Advertisement - Contact Us

Khairy Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia?


Untuk menjaga dan memulihkan semula nama Pak Lah, Khairy seharusnya sudah mula memainkan peranan dengan tidak menawarkan diri merebut jawatan Ketua Pemuda. Antara faktor utama kejatuhan undi UMNO dalam PRU-12 yang lalu adalah disebabkan penglibatan yang terlalu jauh dalam parti.

Khairy Jamaluddin masih lagi muda. Tidak ada apa yang perlu dikejar oleh KJ dalam UMNO. Tidak dinafikan, KJ mempunyai karektor dan kebolehan memimpin dan berpidato. Malangnya KJ menantu Pak Lah. Rakyat sering membandingkan pendekatan yan di bawa oleh Mahathir yang tidak membenarkan ahli keluarganya terlibat dalam politik sepanjang beliau menjadi PM.

Seharusnya KJ bersabar dan cuma perlu belajar dan mengenali antara kawan dan musuh dalam politik melalui belakang tabir yakni tanpa memegang jawatan dalam parti. KJ seharusnya mengambil kesempatan ke atas kedudukan Pak Lah dengan lebih bijak tanpa dapat dikesan atau dihidu oleh orang lain terutamanya rakyat.

KJ seharusnya terlebih dahulu mengumpul kekuatan dari bawah iaitu bergerak tanpa jawatan yang mana dengan cara itu, orang lain terutama rakyat akan lebih yakin dan berasa hormat dengan perjuangan yang di bawa.

Sayangnya KJ memilih untuk memegang jawatan bermula dengan Naib Ketua Pemuda. Dengan ini secara tak langsung orang akan melihat dan menilai KJ seorang yang kemaruk jawatan, menggunakan title sebagai menantu Pak Lah untuk kepentingan diri dan mempunyai firasat atau niat yang tidak ikhlas dalam perjuangan.

Ditambah dengan kelemahan demi kelemahan yang mula ditonjolkan oleh Pak Lah, pastinya akan membuatkan rakyat bertambah muak dan jelik dengan keangkuhan, kegopohan dan ketamakan KJ dalam parti.

Tidak mustahil Parti UMNO akan menjadi tidak lagi relevan pada rakyat sekiranya 'FAMILY POLITIC' ini tidak dibendung dari sekarang.

Sudah tiba masanya untuk UMNO belajar dari kesilapan, kejatuhan dan hilangnya keyakinan rakyat yang ditunjukkan dalam PRU-12.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama