden parti buat kali yang entah ke barapa sambil terus menuding jari kepada kepimpinan Pak Lah yang dikatakan menjadi punca kejatuhan empayar BN.

Bermula dengan Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) yang diadakan di Bahagian beliau, Ku Li tanpa berselindung lagi terus menceritakan semua hal di dalam kain UMNO kepada umum. Baginya dengan hanya kemenangan yang dikecapi beliau di hutan Gua Musang itu sudah cukup untuk melayakkan beliau menjadi perdana menteri.

Siapa itu Ku Li???
Tidak dinafikan beliau merupakan pemimpin berdarah raja yang amat disayangi oleh rakyat Gua Musang termasuk harimau, gajah, sang kancil dan sang buaya. Apa pun beliau pernah dilabel sebagai budak jahat dalam UMNO.

1987 telah menunjukkan segala-galanya. Bagaimana Ku Li cuba mewujudkan Team B yang mempunyai matlamat untuk menjatuhkan kepimpinan Tun Mahathir ketika itu.

Akibat daripada itu jugalah UMNO Diharamkan. Perpecahan berjaya dikecapi pada ketika itu. Berpunca pada itu jugalah Krisis Kehakiman telah timbul.

Dan setelah gagal, akhirnya Ku Li bersama pengikut-pengikutnya telah keluar dari UMNO dan menubuhkan Semangat 46. Maka berpecahlah orang Melayu pada ketika itu. Seperti sudah ditakdirkan, perjuangan yang berasaskan dendam pasti tak kan ke mana. Akhirnya Ku Li tidak mampu lagi membawa misi perjuangannya yang tidak berasas dan akhirnya S46 dibubarkan. Maka kembali Pendekar-Pendekar Gua Musang yang tewas dalam medan perang ke pangkuan UMNO yang tidak boleh dinafikan perjuanagannya.

Begitulah riwayatnya bakal pencabar Presiden.
Beliau pernah dicop pembelot.
Pelopor kepada Lompat parti.
Sentiasa mencalonkan diri kerana tamakkan kuasa.
Dan seorang yang tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Layakkah Ku Li Menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia???
Fikir-fikirkanlah...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama