Sabtu, 3 Mei 2008

Khas Buat Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Omar...

Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Hj. Omar.

  1. Merupakan Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (Jiran dgn Bahagian Kepala Batas).
  2. Menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor sejak Tun Mahathir Menjadi Perdana Menteri.
  3. Pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
  4. Kembali ke Parlimen dan memegang jawatan Kabinet sebagai Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani hingga 2008.
  5. Di arah supaya berundur dan memberi laluan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding Parlimen kawasan Tasek Gelugor pada PRU-12.

Inilah contoh wakil rakyat yang disayangi, disanjungi dan dihormati eloh rakyat terutama penduduk Tasek Gelugor dan menjadi mangsa kekejaman politik yang menjadi kudis dalam UMNO sekarang. Jasa beliau yang banyak membela nasib orang Melayu Pulau Pinang sejak memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri hingga sekarang akhirnya ditolak tepi hanya kerana sesetengah pihak yang rasa tergugat dengan pendirian politiknya.

Sepanjang beliau menjadi wakil rakyat, sudah banyak tanah-tanah dalam Pulau Pinang yang berjaya dipertahankan dan kekal menjadi hak orang Melayu. Begitu juga dengan tanah dan rumah wakaf yang hampir menjadi hak bangsa asing akhirnya dengan kesungguhan perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, tanah dan rumah tersebut berjaya diambil kembali dan dijadikan harta wakaf.

Beliau juga merupakan wakil rakyat yang amat prihatin dengan masalah masyarakat terutama yang memerlukan bantuan. Beliau merupakan penggerak utama Program Mayang yang mengfokuskan kepada masyarakat kurang upaya, miskin, ibu tunggal dan yang amat memerlukan bantuan. Beliau sedia untuk masuk hingga ke ceruk dapur untuk melihat masalah masyarakat dan setiap arahan yang dikeluarkan oleh beliau dipastikan terlaksana dalam kadar yang segera.

Sifat beliau yang mudah mesra, tidak pernah sombong dan sedia untuk minum kopi semeja amat disenangi oleh masyarakat Tasek Gelugor. Beliau juga sentiasa berusaha untuk tidak menghampakan masyarakat sekiranya dijemput menghadiri sebarang majlis anjuran masyarakat termasuk kenduri kahwin atau kenduri Kesyukuran. Walaupun beliau amat menitikberatkan kesempurnaan dalam setiap tugas yang diberikan namun orang bawahannya seperti sudah biasa dan sentisan memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan.

Beliau juga berjaya membawa banyak pembangunan dalam Parlimen Tasek Gelugor dan sentiasa menggalakkan masyarakat agar terlibat dalam aktiviti ekonomi yang ada sebagai nilai tambah pendapatan seisi keluarga. Beliau tidak lokek dengan nasihat dan sentiasa memberi perangsang kepada warga Parlimennya agar sentiasa maju ke depan.

Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah. Pihak yang cemburu dengan kredibiliti beliau telah berjaya menjatuhkan beliau. Di waktu beliau cukup bersemangat dengan pelbagai perancangan untuk memajukan Tasek Gelugor selepas pilihanraya, semangat itu akhirnya direntap dengan kejam tanpa peri kemanusiaan. Segala cita-cita bagaikan terkubur. Tidak ada sesiapa pun yang menyangka keadaan ini berlaku. Namun begitulah fitrah alam, Yang Datang Pasti Pergi Dan Yang Hilang Bakal Diganti. Cuma masa dan cara peralihan amat tidak bersesuaian.

Natijah dari pengunduran beliau, boleh dilihat berapa banyak caw. yang menutup bilik gerakan sehingga ada yang mengugut untuk membakar bilik gerakan. Segelintir yang amat menyayangi beliau telah jatuh sakit kerana tidak dapat menerima keputusan pucuk pimpinan yang mahukan beliau memberi laluan.

Jika berlaku pada orang lain pasti ia akan memboikot calon baru dan menggunakan pengaruhnya untuk tidak membantu calon baru menghadapi pilihanraya. Lain dengan Dato' Shariff, beliau terus mengarahkan semua cawangan agar melipatgandakan persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Malah beliau sendiri sama-sama turun dengan calon baru menyertai kempen hingga ke pelusok kampung. Tidak ada istilah dendam dalam dirinya. Inilah pemimpin yang benar-benar berjuang kerana Agama, Bangsa Dan Negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih sahaja yang mampu kami (masyarakat Tasek Gelugor) balas. Jasamu dan pengorbananmu sentiasa di hati kami. Di harap calon yang baru dapat mengubati luka di hati kami.

'JASAMU TETAP DIKENANG'

Show Comments: OR

3 ulasan:

  1. ya...dato seri mohd shariff hj omar,pemimpin yang disegani,dihormati...tiada pemimpin sehebatnya di tasek gelugor.Banyak jasa beliau terhadap tasek gelugor.Namun akibat politik sempit dan dendam antara ahli umno sendiri beliau digugurkan.Perjuangan yang tulen kita ketepikan,perjuangan yang berteraskan rasuah kita mahukan.lihat lah....perjuangan masa kini.penuh dengan RM.....$$$$$$$$$$$$...umno akan hancur

    BalasPadam
  2. salam, jasa mu dikenang, 23 tahun pimpin melayu tasek gelugor, apa yang ada??? sudahlah , usah gila talak, elok pencen berehat jaga cucu-cucu lagi elok, calon baru DSSO baikot, DSSO baikot, DSSO baikot, elok diluar tapi di dalam kawan-kawan tau, kawan-kawan tau, tunggu pendedahan seterusnya ...

    BalasPadam
  3. kau memang hebat sarip tibai depan belakang

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE