Advertisement - Contact Us

Anwar... Benarkah Beliau tidak Layak Memimpin Bangsa Melayu???




Assalamualaikum...


Sebelum saya memulakan cetusan kali ini, terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf jika cetusan kali ini boleh menyinggung atau menyebabkan para bloggers yang saya hormati akan hilang kepercayaan di atas prinsip-prinsip yang pernah saya pertahankan. Bagi saya yang benar tetap benar namun yang salah hanay mampu berselindung di sebalik kebenaran.


Tak tergamak dan langsung tidak pernah terfikir di benak saya untuk belot dari parti bangsa saya yakni parti UMNO. Saya dilahirkan dalam keluarga serta persekitaran UMNO. Oleh yang demikan saya telah dipengaruhi dengan cara kehidupan dan cara pemikiran UMNO. Ditambah pula dengan kejayaan UMNO mentadbir dan mengurus bangsa Melayu dengan hak-hak keistimewaan yang tidak langsung dan tidak layak untuk dipertikaikan oleh sesiapa saja di dunia ini.


Malangnya, sejak akhir-akhir ini , seperti telah berlaku kepincangan di semua peringkat samada di peringkat akar umbi maupun para pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat dengan harapan nasib rakyat akan lebih terbela. Dengan krisis kepimpinan di bawah Pak Lah yang semakin kucar-kacir, seperti ada sesuatu yang kerajaan cuba untuk menyembunyikan hakikat den kebenarannya. Kita tinggal ketepi dahulu soal Kejatuhan BN dalam PRU-12 buat sementara waktu.


Yang menjadi fokus sekarang adalah, siapakah yang paling layak memulihkan dan mengembalikan kayakinan orang Melayu di Malaysia, yang mana sejak akhir-akhir ini kedaan menjadi semkin parah dan apa yang dapat dilihat adalah semikin terhakisnya hak orang Melayu di bumi sendiri.


Hakikatnya, setelah dinilai dari semua sudat samada, kepimpinan, wawasan, pengaruh kesungguhn, kejujuran dan perjuangan yang ditonjolkan oleh beliau maka jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon yang paling layak untuk mentadbir serta menyatukan semula orang-orang Melayu di Malaysia. Ditambah dengan keyakinan beliau yang meletakkan sasaran untuk mendapat 30 undi Parlimen yang mana sekaligus menyebabakan secara rasminya Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampok pmerintahan dari kerajaan di bawah BN.


Pada hemat saya, Anwar sudah pun mempunyai ketokohan yang pastinya melayakkan beliau dari menjadi Pemimpin No. 1. Beliau menceburi bidan politik bersama UMNO dan penah menjadi orang harapan PM ketika itu iaitu Tok Det. Tok Det juga telah menggunakan pengaruh beliau menaikkan siapa sahaja yang difikirkan layak atau lebih tepat lagi, Tok Det telah mengambil Anwar dari Abim untuk menyertai UMNO dan kemudiannya Anwar berjaya menduduki kerusi No. 2 parti sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ini menunjukkan dan membuktikan bahawa Tok Det sejak dari awal lagi sudah nampak dan dapat mengesan bakat kepimpinan yang ada pada Anwar. Tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan bakat tersebut.


Sehinggalah beliau dipecat, beliau masih lagi calon yang paling layak dan memiliki pakej yang lengkap untuk menjadi pemimpin No.1 Malaysia menggantika Tok Det. Namun begitu disebabkan tersilap langkah yang mana Anwar terlalu secara terang-terangan menghimpun kekuatan di seluruh Malaysia untuk mencabar kepimpinan Tok Det ketika itu. Disebabkan Tok det merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman dalam sebarang situasi, maka beliau telah dapat menghidu tindakan anwar yang cuba menetangnya. Berbekalkan kuasa veto yang ada di tangan, maka Tok Det telah bertindak memecat Anwar dari sebarang jawatan dalam parti dan kerajaan. Anwar juga telah ditahan dan dibicarakan dengan kesalahan yang langsung tidak boleh diterima akal. Maka berakhirlah langkah pertama Anwar menjadi PM.



BERSAMBUNG KEMUDIAN...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama